Categories
MACD Tutorial Teknikal Analisis Tip saham dan Forex

Teknikal analisis : Mari belajar mengenali MACD

Assalamualaikum,

Perlis, 2 Sept – Apa khabar semua ? selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 50.Moving averages kita dah tengok,candlestick chart pon kita dah tengok dan pada kali ini kita tengok pulak cerita berkaitan MACD.Mungkin ramai yang sudah biasa dengan teknik ini.Itu tak penting.Kalau nak tengok sekali lagi pon boleh,ini kerana apa yang ingin saya sampaikan ini semuanya adalah percuma.Jadi kalau ada yang terkurang tuhhh saya minta maaf banyak – banyak lahh.Saya bukanya pakar dalam bab teknikal analisis ini.Tujuan saya buat benda nih semua pun adalah kerana ingin berkongsi maklumat yang sedikit ini dengan anda semua.

Dulu memang saya ada juga mengunakan MACD nihh.Memandangkan ilmu berkaitan teknik ini kurang.Jadi banyak juga keputusan yang dibuat berdasarkan teknik ini gagal.Bukan kerana atau salah teknik ini.Tapi salah diri saya sendiri kerana tidak faham bagaimana hendak mengunakanya.Jadi saya harap bahan yang akan disampaikan ini dapat membantu saya dan juga anda semua yang berminat untuk mencuba MACD ini.Sekurang – kurangnya Kalau tidak dapat 100% dapat 50% pun dah kira baguih tuhhh.Saya tidak mau bercerita panjang disini.Kerana zaman sekarang nihh orang tak suka kalau kita cakap banyak dan cerita panjang – panjang.Jadi untuk bahan berikutnya saya ada sediakan video percuma berkaitan MACD ini.Sila lihat dibawah :

Video percuma MACD.Yang ini pun telah dicilok dari orang putih juga.Video ini ada 3 bahagian. Bermula dari bahagian pertama sampai bahagian ketiga .Kalau ada banyak masa tengoklah dari bahagian pertama.Memandangkan saiz file video ini besar,jadi saya terpaksa letakanya disini secara berperingkat – peringkat mengikut kesesuainya nanti.Selamat menonton.


Apa pendapat anda tentang video ini ??.Adakah anda semua sudah dapat serba – sedikit gambaran ringkas bagaimana hendak mengunakan MACD ini.Yang penting sekali disini adalah kita kena cuba dan tengok adakah ianya sesuai atau tidak.Kalau ada masa buat virtual trade dahulu.Kalau nak lagi cantik,sila gunakan MACD.Baru kita akan dapat tahu keputusanya nanti.Selamat mencuba dan semoga bertambah lagi keuntungan selepas ini.

Sampai disini dulu.Satu lagi perkara penting yang perlu anda tahu.Saya bukanlah penasihat pelaburan yang diberikan lesen oleh SC.Semua bahan yang diketengahkan ini adalah semata-mata untuk tujuan berkongsi maklumat yang ada sahaja.Macam biasa jika anda semua rasa maklumat ini berguna sila gunakanya tampa was-was.Jika sebaliknya sila abaikanya.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

Kata-kata sepintas lalu :

Ilmu pengetahuan ada dimana-mana,Oleh itu jika kita menjumpainya kita kena ambil.

Technorati Tags: ,

Powered by ScribeFire.

Be the first to write a review

2 replies on “Teknikal analisis : Mari belajar mengenali MACD”

Sungguh baik…maklumat yg berguna utk memorex. Harap dapat disambung dengan secepat munkin utk bhg dua dan tiga…

Insyaallah, bahagian berikutnya pasti akan munyusul tidak lama lagi.Cuma space saja yang tak cukup
untuk dimuatkan semuanya.Selamat maju jaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *