Hendaklah kamu sediakan untuk melawan mereka sekadar tenagamu,kekuatan dan kuda yang terpaut.Dengan demikian kamu mempertakuti musuh Allah dan musuhmu.Begitu juga orang-orang lain selain mereka yang tiada kamu ketahui,sedang Allah mnegetahui mereka.Apa-apa yang kamu belanjakan pada jalan Allah,nescaya disempurnakan Allah balasanya kepadamu.Sedang kamu tidak terainaya. — Al-Quran, Surah al-anfal ayat 60

Strategi pemasaran melalui email, facebook, twitter dan enjin pencari

IKLAN BERBAYAR: Pekhidmatan pemasangan Sistem kedai online Mampu milik Order dekat sini

Assalamualaikum tuan-tuan dan puan-puan,

Alhamdulillah bertemu sekali lagi, dekat sini saya telah senaraikan 4 platfom mudah untuk urusan pemasaran terutama sekali melalui internet.Keempat-empat platfom ini memang sangat-sangat berpengaruh.

Daripada hasil pembacaan laporan terkini strategi pemasaran untuk sesi 2011, pemasaran melalui enjin pencari seperti google, yahoo, bing dan yang lain-lainya masih lagi merupakan  raja kepada strategi pemasaran.Di ikuti rapat oleh facebook, twitter dan email.

Dalam banyak-banyak cara yang paling saya kurang ambil perhatian sebelum ini adalah strategi pemasaran melalui email. Mungkin disebabkan terpengaruh dengan kata-kata aktiviti spam jadi saya kurang memberi perhatian kepada kaedah ini.Yang sebenarnya ada cara yang lebih bersopan santun dimana email-email yang kita hantar tidak digelar sebagai spam atau terus masuk ke “junk mail  box atau spam box”.Cara ini mungkin saya akan terangkan kemudian untuk sesi yang akan datang.Bagi strategi pemasaran jangka masa panjang saya cadangan tuan-tuan dan puan-puan melabur lah sedikit sebanyak dalam pembagunan SEO untuk laman blog atau  laman web tuan-tuan dan puan-puan.Ini kerana perkhidmatan yang bakal tuan-tuan dan puan-puan perolehi daripada kehebatan SEO ini memang sangat-sangat diperlukan.Ini kerana reputasi SEO dan enjin pencari dalam membantu pemilik laman blog atau laman web untuk aktiviti pemasaran memang tidak boleh dinafikan lagi.Sudah terbukti sejak sekian lamanya.

Jika tuan-tuan dan puan-puan rajin, tuan-tuan dan puan-puan boleh geledah maklumat pemasaran sebegini  didalam internet.Sebelum aktiviti pemasaran ini digerakkan secara aktif, langkah pertama yang sepatutnya tuan-tuan dan puan-puan perlu buat adalah:

  1. Persiapkan laman blog atau laman web tuan-tuan dan puan-puan dengan maklumat lengkap yang sepatutnya ada untuk maklumat pembaca dengan seadanya.

Semoga aktiviti perkongsian maklumat yang serba ringkas ini dapat membuka satu lagi idea baru terhadap dunia pemasaran yang tuan-tuan dan puan-puan amalkan sebelum ini.Dengan produk yang hebat + strategi pemasaran yang mantap mudah-mudahan perniagaan tuan-tuan dan puan-puan akan bertambah majujaya hendaknya.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya


Related Posts:




IKLAN BERBAYAR: Pekhidmatan pemasangan Sistem kedai online Mampu milik Order dekat sini

Leave a Reply

CommentLuv badge
Put Your Ads Here!

Copyright © 2006 – 2012 niaga24jam.com / POWERED & DESIGN BY: notepad++ / GIMP / En Zam / This website is hosted by SHINJIRU

free web
stats