Assalamualaikum,
Ada 3 pilihan untuk kita mencari dan menambah sumber pendaptan melalui internet.Ada banyak cara lain sebenarnya tapi kali ini saya akan terangkan serba sedikit yang berkaitan dengan pengalaman saya.Dengan cara ini ianya akan lebih mudah untuk diceritakan disini..
3 pilihan yang akan saya terangkan disini adalah Pasaran Saham Ekuiti, Pasaran Saham Hadapan ( CPO / FKLI ) dan Forex. Ketiga-tiga pilihan ini ada kelebihan masing-masing dan tidak semestinya sesuai untuk semua orang. Saya akan terangkan serba sedikit tentang ketiga-tiga pilihan tadi.Sebelum itu ingin saya maklumkan di sini bahawa kesemua pilihan tadi boleh diurus dan diselengarakan melalui pengunaan internet.Jika anda tidak berminat untuk turut serta dalam perniagaan internet yang lain-lain contohnya program affiliate, google adsense , ebay, clikbank, MLM, online shopping cart, jual ebook dan banyak lagi yang lain-lainya elok dicuba 3 pilihan yang saya ketengahkan ini.Tetapi harus di ingat bahawa semua 3 pilihan ini ada risikonya yang tersendiri dan perlu difahami dengan lebih jelas dan dengan lebih teliti. Cuba tengok perbandingan diantara ketiga-tiga pilihan yang saya katakan itu.
Pasaran Saham Ekuiti
Berdasarkan pengalaman saya dalam bidang ini sejak 7 tahun yang lalu, Pasaran Saham Ekuiti memang sangat-sangat sesuai untuk semua pelabur termasuk baru dan juga lama.Jika ingin dibandingkan risiko kehilangan wang pelaburan diantara Pasaran hadapan dan FOREX.Pasaran Saham Ekuti adalah lebih selamat. Sepanjang saya berurusniaga, punca kehilangan wang pelabuaran adalah kerana:
- Berurusniaga cara Kontra
- Jual bila belum tiba waktunya
- Urusniaga Day trade
Untuk mula berurusniaga di Pasaran Saham Ekuiti, kita memerlukan modal yang agak besar.Modal yang kecil pun boleh tapi kekuranganya adalah jumlah keuntungan yang bakal kita dapat adalah sedikit berbanding dengan yang bermodal besar.Sukar untuk hilang wang pelaburan tapi susut nilai tu ada la.Susut nilai berlaku akibat penurunan harga sebenar berbanding harga di waktu belian.Susut harga dan hilang wang pelaburan adalah tidak sama seperti mana yang ada pada Pasaran hadapan dan juga FOREX.Susut nilai akan kembali seperti biasa apabila harga saham yang dibeli telah miningkat naik kembali.Dengan syarat kita tidak menjual pegangan saham yang kita beli. Jika di Pasaran hadapan dan FOREX, ianya bergantung kepada banyak mana margin atau modal yang di pergunakan untuk tujuan urusniaga.Jika harga pasaran turun melebihi modal yang dipergunakan untuk tujuan urusniaga atau telah sampai had margin yang ditetapkan, wang pelaburan kita pun akan turut hilang seperti mana turunnya harga dipasaran sehingga kita tidak layak lagi untuk berurusniaga dan tidak diberi peluang selagi wang pelaburan tidak ditambah.Ini menunjukan Pasaran Saham ekuiti ada satu kelebihan dari segi peluang kali kedua dan risiko kehilangan wang pelaburan adalah tipis.Kekurangan Pasaran Saham Ekuiti adalah urusniaga satu hala dan yang semestinya anda tahu pergerakkan pasaran agak perlahan berbanding dua pilihan lagi dan banyak lagi perkara-perkara lain yang tak dapat saya terangkan disini.Maklumat lanjut berkenaan perkara ini, anda semua boleh rujuk di laman web Suruhanjaya Sekuruti atau di Bursa Malaysia sendiri.
Pasaran Hadapan
Emm pasaran hadapan ada 2 pilihan yang masyur iaitu FKLI dan FCPO. Urusniaga 2 hala, sama ada BUY atau SELL.Perlu margin yang agak besar dan risiko kehilangan wang pelaburan adalah tinggi berbanding Pasaran Saham Ekuiti dan lebih bertolak ansur dari FOREX.Untuk Urusniaga Pasaran Hadapan saya hanya sempat berurusniaga di FKLI sahaja manakala FCPO tak sempat oleh kerana pada waktu itu FCPO marginya agak tinggi berbanding FKLI.Memandangkan saya tak berapa puas hati dengan status lulus syariah bagi Urusniaga Pasaran hadapan FKLI ini jadi saya berhenti untuk berursniaga setakat itu sahaja.Maklumat ini sekadar infomasi tambahan sahaja.Tetapi bagi FCPO tak ada masaalah.Jika cukup modal anda boleh berurusniaga disini.Lebih laju dari Pasaran Saham Ekuiti dan lebih mudah hilang wang pelaburan jika tidak cukup kemahiran untuk berurusniaga disini .Jadi pilih yang mana sesuai.Saya letak senarai no 2 dalam potfolio pelaburan saya dalam bab risiko.Dari segi kelajuan berganda untuk dapat untung masih tetap no 1.
FOREX
2 tahun yang lalu saya mula berurusniaga dipasaran FOREX sebagai potfolio tambahan dalam kumpulan pelaburan saya.Mula-mula saya letak rating No 1 dari segi kelajuan untuk dapat untung.Tapi setelah 2 tahun belalu rating ini telah saya turunkan ke No 3 oleh sebab risiko kehilangan wang pelaburan adalah begitu tinggi berbanding Pasaran Saham Ekuiti dan juga Pasaran Hadapan.Memang diakui modal yang diperlukan agak kecil berbanding kelebihan untuk meraih untung dan urusniaganya pulak 2 hala sama ada BUY atau SELL.Boleh di urus sendiri melalui online dan banyak pilihan matawang untuk diurusniagakan.Sukar untuk diramal dan pergerakkan sangat aktif.Memerlukan banyak kecekapan dan kepakaran.Senang cerita tak sesuai untuk mereka-mereka yang baru nak menceburkan diri dalam bidang pelaburan high risk sebegini.Minta maaf jika masih baru, FOREX bukan tempat sesuai untuk buat duit dengan cepat tapi hilang duit dengan cepat ada la.Perlu kepakaran yang tinggi, kesabaran dan kerajinan untuk menambah maklumat atau ilmu berkaitan urusniaga FOREX.Saya sendiri masih gagal untuk duduk dalam kumpulan selesa lagi dan mungkin tak berkesempatan kot sebab dah beralih ke Pasaran Saham Ekuiti.Walaupun untung di Pasaran Saham Ekuiti tak banyak dan tidak laju macam dekat Pasaran Hadapan dan FOREX tapi keuntungan masih dapat dirasai.Anda tentukan mana satu yan sesuai…
Secara keseluruhanya ke semua 3 pilihan yang diterangkan ini anda semua boleh buat melalui internet, tak perlu siapkan pejabat yang besar, tak perlu mengaji perkerja dan sesuai untuk di jadikan sebagai kerja part time dirumah. Sesuai untuk semua peringkat umur yang melebihi 18 tahun ke atas dan yang syoknya tentang 3 pilihan ini adalah pembeli dan penjual sentiasa ada dipasaran. Sentiasa menungu dan menanti sama ada untuk membeli atau menjual dan sudah tentu tak perlu buat marketing yang terlampau untuk dapatkan pembeli.Sama ada anda ikut harga yang diberi atau ikut harga yang anda tawarkan.Di Malaysia sahaja ada banyak syarikat-syarikat yang berdaftar menyediakan perkhidmatan ini.Jadi luangkan masa untuk meneliti mana satu yang sesuai.Semua syarikat tersebut anda boleh lihat di laman web Bursa Malaysia.Bagi yang ada perasaan malu yang terlalu tebal sehingga nak bercakap secara berdepan pun segan atau malas nak buat perniagaan yang memerlukan anda buat marketing boleh cuba untuk belajar jadi seorang pelabur.Mana lah tahu rezeki anda ada disini.Bab halal dan haram tak usah bimbang kaunter berasaskan dan yang lulus syariah banyak disini.
Harap-harap maklumat ini berguna, sebarang komen yang bernas sila tinggalkan diruangan komen yang telah disediakan.
Sekian terima kasih
Related Posts:
- Tip saham : Salah satu cara mengurangkan risiko kerugian.
- Persiapan awal untuk bakal pelabur di pasaran saham
- FCPO kini boleh di beli secara online
- The Most Successful Investors Have Time and Patience



















