Posts Tagged ‘Tip pilih saham’

Tip pilih saham no 2: Tahap kecairan

Monday, March 23rd, 2009

Assalamualaikum,

Tip no 1 saya dah cerita,kali ini tip no 2 pulak.Kalau nak pilih saham selain dari memiliki pernigaaan yang kukuh tahap kecairan juga amat penting.Macam mana nak tau tahap kecairan sesuatu kuanter saham tuh?.Kalau nak tau kena baca sampai habis bab nih.

Mudah saja yang pertama pastikan kuanter tersebut sentiasa aktif  kalau boleh dalam tempoh setahun diniagakan kemudian volume yang diurusniagakan tuh banyak.Dua benda nih sudah cukup untuk kita tau sama ada sesuatu kuanter tuh tahap kecairanya tinggi atau rendah.Sebab apa tahap kecairan ini penting ?.Sebabnya kalau sesuatu kuanter tu tahap kecairanya rendah alamatnya susahlah kita nak tukarkannya ke dalam bentuk tunai bukan setakat tuh saja,nak jual pun susah.Umpama kita pergi dekat bank kemudian kita cakap dekat kerani bank bahawa kita nak bawa keluar duit simpanan kita.Ada tak kerani bank tuh cakap kena tunggu 2 atau 3 hari kecuali urusan yang melibatkan cek.Tak ada kan.. Macam tuh lah juga dengan saham,lagi tinggi tahap kecairanya lagi lah baguih.Sebab tuh ramai orang suka berursniaga dekat pasaran hadapan.Salah satu sebabnya adalah tahap kecairanya tinggi.Mudah untuk dijual dan sentiasa ada pembeli untuk membolehkan kita menukarkanyan dalam bentuk tunai.

(more…)

Tip pilih saham

Thursday, March 19th, 2009

Assalamualaikum,

Rasanya dah lama saya tak cerita tentang pasaran saham.Nak cerita sikit saja bab saham nih.Apa dia ?.Macam mana nak pilih kuanter saham.Teknik nih saya dapat dari buku yang bertajuk ” Selecting shares that perform “.Dalam banyak-banyak perkara ada beberapa tip penting akan saya cerita dekat sini.Nak tau kesudahanya sila baca lagi..

Semuanya ada lebih kurang 10 cara yang diceritakan dalam buku yang saya katakan tuh.Tapi saya nak cerita dalam nih 1 saja.Yang lain tuh hari lain pulak.Kalau ikut dalam buku tuh dia kata kalau nak cari kuanter yang baik kita kena cari yang buat perniagaan yang kukuh.Kalau dekat malaysia nih berdasarkan pengalaman saya Syarikat Talikom Malaysia,Maybank,TNB,AIR ASIA,DIGI,BURSA MALAYSIA sendiri dan banyak lagi.Tapi kuanter nih semua boleh dikatakan harganya tinggi belaka kecuali AIR ASIA ( RM 0.955 )ini adalah harga diwaktu saya dok tengah karang bab nih iaitu pada ( 19/03/09 11:09am ).

(more…)

Put Your Ads Here! Put Your Ads Here!

Copyright © 2006 – 2012 niaga24jam.com / POWERED & DESIGN BY: notepad++ / GIMP / En Zam / This website is hosted by SHINJIRU

free web
stats