…Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah naungan langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali… — H.R al-Baihaqi

Peranan Open Source buat saya

NAMSAHAZ Webhosting - at RM0.06 per 1MB!!!

Assalamualaikum,

Niaga24jam.com wujud pada penghujung tahun 2006. Sudah tiga tahun lebih  beroperasi secara online. Pendapatan alhamdulillah, sudah melebihi dari apa yang dijangkakan. Disebalik kewujudan laman web atau blog niaga24jam.com ini ada lagi cerita lain yang lebih penting iaitu sokongan Open Source terhadap niaga24jam.com selama ini.

Kenapa dengan Open Source ? Jika anda ingin tahu boleh dikatakan hampir 100% laman web/blog ini dibangunkan dan diselengarakan mengunakan tool-tool dari Open Source. Saya memang tak berminat sangat dengan perisian cetak rompak apatah lagi yang mahal-mahal untuk mengunakanya..Kalau ada pun hanyalah OPERATING SYSTEM untuk MESIN saya, iaitu winxp.Harap-harap pihak microsoft dapat memaafkan saya, ini kerana saya adalah penguna home user saja.Ok dekat bawah ini saya akan senaraikan semua tool dari Open Source yang saya guna dan juga merupakan benda penting yang  menyokong saya untuk membangun, membuat grafik, coding, debug, scan html, validate dan banyak lagi.

Browser

  • Firefox version 3.5.5 – Firefox ini banyak kelebihanya, terutamanya plugin-plugin hebat yang turut disediakan.Open source yang hebat dan saya suka mengunakanya.Browser ni 1 yang akan saya guna sebelum yang lain.
  • Opera – Free untuk mengunakanya, guna untuk test kestabilan laman web untuk penguna Opera.
  • Safari – Yang ini biasa la untuk test juga, untuk penguna dari keluarga Apple.

CMS untuk hos laman web

  • WORDPRESS 2.8.6 – Open source yang paling saya suka untuk hos laman web atau blog.Untuk penguna internet yang inginkan kelainan dan yang  power full.Wordpress adalah salah satu dari pilihan yang sesuai.Mesra dengan enjin pencari, mudah, free dan plugin untuk mempertingkatkan kuasa CMS yang sedia ada  bertimbun-timbun.Boleh pilih yang mana sesuai dan kalau rajin boleh edit ikut citarasa kita.Sejak dari mula pasang laman web sampai sekarang masih tetap dengan CMS WORDPRESS.Kalau nak merasa kehebatanya anda harus mencuba.

Grafik

  • GIMP 2.6.7 – Open source untuk mencipta grafik-grafik menarik adalah pilihan terbaik untuk mengantikan adobe photoshop kalau tak mampu beli.Tidak terlalu susah untuk digunakan.Kalau anda tahu untuk mengunakan tool-tool dalam  adobe photoshop sudah pasti anda juga boleh mengunakan perisian ini.Masih aktif dan sentiasa di kemaskini.Berkemungkinan besar akan di naik taraf ke 2.8 tak lama lagi.Niaga24jam.com boleh dikatakan hampir 100% mendapat sokongan dari GIMP.Free juga…dan pada pandangan saya memang sangat-sangat powerfull dari segi kos.
  • INKSCAPE – Open source untuk pengemar (vector graphics editor ) dan pilihan terbaik untuk mengantikan Illustrator.Kalau nak cuba yang tak berbayar, INSKCAPE memang sesuai.Perisian ini saya guna untuk buat logo..Boleh try kalau berminat.
  • Paint.net -Kadang-kadang guna yang ini juga untuk memanipulasi imej dan grafik.Dulu open source tetapi licence telah ditarik balik dan yang tinggal hanya freeware.Boleh la kalau nak cuba free saja.

HTML Editor

  • NVU – Kalau tak mau guna dreamweaver yang best  dan yang mahal tu anda boleh tukar kepada NVU yang free ni.Nak kata hebat sangat tu tak ada la tetapi cukup berpuas hati saja.Apa-apa pun NVU adalah percuma dan open source.Kadang-kadang kalau ada bahagian yang perlu HTML editor saya akan guna NVU atau sahabat terdekatnya  KOMPOZER.

Multipurpose Editor

  • NOTEPAD ++ – Ini adalah tool yang saya guna untuk coding aktiviti. Ada lebih 49 built in bahasa pengaturcaraan.Bukan dari keluarga WYSIWYG dan bukan  semua saya tahu guna.Yang kerap php, css, html dan ….

Periksa error dan kod

  • FIREBUG 1.4.5 – Untuk penguna browser firefox elok pasang saja tool ini.Senang nak tengok css code, edit code html dan banyak lagi..Kena pasang FIREFOX kalau nak guna tool ini..Pemilik laman web elok ada benda ni.Kalau ada error senang ja nak kesan.

HTML Validate

  • HTML Validator – Tool ni macam biasa, kegunaanya untuk validate HTML  kod dan kalau ada error senang-senang ja dia tunjuk dekat kita.Nak pasang dia mudah saya, kena ada browser FIREFOX.Browser lain pun boleh tapi saya tak pernah cuba.

FTP

  • FileZilla – Free saja tool ini, selalu saya guna untuk aktiviti yang melibatkan FTP.Sentiasa dikemaskini.Komuniti yang masih aktif.

SERVER

  • XAMMP – Member apache web server, kalau nak edit laman web dan hos laman web anda secara offline boleh guna XAMMP.Mudah kerja, edit laman web kita dekat XAMPP apabila dah ok semuanya baru load masuk ke server yang sebenar.Jadi proses untuk coding tambahan akan bertambah mudah.Offline pun boleh edit..best kan ?

Emmm itu lah dia tool open source dan juga perisian percuma yang saya guna untuk memberi sokongan tambahan kepada laman web saya iaitu niaga24jam.com.Memang besar peranan Open Source ini kepada saya dan saya juga berterima kasih kepada mereka-mereka yang sudi meluangkan masa untuk membangunkan perisian Open Source ini. Anda bagaimana ? masih berharap kepada perisian berbayar yang mahal sedangkan ada pilihan lain untuk di cuba.Lain orang lain citarasa, jadi terpulang kepada pendirian masing-masing.

Yang bestnya kos untuk sebarang tempahan seperti membuat grafik, membangunkan laman web untuk pelanggan, bina logo dan sebagainya dapat di kenakan dengan kos yang berpatutan.Ini kerana perisian yang digunakan adalah Open Source jadi kosnya pun murah lah.Dulu, semasa saya mula-mula nak bina laman web.Macam-macam tool saya cuba dan nak jumpa yang sesuai memang susah.Setelah 3 tahun berlalu ini lah tool yang saya guna untuk membangunkan dan juga untuk mengemaskini laman web saya.Jadi bagi yang masih baru diharap tool-tool yang saya ketengahkan ini berguna untuk anda semua.

Sekian terima kasih dan selamat mencuba…ada tool lain, tapi untuk hari lain la pulak.

May be you like this posts too:

Perkhidmatan membuat banner flash, gif dan banner keras
  • Blogger Post
  • Digg
  • Twitter
  • Yahoo Messenger
  • Windows Live Spaces
  • Technorati Favorites
  • Share/Bookmark
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Leave a Reply

CommentLuv Enabled
Put Your Ads Here!
Put Your Ads Here!