Hendaklah kamu sediakan untuk melawan mereka sekadar tenagamu,kekuatan dan kuda yang terpaut.Dengan demikian kamu mempertakuti musuh Allah dan musuhmu.Begitu juga orang-orang lain selain mereka yang tiada kamu ketahui,sedang Allah mnegetahui mereka.Apa-apa yang kamu belanjakan pada jalan Allah,nescaya disempurnakan Allah balasanya kepadamu.Sedang kamu tidak terainaya. — Al-Quran, Surah al-anfal ayat 60

Soalan : Deposit RM 10 K,Berapa boleh dapat untung dan berapa pulak boleh rugi ?

IKLAN BERBAYAR: Stokin kesihatan klife untuk merawat masaalah lenguh-lenguh kaki dan sakit lutut Sila klik disini untuk tempahan

Assalamualaikum,

Sempadan Malaysia / Thai,5 jun – Beberapa hari yang lepas,saya ada mengatakan  kalau hendak mula berurusniaga di pasaran hadapan (FKLI).   Modal yang sangat sesuai untuk peniaga peringkat pertengahan adalah RM 10 K.Persoalanya sekarang,berapa  pulak  jumlah keuntungan dan juga jumlah kerugian  yang bakal kita  dapat dan juga yang akan kena nanti ?

Betul juga,modal sudah ada tetapi sekurang-kurangnya nak tahu juga berapa jumlah kerugian dan juga jumlah keuntunganya ? Selalunya orang banyak akan bercerita tentang untung !untung! dan ruginya tidak ada.
Sila lihat jawapan yang diberi dibawah.Semua jawapan yang diberi adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri ketika berurusniaga.Jumlah keuntungan dan juga kerugian mungkin tidak sama.Memandangkan konsep dan teknik urusniaga mungkin berbeza.
Apa yang perlu ditekankan disini adalah teknik urusniaga yang bakal kita gunakan ketika berurusniaga.Teknik atau sistem ini berbagai-bagai.Jika  betul teknik atau sistem yang digunakan,maka  dengan itu berkemungkinan  kita akan mendapat untung yang bayak dan berkemungkinan akan mengalami kerugian yang bayak juga.Jadi perniagaan ini atau pelaburan ini memang sangat berisiko.Bagi mereka yang sukakan cabaran dan keuntungan dan kerugian yang setimpal bolehlah menceburkan diri dalam bidang ini.Tetapi saya tidak mengesyorkanya kepada mereka yang kosong pengetahuan tentang urusniaga pasaran hadapan.

Bagaimana RM 10 K ini boleh mendatangkan keuntungan dan kerugian kepada urusniaga kita ?

  1. Jika mengikut kepada disiplin yang saya gunakan RM 10 K yang disarankan hanya sesuai diniagakan untuk 1 lot sahaja.Walaupun kita memiliki kelebihan atau berpeluang untuk berurusniaga lebih dari 1 lot.Mengapa ? kerana tujuan kita untuk berurusniaga adalah bukan  untuk hari ini sahaja,malah untuk hari-hari yang lain juga.Kalau ada modal lebih dari RM 10 K lagi ” baguih ” kata orang kedah.
  2. Untuk mendapatkan keuntungan,kadang-kadang setiap urusniaga pertama yang dibuat akan mengalami kerugian atau memerlukan sedikit masa atau ruang untuk mula membuahkan hasil seperti mana yang kita harapkan.Oleh itu,kita perlu memberi sedikit ruang kepadanya untuk bergerak.
  3. Terlalu kerap mengunakan “sellstop” atau “cut loss” juga boleh menyebabkan kita akan cepat mengalami kerugian.Ini berpunca dari sikap terlampau berhati-hati kita terhadap kerugian,supaya tidak mahu lagi mengalami kerugian dengan jumlah yang lebih besar.Jika 5 kali selalu berlaku seperti ini ? dan jika 1 kali RM 500.00.Jika 5 kali sudah RM 2500.00.Ini tidak termasuk lagi “brokerage fee”.Saya rasa jumlahnya anda semua boleh kira sendiri.
  4. Perkara ini sering terjadi keatas saya,susah untuk membuat keputusan ketika berada dalam keadaan untung atau pun rugi.Kadang-kadang pasaran boleh bertindak sebaliknya dan diluar jangkaan seperti yang kita harapkan.Perkara ini boleh berlaku ketika sudah berada dalam situasi untung dan juga rugi.Jadi bagaimana untuk mengatasi perkara ini ? cuba untuk mengenali trend urusniaga pada ketika itu.Ada 2 keadaan,sama ada naik atau turun (dalam bahasa orang putih UPTREND atau DOWNTREND).Dan yang berikutnya anda kena fikir sendiri bagaimana hendak mengunakan trend-trend yang disebutkan tadi.
  5. Jika selalu mengamalkan “sistem daytrade” mungkin sukar untuk saya terangkan disini.Terus terang saya katakan saya tidak berminat dengan urusniaga sebegini…
  6. Jika diikutkan,banyak lagi cara-cara lain yang boleh digunakan untuk kita berurusniaga dengan cara yang lebih selamat.Seperti yang saya katakan tadi,cara mungkin tidak sama tetapi keputusan tetap sama,iaitu kita mungkin akan mengalami kerugian atau pun keuntungan.Itu sahaja.
Sempena kempen anti skim cepat kaya dan pelaburan haram.

Ini adalah cara urusniaga saya yang terakhir yang akan saya
terangkan disini.Bagaimana ?

  1. Dalam sebulan saya akan berurusniaga sebanyak 2 atau 3 kali sahaja.
  2. Jumlah keuntungan jika setiap urusniaga yang dibuat mengikut seperti apa yang kita kehendaki adalah RM 1000.00 hingga RM 2500.00 +++ .
  3. Jumlah kerugian yang mungkin terpaksa ditanggung jika  urusniaga  gagal dan tidak seperti yang dikehendaki,adalah RM 1000.00 ( + brokerage fee )++.
  4. Kebiasaanya  keuntungan akan mengatasi kerugian berdasarkan rekod urusniaga yang lepas.

Akhir sekali,semua petikan yang terdapat dalam isi kandungan diatas bukanlah tergolong dari nasihat pelaburan.Ini kerana saya bukanlah tergolong dari individu-individu yang diberikan lesen oleh SC untuk memberi nasihat berkenaan bidang pelaburan.Anda boleh mengabaikan isi kandungan diatas jika ianya tidak bermanfaat.Jika bermanfaat sila gunakanya tampa was-was.Semua isi kandungan diatas adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri ketika berurusniaga.
Sebarang bentuk pertanyaan atau keraguan tentang isi kandungan tadi sila kemukakan kepada saya melalui ruangan komen yang disediakan secara percuma.

Kata-kata perangsang :

Jika ingin menjadi seorang pelabur yang berjaya,kita harus banyak bersabar.

Sekian terima kasih dan selamat melabur.

Technorati Tags: ,

Powered by ScribeFire.


Related Posts:




IKLAN BERBAYAR: Pekhidmatan pemasangan Sistem kedai online Mampu milik Order dekat sini

Leave a Reply

CommentLuv badge
Put Your Ads Here!

Copyright © 2006 – 2012 niaga24jam.com / POWERED & DESIGN BY: notepad++ / GIMP / En Zam / This website is hosted by SHINJIRU

free web
stats