Assalamualaikum,
Gua Kelam,Perlis.20 jun – Anda rugi ketika berurusniaga dipasaran saham ?.Itu perkara biasa.Kalau tidak mahu rugi,melaburlah dalam unit amanah saham yang telah dijamin risikonya dan juga boleh diketegorikan sebagai satu tampat pelaburan yang lebih selamat atau cari sahaja egen-agen atau wakil-wakil pelaburan yang berlesen untuk menguruskan dana pelaburan anda.Mereka ini lebih berpengalaman dan lebih memahami situasi sebenar tentang pelaburan yang mereka lakukan.Mudah-mudahan pelaburan anda akan berjaya.
Kita tinggal mukadimah di atas.Kita pergi ke tajuk yang hendak disampaikan pada permulaaan tadi.Anda rugi ketika berurusniaga ? itu tandanya anda belum cukup ilmu tentang bidang yang anda ceburi.Bagi saya jika kita mengalami kerugian, ini adalah salah satu tanda tentang kekurangan atau kelemahan yang ada pada diri kita.Untuk menyelesaikan perkara ini.Jawapanya mudah sahaja :Jangan risau atau termenung atau terkenang tentang kerugian yang dialami dan yang telah belalu meningalkan kita, mungkin 15 minit yang lalu atau 2 hari yang lalu atau 5 bulan yang lalu atau 5 tahun yang lalu.Jadi apa yang harus kita buat ? Jawapanya :Tanyalah soalan pada diri kita sendiri.Apakah soalanya ? soalanya bergantung kepada keperluan dan juga kehendak diri masing-masing.
Contohnya :
- Mengapa kita atau aku mengalami kerugian ?Jawapnya macam-macam ada.Diantaranya ialah mungkin teknik pelaburan yang digunakan tidak bertepatatan dengan kehendak pasaran saham atau berlaku ketidak tentuan di pasaran saham dengan secara tiba-tiba dan banyak lagi lah alasan-alasan lain yang boleh diberi.Sekurang-kurangnya kita tahu alasan-alasan yang munasabah diatas kegagalan atau kerugian yang telah kita alami dan juga bakal kita alami nanti.
Kebiasanya perkara-perkara seperti ini sering di alami oleh bakal-bakal pelabur yang masih baru dan mempunyai minat untuk turut serta dalam bidang yang boleh dikatakan sangat berisiko dan sangat mencabar keyakinan dan kesabaran seseorang.Atas beberapa alasan yang belum cukup kuat dan juga kerana melihat rakan-rakan yang berada dalam bidang ini mengecap kejayaan.Jadi mereka pun mengambil keputusan untuk turut serta.
Setelah membuat penelitian sebulan dua,Jadi melaburlah mereka ini dengan harapan dan bukan dengan ilmu pengetahuan yang sepatutnya..ada..untuk menjadi sebagai seorang pelabur dipasaran saham.Ini adalah langkah pertama yang cukup baik.Walaupun belum tiba waktu yang sepatutnya.Ini adalah risiko pertama telah anda lalui tampa disedari.
Jika mengalami kerugian apa harus kita buat ? Sebaik-baiknya jangan sesekali kita mengecap atau mengecop pasaran saham ini sebagai salah satu tempat yang bukan untuk kita mencipta kejayaan atau tempat untuk kita mencari sumber pendapatan.Jika kita berbuat demikian,ini bermakna kita telah sedikit-demi sedikit telah membunuh minat yang kita ada.Senang cerita, yang rugi biarkan dia pergi.Tugas kita yang berikutnya adalah bertanya dan berfikir tentang kekurangan yang ada pada diri kita,tentang bidang pelaburan saham…contohnya.Insyaallah,saya pasti kita akan dapat jalan keluarnya.
Kata seorang pelabur yang mengalami kerugian : Hee…heee..heee,cakap senang lah,yang rugi biarkan dia pergi….
Jawab orang yang tidak berputus asa :habis tuh nak buat apa ? nak ambik duit balik ?..
Tanya pada diri sendiri betulkah tindakan yang kita lakukan ini.Lepas pada ini baru kita tahu langit itu tinggi atau rendah atau kalau kail panjang sejengkal jangan diduga lautan yang luas.Jadi apa harus kita buat,rezeki ditentukan oleh allah dan hidup ini mesti diteruskan,Jangan berputus asa.
Apakah yang anda semua akan jumpa apabila anda menjadi seorang pelabur atau peniaga dipasaran saham ??.Ada bermacam-macam ragam,disini saya akan berikan sebahagian darinya sahaja .Yang selebihnya anda akan rasa sendiri apabila anda menjadi seorang pelabur kelak.Apakah bendanya :
- Tamak
- Selalu berharap
- Tidak tahu untuk membuat keputusan.
- Ikut cakap orang
- Tidak berputus asa dan terus mencuba,last-last rugi semua.
- Rajin membaca berita tentang ekonomi
- Peka terhadap perkembangan ekonomi semasa.
- Pandai baca akaun atau penyata pendapatan..
- Selalu ingin cepat untung….(ingat ini bukan tempat skim cepat kaya)
- Kadang-kadang tdr malam tak mau lena….pasai rugi..hee..heee.hee
- Dan banyak lagi….
Dari pengalaman saya sendiri,Mula-mula berurusniaga dipasaran saham saya rasa apa yang saya buat adalah betul.Tapi bila alami kerugian pertama.baru saya tau bahawa cara yang digunakan tak sesuai dengan keadaan saya.Jadi dari situ barulah saya berfikir bagaimana benda ini boleh terjadi sebegini.Nasihat saya jangan ulangi perkara atau kesalahan yang sama pada urusniaga yang sama pada masa akan datang.Kesalahan baru tidak mengapa. Kerana apa ? turun naik harga akan berlaku setiap masa.Apabila tiba waktunya,baru kita mulakan urusniaga yang kita inginkan.Jika tidak,kesalahan yang sama juga akan kita hadapi dan perasaan yang sama akan kita rasai.Jadi disini siapa yang salah,pasaran saham atau diri kita sendiri ??.
Kelebihan teknikal analisis :
Kepada sesiapa yang mahir tentang teknikal analisis,dia mempunyai kelebihan untuk berjaya dipasaran saham.Kerana apa ? Teknikal analisis ini ibarat macam lampu suluh bagi orang yang berjalan dalam gelap.
Kelebihan trend pasaran :
Sesiapa yang selalu berurusniaga mengikut trend pasaran,peratus untuk mendapat untung adalah tinggi.Jadi disini saya sarankan supaya cari teknik yang boleh mengenal pasti trend pasaran.Apa-apa chart atau indikator,semua boleh guna untuk dapatkan trend urusniaga pasaran .Cara untuk mengunakanya terpulang kepada pelabur masing-masing.Mengikut kehendak dan keperluan masing-masing.
Semua ini adalah cerita berdasarkan pengalaman saya sendiri.Kalau rasa berguna sila gunakan nasihat yang diberi ini tampa was-was.Jika tidak,macam biasa sila abaikanya.Yang penting saya bukan tergolong dari mereka-mereka yang diberikan lesen untuk memberi nasihat berkaitan pelaburan.Kalau ada silap dan salah ,saya mohon kemaafan dari anda semua.
Kata-kata perangsang :
Berani + ilmu pengetahuan + modai yang cukup = keuntungan atau kerugian.Pilihlah yang mana anda suka.
Sekian terima kasih dan selamat maju jaya dan selamat menjadi seorang pelabur yang berjaya.
Technorati Tags: Pasaran saham, Tip ketika rugi
Powered by ScribeFire.
Related Posts:
- Kenapa "SELL STOP" begitu penting.
- Stochastic Oscillator
- Stock-Picking Strategies: Technical Analysis
- Cara Mengenal Skim Penipuan!




















menarik.