Posts Tagged ‘Perniagaan internet’

Apa konsep laman blog atau web anda ?

Saturday, July 24th, 2010

Assalamualaikum semua pembaca setia yang dihormati,

Hari ini banyak masa terluang yang saya ada, jadi lebih baik saya cerita serba sedikit tentang topik lama atau yang sudah lapuk ini dalam blog saya. Mudah-mudahan boleh dijadikan sebagai panduan untuk bloger-bloger dan juga untuk peniaga-peniaga internet  yang baru dan mula nak berjinak-jinak dengan dunia internet ini. Apa yang hendak saya sampaikan ini adalah sebahagian darinya sahaja, malah ada banyak lagi cerita seperti ini dekat luar sana nun yang perlu anda cari, bila jumpa kena baca, lepas baca hendaklah memahami apa yang di sampaikan dan yang terakhir cuba aplikasikan pada blog atau perniagaan internet anda. Mudah-mudahan anda akan dapat sedikit gambaran dan ganjaran dari kisah tersebut. Jom kita ke kisah seterusnya.

Sekarang ini keperluan atau permintaan terhadap perlunya kita  melibatkan diri dengan perniagaan yang ada kaitan dengan internet bertambah dari semasa ke semasa. Rata-rata kita boleh lihat iklan-iklan, cakap-cakap dan juga saranan-saranan supaya kita terlibat terus dengan perniagaan ini.Bila kita bercakap tentang perniagaan Internet, blog dan laman web adalah salah satu dari kompenan utama  yang perlu kita ambil tahu. Saya tak tahu kenapa, mungkin dua kompenan penting ini berperanan sebagai pengantara antara kita dan juga pengguna internet, pembeli atau sebagainya. Lain-lain dari itu, email, chating box, forum, laman web sosial ( laman web juga ) seperti facebook, twitter, Ning, Myspace, friendster dan banyak lagi. Kali ini saya hanya akan cerita tentang dua benda sama ada blog atau  laman web. Dua tu sahaja. Ada orang suka blog dan ada orang suka laman web.Yang mana satu ?   Yang mana satu tak penting, sekarang ini saya guna blog dari CMS WordPress. Kadang-kadang saya sebut laman web dan kadang-kadang saya sebut blog dan kadang-kadang jadi weblog. Kesemua tu saya guna ikut keperluan dan kefahaman seseorang itu tentang dunia internet supaya mereka mudah faham dan di waktu yang sama juga saya jadikan blog saya ni juga sebagai tempat untuk saya mendapatkan sumber pendapatan, kadang-kadang laman web saya ni juga  saya gunakan untuk tapak iklan, kadang-kadang untuk tujuan kaji selidik, untuk mencari kawan dan sahabat baru, tak lupa juga untuk pamerkan kebolehan  yang saya ada bagi tujuan perkongsian maklumat itu indah dan macam-macam lagi mengikut keperluan dan kesesuaian masa.

(more…)

  • Blogger Post
  • Digg
  • Twitter
  • Yahoo Messenger
  • Windows Live Spaces
  • Technorati Favorites
  • Share/Bookmark

Cara bayar hutang ptptn, hutang kereta, hutang rumah, hutang kad kredit dan hutang along

Wednesday, July 14th, 2010

Assalamualaikum.

Bertemu sekali lagi dalam bab perkongsian maklumat itu indah.Telah sedia maklum ada ramai di kalangan rakyat Malaysia suka berhutang. Di waktu yang sama juga ada ramai yang tak mampu nak bayar hutang.Kenapa boleh jadi begitu ? biasa laa kan, hutang tu merupakan program masa hadapan yang kita reka siap-siap untuk diri kita di masa hadapan. Sebelum kita tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan kita telah pun mereka sesuatu yang belum lagi kita tahu sama ada kita ini mampu atau tidak untuk berhadapan denganya.Ini lah dia al-kisah yang berkaitan dengan hutang. Ada yang selamat dan ada yang terjerat terus.

Zaman sekarang kalau tidak berhutang agak sukar sikit laa bagi kita untuk mendapatkan sesuatu contohnya seperti rumah, kereta, berhutang untuk persekolahan, untuk pusingan modal perniagaan, untuk memulakan perniagaan dan macam-macam kegunaan lagi. Boleh dikatakan setiap orang pasti tidak terlepas dari kegiatan berhutang sama ada kecil atau besar. Adakah hutang itu salah ? tidak sebenarnya, yang salahnya adalah plan hutang yang di pilih untuk kita. Telah sedia maklum juga hutang itu harus dan wajib di bayar. Jika ingin berhutang seboleh-bolehnya pilih lah yang mampu untuk kita selesaikanya dan harus di ingat juga masa hadapan tidak selalu menjanjikan yang indah-indah buat kita dan ada kala kita akan berada dibawah dan jika di waktu yang sama juga kita masih dibebani dengan hutang lapuk yang masih belum selesai, kan parah jadinya.Fikir-fikirkan lah.

(more…)

  • Blogger Post
  • Digg
  • Twitter
  • Yahoo Messenger
  • Windows Live Spaces
  • Technorati Favorites
  • Share/Bookmark

Teknik Pemasaran Internet Yang Boleh Anda Cuba

Wednesday, April 21st, 2010

Assalamualaikum,

Tip kali ini berkisar tentang teknik pemasaran melalui internet yang boleh anda cuba untuk memperkenalkan produk hebat yang anda semua miliki tampa perlu mengeluarkan banyak modal.Perkara utama yang sering saya ambil berat adalah, yang  pertama cari yang percuma terlebih dahulu kemudian baru bertukar ke yang berbayar.Jom kita ikuti langah-langkah berikutnya.

Sebelum saya bawa anda pergi lebih jauh, elok juga kalau anda semua tahu serba sedikit berkenaan teknik yang hendak diketengahkan ini.Untuk makluman anda semua, apa yang saya terangkan dalam teknik kali ini kebanyakkanya berdasarkan pengalaman saya sebagai seorang blogger sejak 4 tahun yang lalu. Jadi kalau ada yang sesuai, anda boleh ambil dan guna untuk manfaat perniagaan internet anda.Tak perlu bayar pun, teknik ini saya buka untuk anda semua secara percuma atas dasar perkongsian maklumat itu indah…ayuh kita ke langkah seterusnya..

(more…)

  • Blogger Post
  • Digg
  • Twitter
  • Yahoo Messenger
  • Windows Live Spaces
  • Technorati Favorites
  • Share/Bookmark

Shoutbox Magic Network

Tuesday, March 16th, 2010

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, Ini adalah projek untuk tujuan pemasaran yang diketengahkan oleh saya lebih kurang 3 ke 4 bulan yang lalu iaitu pada penghujung tahun 2009 .Alhamdulillah sambutan menggalakkan, walaupun masih ada lagi pemilik laman web atau blog yang masih ragu-ragu dengan tool percuma yang ditawarkan ini.Nak buat macam mana kan, mungkin mereka masih belum nampak jalanya lagi kot.Untuk kali ini saya akan terangkan serba sedikit bagaimana tool percuma ini dapat membantu pemilik laman web atau blog secara serba-sedikit dalam membantu memudahkan urusan pemasaran yang melibatkan perniagaan internet ini.

Konsep tool yang diberi nama “shoutbox magic network” ini mudah sahaja.Membantu peniaga atau pemilik laman web atau blog dalam mempermudahkan dan  mempercepatkan lagi urusan pemasaran melalui pengiklanan cara rambang. Telah dipasang pada 30 ++ laman web dan blog setakat ini dan kian bertambah dari semasa ke semasa. Peluang ini juga masih terbuka kepada setiap pemilik laman web dan blog yang berminat. Buat masa ini “shoutbox magic network” ini di langan oleh peniaga dari keluarga blogspot amnya.Terutamanya pemilik dan peniaga internet kaum wanita kebanyakannya dan saya juga berharap sangat-sangat selepas pada artikal ini dikeluarkan akan ada lebih rami peniaga lelaki pulak yang akan turut serta untuk menyertai “shoutbox magic network” ini.Demo shoutbox magic network yang di war-warkan ini ada dibawah:

(more…)

  • Blogger Post
  • Digg
  • Twitter
  • Yahoo Messenger
  • Windows Live Spaces
  • Technorati Favorites
  • Share/Bookmark
Put Your Ads Here!
Put Your Ads Here!