Assalamualaikum,
Bertemu sekali lagi,kali ini saya akan sambung lagi tip untuk pilih saham no 3 pulak.Perlu di ingat,kalau kita nak beli sesuatu kaunter saham pastikan tip no 3 ni diberi perhatian terutamanya untuk pelaburan yang berjangka masa panjang. Contohnya 3,5 atau 10 tahun.Kenapa perlu diberi perhatian berkenaan perkara ini.Kalau nak tahu sila baca sampai habis kerana membaca boleh manambah tahap ilmu pengetahuan yang telah sedia ada.
Kenapa penting ” pihak pengurusan yang baik” bila kita nak pilih sesuatu kunter saham?.Jawapanya mudah sahaja,contohnya kalau kita nak menumpang satu kenderaaan untuk ke Kuala Lumpur,mahukah kah kita menumpang dengan orang yang tak ada lesen atau yang tidak mahir memandu.Sudah tentu tidak kan.Aaaa macam tuh lah juga dengan saham nih.Kalau kita tidak buat pilihan yang tepat alamatnya hancurlah duit pelaburan kita.Terutamanya untuk pelaburan berjangka masa panjang.Dengan adanya pihak pengurusan yang baik dan cekap sahaja sesuatu syarikat atau kuanter saham tersebut akan terus ada potensi untuk terus berkembang dan meningkat di masa hadapan.

















