Think Thousand times before taking a decision But – After taking decison never turn back even if you get Thousand difficulties!! — Adolf Hitler, Adolf Hitler

Teknik Pemasaran Internet Yang Boleh Anda Cuba

IKLAN BERBAYAR: Kasut futsal ORI jenama Breaker. Sila klik disini untuk tempahan

Assalamualaikum,

Tip kali ini berkisar tentang teknik pemasaran melalui internet yang boleh anda cuba untuk memperkenalkan produk hebat yang anda semua miliki tampa perlu mengeluarkan banyak modal.Perkara utama yang sering saya ambil berat adalah, yang  pertama cari yang percuma terlebih dahulu kemudian baru bertukar ke yang berbayar.Jom kita ikuti langah-langkah berikutnya.

Sebelum saya bawa anda pergi lebih jauh, elok juga kalau anda semua tahu serba sedikit berkenaan teknik yang hendak diketengahkan ini.Untuk makluman anda semua, apa yang saya terangkan dalam teknik kali ini kebanyakkanya berdasarkan pengalaman saya sebagai seorang blogger sejak 4 tahun yang lalu. Jadi kalau ada yang sesuai, anda boleh ambil dan guna untuk manfaat perniagaan internet anda.Tak perlu bayar pun, teknik ini saya buka untuk anda semua secara percuma atas dasar perkongsian maklumat itu indah…ayuh kita ke langkah seterusnya..

Bagi seorang peniaga internet,  menguasai teknik pemasaran  adalah satu kemestian dan perlu di pelajari setiap hari. Jika gagal dalam menguasai teknik pemasaran,  perniagaan internet yang dimiliki  juga boleh dikatakan akan turut gagal juga.Pada kebiasanya itulah akan sering berlaku.Tak perlu buang banyak ayat, jom kita selongkar teknik pemasaran melalui internet ini sekarang. Ada banyak cara dan cabang, saya hanya akan buka pintu depanya terlebih dahulu.

Untuk pemilik laman web/blog terlebih dahulu

  1. SEO – Ini satu kemestian, kalau SEO ini tidak berfungsi alamatnya susahlah pembaca,pembeli atau pengguna akan jumpa laman web kita jika mereka mencari sesuatu mengunakan enjin pencari seperti Google,yahoo, Bing atau yang lain-lainya.Bab SEO ini kalau tak mahir kena cari pakar dalam bidang SEO dan minta mereka tolong pasangkan SEO tool untuk laman web kita.Untuk jangka masa panjang peranan yang dimainkan oleh SEO memang sangat-sangat diperlukan.Buat masa ini cara yang paling mudah untuk dapatkan SEO untuk laman web/blog anda, saya cadangkan anda cuba guna wordpress untuk kerangka laman web/blog anda.Hasilnya tidak pernah menghampakan.Sebabnya saya adalah pengguna wordpress sejak sekian lama.CMS wordpress adalah percuma kalau anda semua ingin tahu…
  2. Isi laman WEB/Blog – Yang ini pun penting juga, punca utama pengunjung akan sampai ke lamam web/blog kita.Lagi banyak maklumat berguna lagi lah baik.Kalau boleh yang bersifat ilmu pengetahuan ke, tip buat duit ke, tip berkenaan komputer ke, dan dan apa-apa saja lah.Semua itu berperanan untuk menarik trafik ke laman web kita.Isi laman web/blog ini sangat-sangat memerlukan sokongan  SEO yang kuat.Jika SEO tidak berfungsi, tak kira lah bertapa baiknya isi kandungan yang ada dalam laman web/blog kita tu, semuanya tidak bermakna. Sebabnya adalah apa yang kita letak dalam laman web/blog kita tu tidak dijumpai oleh pembaca atau pencari maklumat kecuali sedikit sahaja.Itu pun kalau kita memperkenalkanya secara manual.Perlu di ingat tentang perkara ini.Jika laman web/blog yang tidak berkonsepkan komersial, itu tak ada masaalah.
  3. Kelajuan uploading laman web/blog – Yang ini pun penting juga, pada kebiasaanya laman web/blog yang lambat upload atau slow akan menyebabkan penguna atau pencari maklumat akan beralih ke laman web yang lain.Kalau ada banyak banner atau images yang berat-berat atau apa-apa program yang menyebabkan laman web/blog menjadi perlahan, eloklah dikaji semula tahap keperluanya kepada laman web/blog kita terlebih dahulu. Jangan kerana perkara yang sebegitu kecil kita akan atau bakal kehilangan pengunjung kelaman web/blog kita. Yang paling sedih jika pelanggan atau pencari maklumat yang keluar itu adalah pembeli atau pengguna sebenar. ( ruginya )
  4. Dan banyak lagi, bab ini lain kali saya sambung lagi.


Apa yang saya terangkan dekat atas tadi tu adalah sebahagian dari keperluan utama sebelum urusan pemasaran melalui internet ini kita langkah ke bahagian seterusnya iaitu ke bahagaian cara-cara pemasaran yang boleh di guna pakai.Selain dari SEO, Isi kandungan yang baik, kelajuan laman web/blog dan yang lain-lain.Kita sebagai pemilik laman web yang memiliki produk yang  istimewa dan hebat boleh juga mengunakan cara pemasaran percuma yang akan diterangkan dibawah:

  1. Twitter – Sudah terkenal dan tak perlu diperkenalkan lagi, apa yang perlu anda buat hanyalah menambah seberapa banyak rakan-rakan twitter yang sedia ada kemudian gunakan akaun twitter anda tu untuk pasarkan produk yang anda miliki seberapa banyak yang anda suka.Lagi banyak rakan-rakan twitter anda lagi lah baik.
  2. Laman Web Social Network -  Seperti facebook, myspace, friendster, ning dan banyak lagi.Konsepnya sama saja, tambah rakan-rakan  network anda bagi ramai kemudian jalankan urusan pemasaran anda di situ mengikut kemampuan yang anda suka,Jangan anda dicop sebagai spammer sudah.Tahap keberkesananya saya tak berapa pasti.Sepanjang penglaman saya, cara begini hanya sekadar memperkenalkan produk yang saya ada. Nak dapat pembeli dari laman web seperti ini rasanya tak berapa tinggi sangat.Boleh di cuba tapi tiada jaminan.
  3. Blogspot – Cara ini sesuai untuk mereka-mereka yang tidak memiliki blog sendiri atau yang ingin mengunakan perkhidmatan yang disediakan secara percuma.Mesra enjin pencari.Bagi pemilik laman web yang tidak memiliki laman web yang mesra dengan enjin pencari, anda boleh gunakan blogspot sebagai orang tengah untuk tarik pengunjung ke laman web anda.Selamat mencuba.
  4. Ruangan iklan percuma – Seperti mudah.com, OLX..com.my, ebay dan banyak lagi yang muncul sejak akhir-akhir ini.Berdasarkan penglaman saya, 3  laman web tadi pun sudah cukup untuk anda gunakan sebagai agen atau orang tengah untuk menarik trafik, pengunjung atau pembeli ke laman web anda.Sesuai untuk peniaga internet yang memiliki produk fizikal dan yang berkonsepkan komersial.Lebih kurang blogspot tapi advance dari blogspot sebab kebanyakkanya agen pengiklanan percuma seperti ini sudah memiliki jenama dan pengunanya yang tersediri.Jadi semua itu akan memberi % yang lebih kepada laman web dan produk anda.Selamat mencuba sekali lagi.
  5. Forum – Tempat ini pun sesuai juga untuk jalankan kempen pemasaran. Cuma kena pilih forum yang mana paling sesuai dan yang ada kelebihan untuk perserta memasarkan produk disamping berbincang dan menimba ilmu disana.
  6. Tinggalkan komen di laman web kawan-kawan – Cara ini telah lama dipraktikan dan boleh dikatakan sangat berkesan.Nak lagi baik,  komen yang kita tinggalkan tu berada pada laman web/blog  yang memang sudah ada kredibiliti dan pengunjung yang ramai.Peluang untuk menonjolkan diri bersama produk yang kita ada akan lebih cerah.Semua ini percuma sahaja, cuma kena rajin-rajin menerjah ke laman-laman web yang kita suka. ( jika ada banyak masa )
  7. Shoutbox Magic Network – Tool ini sebenarnya percuma, telah dinaik taraf dan mampu untuk melaksanakan tugas pemasaran dengan begitu cepat dan berkesan dan boleh link sehingga 30 ++ laman web dan blog.Tool ini banyak di langgan oleh peniaga dari kaum wanita berbanding kaum lelaki.Puncanya tak tahu kenapa..Bukan semua shoutbox berfungsi seperti shoutbox magic network ini.Tool ini diberi secara percuma sahaja dan hanya boleh didapati di laman web – laman web terpilih sahaja.Kalau berminat nak cuba, boleh emailkan hasrat anda kepada saya.Sebabnya saya dalah mastermind projek ini. hee..hee..hee
  8. Tukar link atau banner – Cara ini pun ok juga, tapi tak ramai yang suka cara ini.Geng dari blogspot banyak aaa priktikan cara ini. Banyak link dan banner akan menyebabkan laman web/blog  jadi slow.Saya tak berminat cara ini.
  9. Email – Mengunakan email untuk pasarkan produk atau apa saja ke alamat email.Ok juga cara ini. Untuk member-member ok la.Kalau email yang kita tak kenal susah la sikit. AWAS ! anda akan di cop sebagai spammer.Buat rugi ja, sebab email anda akan sampai ke junk mail atau spam boxes.( buang masa ja )

Dan banyak lagi, saya pun dah penat nak menaip.Kita sambung sesi pengkongsian maklumat berkenaan teknik pemasaran melalui internet ini lain kali la pulak.Banyak sangat pun tak mau juga.Nanti membosankan dan  masej tak sampai pulak.

“Perkongsian maklumat itu indah”

Sekian terima kasih dan selamat mencuba



Related Posts:




IKLAN BERBAYAR: Pekhidmatan pemasangan Sistem kedai online Mampu milik Order dekat sini

Leave a Reply

CommentLuv badge
Put Your Ads Here! Put Your Ads Here!

Copyright © 2006 – 2012 niaga24jam.com / POWERED & DESIGN BY: notepad++ / GIMP / En Zam / This website is hosted by SHINJIRU

free web
stats