Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar. — Al-Quran, Ayat 23,Surah al-Baqarah

Persiapan awal untuk bakal pelabur di pasaran saham

IKLAN BERBAYAR:CETAK BAJU ikut design sendiri | harga berpatutan dan kos penghantaran percuma

Assalamualaikum,

Memandangkan hari nih hujan dan nak pergi motong pun tak boleh  jadi taip je lah sikit dekat dalam nih.Bab persiapan awal untuk bakal pelabur sama ada di pasaran ekuiti,pasaran hadapan,forex dan lain-lain tempat kalau ada lagi.

Kalau nak diikutkan senarai memanglah banyak tapi saya bagi satu je lah dekat sini.Apa dia ? berkenaan pengurusan hal ehwal tabungan keewangan.Haa kalau anda semua nak tau bab tabungan atau pengurusan keewangan sebelum melabur nih sangat penting.Semua ini ada kepentinganya kepada diri kita kelak apabila terjadi sesuatu yang tidak diduga nanti.Macam mana caranya? ikuti cerita berikutnya dibawah.

produkkraftanganYang pertama sebelum melabur kalau nak bagi cantik kita kena ada sistem pengurusan simpanan duit kita yang lebih teratur.Contoh kalau sebelum kita melangkah untuk menjadi seoarang pelabur kita ada 2 akaun simpanan,tapi bila kita dah jadi seoarang pelabur elok tambah lagi satu bagi jadi 3.Kalau ikut contoh yang saya guna sekarang nih ada 3 saja dan kalau anda rasa syok sangat nak tambah bagi lebih dari tuh pun booolehhh .

  1. Simpanan biasa
  2. Simpanan tetap ( dalam unit amanah )
  3. Simpanan kecemasan ( dalam unit amanah juga,sebab nak ambil kesempatan sebelum datang kecemasan )

Duit lebih dari semua tuh baru kita simpan untuk urusan pelaburan.Kadang-kadang pelaburan nih tak berapa boleh harap 100% sangat.Kadang-kadang dia ok dan kadang-kadang dia tak ok.Kalau kita tak buat sistem pengurusan simpanan yang baik alamatnya haru biru jadinya nanti kalau pelaburan kita tak menjadi.Jadi untuk selesaikan masaalah itu apa salahnya kita buat satu untuk keperluan diri kita.

Haaa itu sajalah maklumat yang dapat saya sampaikan  untuk dikongsi bersama pada kali ini.

Sekian terima kasih dan selamat melabur


Related Posts:




IKLAN BERBAYAR:CETAK BAJU ikut design sendiri | harga berpatutan dan kos penghantaran percuma

Leave a Reply

CommentLuv badge
Put Your Ads Here! Put Your Ads Here!

Copyright © 2006 – 2012 niaga24jam.com / POWERED & DESIGN BY: notepad++ / GIMP / En Zam / This website is hosted by SHINJIRU

free web
stats