Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar. — Al-Quran, Ayat 23,Surah al-Baqarah

Tambah trafik ke laman web dengan cara mudah

IKLAN BERBAYAR: Pekhidmatan pemasangan Sistem kedai online Mampu milik Order dekat sini

Assalamualaikum,

Bertemu sekali lagi wahai pembaca budiman sekalian, hari ini saya hanya berminat untuk berkongsi maklumat bagaimana kita boleh tingkatkan jumlah kunjungan trafik ke laman web atau blog yang kita miliki dengan cara yang sangat mudah. Ayuh kita berjalan terus ke langkah-langkah berikutnnya.

Laman web atau blog yang mendapat banyak kunjungan trafik memang menjadi idaman bagi setiap pemilik laman web atau blog. Tetapi tahukah anda bagaimana untuk dapatkan semua tu?. Di sini ada diceritakan sebahagian darinya yang boleh anda cuba.Tak perlu keluar modal yang banyak pun, ini kerana apa yang bakal saya terangkan ini boleh dikatakan semunya percuma.Ayuh kita teruskan perjalanan kita ke langkah-langkah berikutnya.

Isi kandungan dalam laman web – Punca yang paling mudah bagaimana kita boleh dapat banyak kunjungan trafik ke laman web atau blog kita adalah isi kandungan dalam laman web atau blog itu sendiri.Sama ada berunsurkan hiburan, maklumat semasa, teknologi, cerita merapu, perkongsian pengalaman dan sebagainya. Semua itu tetap berguna untuk mendapat atau menarik trafik ke laman web anda.Apa yang menjadi buruan adalah isi kandungan dalam laman web atau blog yang mempunyai nilai kualiti dan manfaat yang boleh dikongsi bersama.Bab ini kalau nak diterangkan memang luas dan banyak.Di sini saya dah bagi klu kenapa pembaca atau pengguna internet harus berkunjung ke laman web atau blog anda. Selepas pada ini, pastikan isi kandungan  laman web atau blog anda itu betul-betul berkualiti dan boleh menyebabkan pembaca atau pencari maklumat dalam internet jatuh cinta dengan laman web dan blog anda.Biasanya orang yang sudah jatuh cinta, dia akan merindui apa yang di cintainya..haa…haaa…bagaimana, boleh   buat ke ?.Yang seterusnya,

Banyakan benda percuma dalam laman web dan blog anda – Yang ini pun boleh dikatakan sangat-sangat berpengaruh dalam menarik lebih banyak kunjungan trafik ke laman web dan blog.Malangnya tak ramai pemilik laman web dan blog yang ambil kisah tentang perkara ini.Cuba anda bayangkan dalam dunia ini, berapa ramai penduduk dunia ini yang suka kepada benda yang diberi secara percuma?. Sudah tentu ramai kan. Sebut saja bab percuma tak payah cerita, pasti semua akan suka.Jadi apa kata anda aplikasikan konsep tersebut ke laman web dan blog anda. Benda percuma ini banyak, jadi anda cari lah apa-apa yang sesuai dan yang  patut padan untuk  laman web dan blog anda. Saya pasti laman web dan blog anda pasti akan menjadi tempat lepak bagi pengguna internet.Tak dapat 100% dari produk percuma ini, kalau dapat 15% pun sudah memadai.Tak percaya ? cuba dulu…Yang terakhir sekali,

Shoutbox magic – Tool ini sebenarnya dah lama saya guna untuk laman web saya dan sudah lama saya syorkan kepada kawan-kawan bis internet saya.Sehingga sekarang jumlah pengguna Shoutbox magic ini sudah menjangkau 30++ lebih.Memandangkan target pertama saya hanya sekadar 30++ pengguna sahaja, jadi segala urusan memperkenalkan tool percuma ini telah pun diberhentikan kerana sudah cukup kouta. Tool ini juga diberi secara percuma.Sesuai untuk semua platform laman web dan blog.Apa peranan tool percuma ini? kerja Shoutbox magic ini mudah sahaja iaitu melakukan aktiviti pemasaran secara viral ke laman web-laman web dan juga blog yang terpilih dengan hanya satu klik.Aaaahh mudah kan? dengan hanya satu klik  sahaja iklan atau produk anda akan di pamerkan di lebih 30++  laman web dan blog. Jadi keputusanya disini yang anda semua akan dapat adalah, anda tidak perlu lagi berkunjung ke satu-persatu laman web dan blog jika anda ingin meninggalkan jejak anda di sana ..Dengan Shoutbox magic ini semua kerja-kerja tradisional tersebut dapat di ringkaskan.Bagaimana ? jika berminat dengan tool percuma ini. Sila maklumkan saja kepada saya.

Sampailah kita semua kebahagian yang terkahir, semoga maklumat yang disampaikan ini berguna untuk kepentingan perniagaan internet dan demi  kepentingan untuk menarik trafik ke laman web dan blog anda semua.Jika ada sebarang maklumbalas jangan malu dan segan, sila tinggalkan sahaja di rungan komen yang sedia ada.

 

 


Related Posts:




IKLAN BERBAYAR: Kasut futsal ORI jenama Breaker. Sila klik disini untuk tempahan

Leave a Reply

CommentLuv badge
Put Your Ads Here!

Copyright © 2006 – 2012 niaga24jam.com / POWERED & DESIGN BY: notepad++ / GIMP / En Zam / This website is hosted by SHINJIRU

free web
stats