ALLAH telah berfirman dalam
    Surah al-Hujurat ayat 11-12: (maksudnya) Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) merendah-rendahkan puak lelaki
    yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan merendah rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Laranganlarangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
    — Al-Quran, Surah al-Hujurat ayat 11-12

Tip berguna untuk bakal pelabur

IKLAN BERBAYAR: Kasut futsal ORI jenama Breaker. Sila klik disini untuk tempahan

Assalamualaikum

Pada kali ini saya akan menceritakan 1 lagi tip yang berguna
untuk bakal pelabur dan juga kepada mereka yang sudah melabur dipasaran
saham.Teknik yang akan diterangkan pada kali ini ialah bagaimana kita
boleh mengurangkan risiko kerugian dipasaran saham dan dapat belajar
teknik pelaburan pada waktu yang sama.
Mungkin
ada diantara anda semua yang tahu teknik dan cara ini.Diharap jika ada
yang terkurang tentang perkara ini, sudi-sudilah kiranya anda semua
menghulurkan pandangan anda demi untuk kepentingan bersama.Ini kerana
kita ini manusia dan bersifat lemah dan saya hanya mampu sekadar apa
yang termampu.

Berbalik kepada tajuk yang diperkatakan tadi iaitu tentang
tip berguna untuk bakal pelabur.Bagi sesetengah pelabur di negara barat
konsep ini telah lama dipraktikan dikalangan mereka.Tetapi dinegara
kita itu saya tidak pasti.Apakah cara-caranya ??? :

Mungkin ramai dikalangan kita yang minat melabur antaranya :

  1. Mereka yang berkerja dan ingin menambah sumber pendapatan
  2. Mereka yang baru untuk berjinak-jinak dalam bidang pelaburan tetapi tidak ada pengalaman dan ilmu tentang pelaburan
  3. Mereka yang sudah melabur tetapi mengalami pengalaman ngeri yang
    sukar untuk dilupakan ketika membuat pelaburan suatu ketika dulu
  4. Mereka-mereka yang berminat oleh kerana kejayaan pelabur-pelabur lain seperti warrent buffett.

Mungkin banyak lagi faktor-faktor penting lain yang mempengaruhi
seseorang itu ingin melabur dipasaran saham.Tetapi  awas pasaran
saham amat berisiko tinggi  jika kita tidak tahu cara untuk
melakukanya.Tetapi bagaimana untuk memulakanya ???

Yang pertama apabila kita ingin membuat sesuatu keputusan untuk
mebabitkan diri didalam bidang yang mencabar ini iaitu bidang pelaburan
saham kita sering kali ingin melakukanya secara bersendirian.Sedangkan
kita masih lagi baru dalam bidang ini.Dengan berbekalkan semangat dan
keazaman yang kental dan berkobar-kobar,kita telah berangapan bahawa
semua ini akan berjalan lancar.Inilah risiko pada peringkat awal yang
terpaksa kita hadapi.Kita terlalu percaya kepada diri sendiri sehingga
kita terlupa akan kemampuan kita yang sebenar,Contohnya :

  1. Adakah sudah cukup dengan hanya membaca buku tentang pelaburan
    saham yang kita dapatkan diperpustakaan atau dari kedai – kedai buku
    ???.
  2. Sudahkah kita mendapatkan khidmat nasihat dari mereka yang mahir dalam bidang ini ????

Apakah maksud semuanya ini ????

Semua ini adalah bertujuan untuk mengetahui sejauh mana ilmu pengetahuan tentang pelaburan saham yang kita miliki.Semua perkara yang diterangkan diatas tadi boleh diatasi jika kita sanggup untuk duduk berbincang dan berkerjasama dengan mereka yang mempunyai impian seperti kita.Atau lebih ringkasnya kita menubuhkan sendiri kumpulan-kumpulan kecil dikalangan kita yang berminat untuk melabur dalam pasaran saham.Kalau di barat mereka mengelarkanya kelab pelaburan.Yang kebanyakanya diangotai 5 hingga 10 orang dalam kelab tersebut.Dan setiap orang akan diberi tugasan masing-masing.Setiap dana yang di pungut dari ahli kelab akan digunakan untuk dilaburkan dipasaran saham yang telah dipersetujui oleh setiap ahli.

Kelebihan sistem ini ialah :

  1. Risiko kerugian yang besar adalah lebih kecil jika dibandingkan dengan membuat pelaburan secara individu
  2. Setiap ahli juga dapat berkongsi teknik pelaburan bersama

Yang selebihnya akan disambung pada keluaran yang akan datang..


Related Posts:




IKLAN BERBAYAR: Ini cara kami cari duit lebih ianya murah,mudah dan berpanjangan daftar penyertaan dekat sini

Leave a Reply

CommentLuv badge
Put Your Ads Here! Put Your Ads Here!

Copyright © 2006 – 2012 niaga24jam.com / POWERED & DESIGN BY: notepad++ / GIMP / En Zam / This website is hosted by SHINJIRU

free web
stats