Tip saham : Salah satu cara mengurangkan risiko kerugian.

Assalamualaikum,

Ladang Tebu,Chuping,6 jun – Sejak dari pagi sampai petang tunggu market untuk turun.Last-last,lagi 1/2 jam urusniaga nak tutup baru lah dia turun.Jadi hari ini melepas lagi.Kena tunggu lagi lah nampak gayanya.Sementara dok tunggu saham turun terasa pulak nak letakan tip yang boleh dikira sebagai tip tahap biasa.Tapi saya tak kisah,yang mana sudah tahu diharap buat tak tahu sudah lah.Kalau boleh tip ini saya nak kongsi dengan orang-orang baru pulak.

Kita sering kali mendengar pasaran saham sangat berisiko tinggi.Jadi pada kali ini saya ingin menerangkan salah satu daripada tip diantara banyak-banyak tip yang ada di atas muka bumi ini untuk kita semua.Tip pada kali ini bertajuk,”bagaimana untuk mengurangkan atau mengatasi masaalah kerugian“.Ada berbagai-bagai cara,salah satu nya yang akan saya terangkan disini adalah :

Cara untuk kita mengurangkan risiko kerugian ketika berurusniaga.

  1. Bagaimana ?.Caranya mudah sahaja,jika kita ingin berurusniaga berapakah jumlah wang yang sering kita gunakan untuk tujuan urusan jual-beli di pasaran saham ?.Mungkin ada yang berkata RM 10 K,mungkin ada yang berkata RM 100 k dan mungkin ada yang berkata RM 500.00 sahaja.Tidak kisahlah berapa K atau berapa ratus,yang penting bagaimana untuk mengurangkan risiko kehilangan wang pelaburan.Cara yang ingin saya sampaikan ini sering kali digunakan oleh syarikat pengurus dana.Contohnya unit amanah saham,KWSP, Badan-badan koperasi dan banyak lagi.Bagaimana caranya ?. caranya ialah,dengan cara mengumpulkan dana dari ramai pendeposit kemudian dijadikan satu dana khusus untuk tujuan pelaburan.Kemudian keuntungan dikira di penghujung tahun berdasarkan pretasi yang ada.Ini adalah salah satu contoh yang boleh digunakan oleh peniaga runcit biasa.
  2. Apa yang sering saya lihat kebanyakan dari kita memang berminat untuk melabur tetapi mereka bimbang denga risiko yang ada pada pasaran saham itu sendiri.Terutama sekali apabila melibatkan kehilangan sejumlah wang pelaburan yang sedia ada.Saya rasa cara berurusniaga berkumpulan ini amat sesuai untuk digunakan bagi mengurangkan risiko yang sedia ada.
  3. Contohnya : Jika 5 orang pelabur berkongsi wang pelaburan.Setiap seorang mendepositkan wang untuk tujuan pelaburan sebanyak RM 5000.00 X 5 orang.Ini bermakna jumlah yang terkumpul ada sebanyak RM 25 K.
  4. Dengan secara tidak sengaja kumpulan tadi telah memiliki wang pelaburan yang amat banyak jika dibandingkan melabur secara individu.
  5. Kelebihanya : Jika kumpulan tersebut mengalami kerugian.setiap kerugian akan di tanggung secara bersama.Ini lebih baik jika hendak dibandingkan dengan melabur secara individu.Dengan cara ini jangka hayat untuk terus berada dan berurusniaga di pasaran saham amat cerah.Walauapapun teknik urusniaga mesti betul.Jika tidak keadaanya akan tetap tidak berubah,sama ada berkumpulan atau individu.
  6. Yang paling penting adalah sikap saling percaya mempercayai harus ada.Jika tidak tip ini tidak dapat dilaksanakan.Untuk lebih mudah,carilah orang yang kita kenal dan mempunyai minat dan tujuan yang sama.Mereka semua tergolong dikalangan  individu-individu yang mudah memahami situasi berkaitan karenah pasaran saham dan juga risiko yang terpaksa ditanggung.

[Not a valid template]

Itu sahaja yang dapat saya sampaikan untuk kali ini.Diharap maklumat yang disampaikan ini dapat membantu menambahkan lagi tahap keyakinan anda untuk menjadi seorang pelabur yang tulin.

Sekali lagi ingin saya nyatakan disini,Semua isi kandungan diatas bukanlah nasihat pelaburan.Ini kerana saya bukanlah tergolong dari mereka-mereka yang diberikan lesen oleh SC untuk memberi nasihat berkaitan pelaburan. Jika isi kandungan diatas berguna sila gunakanya tampa was-was.Jika tidak berguna sila abaikanya.

Kata perangsang :

Jika inginkan pelaburan yang lebih selamat.Melaburlah dengan unit amanah saham.Pelaburan anda akan terjamin.Tetapi anda harus ingat, anda akan kerugian satu perkara,iaitu ilmu tentang pelaburan.

 

 

“Berkonsi maklumat itu indah”

Sekian terima kasih dan selamat maju jaya.

Technorati Tags: , ,

Powered by ScribeFire.

One thought on “Tip saham : Salah satu cara mengurangkan risiko kerugian.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>