Assalamualaikum,
Bertemu sekali lagi, tip ringkas dalam sesi perkongsian maklumat kali ini khusus ditujukan untuk peniaga forex sahaja.Bagi yang dah tahu tentang perkara ini dan jika ada penambahan maklumat sila maklumkan kepada saya. Mudah-mudahan akan bertambah lengkap isi atau tip yang hendak diketengahkan ini.Jom kita mula baca tip seterusnya.
Tip ini kebanyakkanya berdasarkan kepada pengalaman dan penelitian saya sendiri yang dibuat ketika berurusniaga.Apa yang ingin saya ketengahkan kali ini adalah “DISIPLIN KETIKA UNTUNG”.Berdasarkan kepada pengalaman saya yang lepas-lepas, purata untuk mendapat untung ketika berurusniaga adalah tinggi tetapi semua itu hilang akibat disiplin ketika untung telah hilang dan diganti dengan perasaan tamak dan keinginan untuk mencari keuntungan yang lebih dari apa yang dah ada didepan mata yang telah mengusai segala-galanya. Hasil yang diperolehi adalah kerugian dana pelaburan dan juga masa.Berbalik kepada tip kali ini, bagaimana caranya kita boleh mendapat untung dengan hanya perlu menguasi “DISIPLIN DIRI KETIKA UNTUNG” ?.Jom kita selongkar rahsia ini sekarang.
Pada pengamatan saya, bab teknikal analisis dan fundemental analisis sudah tidak lagi menjadi masaalah utama kepada setiap peniaga forex terutamanya yang sudah 2 ke 3 tahun berada dalam bidang ini.Cumanya sekarang ini masaalah ketidakstabilan dalam mengekalkan rekod keuntungan sedia ada.Kadang-kadang untung dan kadang-kadang rugi tetapi kadang-kadang rugi melebihi dari apa yang di perolehi ketika untung dan itulah yang kurang selesa untuk peniaga forex.Jadi mari kita selesaikan masaalah ini sekarang. Apa yang akan saya katakan ini mudah sahaja,
- Masaalah bila nak beli atau bila nak jual sudah tidak menjadi halangan sekarang ini ( saya pasti sudah ramai yang dah ada kepakaran dalam bab ini ). Masaalah utama sekarang ini adalah perasaan tamak.Ok apa yang saya buat dalam mengatasi masaalah ini adalah meletakkan disiplin ketika untung sentiasa berada diatas dan dikawal oleh satu level tertentu atau target tertentu contohnya kalau dah untung USD 10 ++ kita tutup urusniaga. Lepas pada itu, jika ada lagi singnal baru yang muncul dan sesuai baru kita buka urusniaga baru.Jika tidak ada signal baru yang menarik, anggaplah bahawa hanya itu sahaja habuan kita untuk hari tersebut.
- Yang penting sekali jangan sekali-kali merasa rugi jika setiap urusniaga yang ditutup mengikut target disiplin ketika untung yang telah ditetapkan terus bergerak ke depan dan dalam erti kata lain kalau kita tidak tutup urusniaga tersebut sudah tentu kita akan mendapat keuntungan yang lebih. ( inilah perasaan tamak yang akan mengikis dana pelaburan kita pada masa urusniaga yang akan datang ) . Untuk selesaikan masaalah ini mudah sahaja, ingatlah dan berpesanlah pada diri sendiri bahawa urusniga forex bukan wujud hanya untuk hari ini sahaja malah untuk hari-hari yang akan datang juga.Jadi untuk yang dah berlalu kita lupakan sahaja dan yang penting sekali kita ada bawa balik keuntungan.
- Dekat bawah ini ada sedikit gambaran ringkas bagaimana dengan hanya mengamalkan disiplin diri ketika untung ini boleh membuatkan akaun urusniaga kita dana nya akan terus bertambah bertambah dan terus bertambah.Ringkas sahaja dan saya pasti ramai yang sudah mempraktikanya.Jom kita geledah sekali lagi dengan lebih terpeinci..
- Ini berdasarkan disiplin diri ketika untung yang saya amalkan.Dalam seminggu ada 5 hari urusniaga dan setiap hari dapat untung USD10.Kalau 5 hari sudah tentu jadi USD50 bersamaan dengan( USD 50 X 3.5 = RM 175.00 seminggu ). Maka itulah jumlah yang bakal kita perolehi jika semuanya berjalan dengan lancar. Berdasarkan pengalaman saya yang tenggelam timbul dalam bidang ini,untuk mendapatkan USD 10 dalam sehari ianya sangat mudah. Berbanding USD 30 ( ilustrasi ini untuk peniaga yang bermodalkan USD100 ke bawah ) jadi renung-renungkanlah tip ini.
- Berdasarkan pengalaman saya juga dan berdasarkan keputusan penuh akibat dari mengamalkan disiplin diri ketika untung ini, hasilnya yang saya dapat adalah kalau 23 kali buat urusniaga mungkin 1 ke 2 kali sahaja kita akan rugi.Tapi harus diingat syarat-syarat utama ketika handak membuat urusan belian atau jualan haruslah dipatuhi.Jika tidak ianya tidak akan berhasil. Harap maklum.
Emmm sampai disini sahaja sesi pengkongsian maklumat berkaitan perkara yang diketengahkan ini, jika sesuai anda semua boleh ikut seperti mana yang diterangkan dan jika tidak sesuai sila abaikan sahaja maklumat ini dan saya bukan lah tergolong dikalangan pemberi nasihat atau pandangan yang diberi lesen oleh suruhanjaya sekuruti.Semua ini berdasarkan pengalaman ketika berurusniaga sahaja.
Sekian terima kasih dan selamat mencuba.
Related Posts:
- Tip untuk peniaga forex
- Jommm !! kita memorex
- Tip forex – teknik ringkas untuk peniaga forex yang selalu rugi bahagian 2
- Tip ringkas untuk peniaga dan bakal peniaga forex

















