Assalamualaikum,
Macam mana kalau hidup kita nih seperti tajuk diatas tu,di rantai dan di gelangi
hutang. Siang malam asyik dok fikir macam mana nak selesaikan semua hutang.Kalau tak berhutang susah pulak.Boleh ke kalau tak mau berhutang ?..boleh dan memang boleh pun.Macam mana? pilih untuk hidup sekadar keperluan untuk hidup dan jangan melampaui batas.Senang cerita ikut contoh cara hidup yang Rasulullah s.a.w buat atau kalau berat sangat ikut cara sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w.Ikutlah sekadar yang kita mampu kalau boleh ikut semua sekali lagi baguih.Bagi yang sudah terlanjur berhutang tuh macam mana nak buat ?
- Kena selesaikan,jangan cabut lari pulak.Kalau lari pun selamat atas dunia nih sahaja.Akhirat nanti kena juga.
- Stop terus dari cari peluang baru untuk menambah beban berhutang.
- Reprogram balik pengurusan keewangan seperti tabungan untuk masa depan,bayar hutang,tabung kecemasan dan untuk keperluan seharian.
- Potong mana-mana bahagian perbelanjaaan yang kurang perlu untuk jimat kos
- Kawal nafsu yang suka kepada keindahan dan kegemerlapan isi dunia nih(bab nih kalau anda rasa macam melampaui batas cepat-cepat tinggalkan)
- Bab nih kira paling penting la,kena cari sumber pendapatan tambahan seberapa mampu yang boleh.Kalau nak harap pada sumber yang sedia ada tu kira membebankan juga.Itu pun kalau ada peluang.Kalau tak ada nak buat cam mana.Terima saja dengan hati yang lapang dan ingat Allah banyak-banyak di samping tuh terus berusaha.















