• featured
  • featured
  • featured
  • featured
  • featured

    Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

    ALLAH telah berfirman dalam
    Surah al-Hujurat ayat 11-12: (maksudnya) Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) merendah-rendahkan puak lelaki
    yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan merendah rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Laranganlarangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
    — Al-Quran, Surah al-Hujurat ayat 11-12

Tip Kontra + simpan : Beli 2 lot dapat untung macam beli 10 lot

NAMSAHAZ Webhosting - at RM0.06 per 1MB!!!

Assalamualaikum,

Padang Besar,6 jun – Memandangkan hari ini saya tidak boleh masuk market untuk membuat sebarang urusniaga.Jadi daripada masa saya terbuang begitu saja.Lebih baik saya tulis tip kontra + simpan seminggu +++ ini kepada mereka-mereka yang gemarkan aktiviti urusniaga seperti ini ketika berurusniaga.Semua ini telah saya gunakan ketika saya berurusniaga dipasaran saham ekuiti suatu ketika dulu.Lebih kurang 2 tahun lepas.

Tetapi sekarang ini aktiviti urusniaga seperti itu tidak di praktikan lagi. Kerana apa ? sebabnya saya sudah tidak lagi aktif untuk berurusniaga di pasaran saham yang melibatkan ekuiti.Sekarang ini, saya banyak tumpukan perhatian kepada urusniaga pasaran hadapan.Kerana berbagai-bagai kelebihan yang saya perolehi berbanding Ekuiti.Ini tidak bermakna ekuiti tidak bagus,cuma ia tidak memenuhi kehendak dan keperluan yang saya inginkan.Tetapi terus terang saya katakan Urusniaga pasaran hadapan sangat berisiko.Tetapi keuntunganya berbaloi dengan risiko yang terpaksa kita tanggung.

Berbalik kepada tajuk utama tadi,tip kontra + simpan ++.Kemudian beli 2 lot selepas pada itu untung macam beli 10 lot.Tengok macam best je.Memang best.Teknik ini saya telah guna dan memang berhasil untuk memberikan kepada kita keuntungan.Tetapi cara ini hanya sesuai untuk mereka-mereka yang ada modal pada tahap sederhana,contohnya RM 5000.00 kebawah.Paling lekeh RM 500.00.

RM 500.00 pon boleh beli saham,betul ke nih ? jawapanya: Ya !! betul.Kalau anda tidak percaya sila tanya mereka-mereka yang sudah lama berada dalam bidang pelaburan saham.
Soalan no 2 : Adakah RM 500.00 boleh mendatangkan keuntungan seperti yang terdapat pada tajuk tadi ?.Jawapannya: ya !!.Jika mereka berkata tidak,itu tandanya mereka adalah seorang pelabur yang bermodal besar.Selalunya orang yang bermodal besar mereka tidak akan berurusniaga dengan jumlah-jumlah yang kecil seperti yang diterangkan oleh saya tadi.

Bagaimana cara ini dapat digunakan ? jawapannya sila lihat dibawah :

  1. Pastikan modal yang kita miliki untuk berurusniaga cukup untuk membayar kos keseluruhan sesuatu saham yang dibeli apabila tamat tempoh T + 3.Kerana apa ? mungkin kuanter saham yang dibeli tidak dapat memenuhi syarat untuk mendapatkan keuntungan sebelum tarikh tamat T+3 atau kuanter saham tersebut masih mempunyai harapan atau peluang yang lebih baik untuk memperolehi keuntungan yang lebih tinggi.Kebiasaanya akan terjadi demikian.Tetapi jarang-jarang.
  2. Untuk memastikan kita sentiasa berada dalam keadaan selamat ketika berurusniaga.Jika ingin membeli,lebih baik bermula dengan jumlah lot yang kecil-kecil dahulu.Contohnya 5 lot,3 lot atau 2 lot adalah paling koman.Tetapi 2 lot tidak akan mendatangkan keuntungan yang banyak jika kita mendapat kenaikan harga ketika kuanter tersebut sedang diurusniagakan.Habis tuh untuk apa kita perlu membeli dengan jumlah lot yang kecil jika tidak boleh mendatangkan keuntungan ? lebih baik beli dengan jumlah lot yang besar sekali gus,kan lebih baik ? .Jawapanya : terpulang kepada kehendak dan keperluan keewangan masing-masing dan juga berapa banyak risiko kerugian yang boleh ditanggung jika harga saham menurun dengan mendadak.Bagi saya,mengikut kemampuan dan keperluan adalah lebih baik dari bersikap tamak.Mudah sahaja.
  3. Yang berikutnya jika hendak lebih terkedepan dan bagi mereka yang mampu.Saya suka mencadangkan supaya beli atau langgan 5 hingga 10 kuanter yang berpotensi dan mempunyai rekod urusniaga yang baik untuk tujuan mempelbagaikan pelaburan yang sedia ada.Jika hanya 1 kuanter saham sahaja,saya bimbang anda akan cepat bosan.Kerana apa ? menunggu buah yang tidak jatuh.Untuk mengatasi masaalah ini.Beli atau langgan kuanter-kuanter saham yang baik ini,banyak-banyak seperti yang dicadangkan.Lagi banyak lagi baguih.Jika kita memiliki jumlah kuanter yang banyak sudah tentu salah satu dari kuanter tersebut akan mendatangkan hasil.
  4. Macam-mana hendak mendatangkan hasil jika beli dengan jumlah lot yang kecil ?.Jawapan :Caranya mudah sahaja ulangi konsep permulaan tadi atau dengan membuat penambahan lot untuk tujuan kontra jika kita telah berada dalam situasi selamat.Yang pasti kita berada dalam keadaan untung.Tujuan kita untuk menambah untung.
  5. Bagaimana jika mengalami kerugian ?.Jawapanya :Inilah gunanya kita membeli dengan jumlah lot yang kecil.Jika rugi kita simpan, sehingga kita boleh dapat untung.Jika untung ulangi konsep yang sama.Iaitu tambah lot.Yang selebihnya,bagaimana untuk dapat lebih lagi keuntungan.Anda semua kena berfikir sendiri.Konsep permulaan sudah diterangkan.Jadi pandai-pandailah bawa diri..jika ingin selamat dan lebih berjaya.

Banyak lagi tip sambungan mengenai tajuk ini,saya rasa yang selebihnya saya akan sambung pada keluaran akan datang.Untuk maklumat menarik berikutnya sila baca artikal dibawah :

Semua isi kandungan diatas bukanlah tergolong dari nasihat pelaburan.Ini kerana saya bukanlah tergolong dari mereka-mereka yang diberikan lesen oleh SC untuk memberikan sebarang bentuk nasihat pelaburan.Semua isi kandungan diatas adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri ketika berurusniaga.Jika isi kandungan cerita diatas bermanfaat sila gunakanya tampa was-was.Jika tidak anda boleh mengabaikanya.

Kata perangsang :

Dimana ada bahan yang bersumberkan ilmu kita ambil.Yang bukan ilmu kita tinggalkan dan yang berguna adalah yang berilmu.

Sekian terima kasih dan jumpa lagi untuk sambungan menarik yang akan datang.

Technorati Tags: , , ,

Powered by ScribeFire.

  • Blogger Post
  • Digg
  • Twitter
  • WordPress
  • Yahoo Messenger
  • Windows Live Spaces
  • Technorati Favorites
  • Share/Bookmark
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Leave a Reply

Your Ads Here! Your Ads Here!
    follow me on Twitter