ALLAH telah berfirman dalam
    Surah al-Hujurat ayat 11-12: (maksudnya) Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) merendah-rendahkan puak lelaki
    yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan merendah rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Laranganlarangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
    — Al-Quran, Surah al-Hujurat ayat 11-12

Tip Untuk Peniaga Forex – Bahagian Pengurusan Dana

IKLAN BERBAYAR: Stokin kesihatan klife untuk merawat masaalah lenguh-lenguh kaki dan sakit lutut Sila klik disini untuk tempahan

Assalamualaikum,

Bertemu sekali lagi, ini adalah sesi perkongsian maklumat semata-mata.Khusus untuk peniaga-peniaga forex terutamanya peniaga forex yang masih lagi baru terjun  dalam bidang urusniaga yang penuh mencabar dan boleh diketegorikan sebagai sangat-sangat berisiko tinggi. Jom kita terjah terus ke bahagian sesi perkongsian maklumat untuk kali ini.

Tip ini sesuai untuk peniaga forex yang tak boleh duduk diam atau yang terlebih rajin untuk melakukan urusniaga. Jadi macam mana ? Pada kebiasaanya kalau nak buat sesuatu urusniaga di Pasaran Tukaran Matawang Asing mestilah kena ada cukup syarat terlebih dahulu, terutama sekali yang berkaitan dengan BUY dan SELL ( waktu bila nak beli atau jual ). Memang tak boleh dinafikan kalau dah ada modal dalam akaun urusniaga dan di tambah pulak dengan banyaknya masa untuk mengawasi pergerakkan harga yang sedia ada maka bertambah tinggi lah minat seseorang itu untuk melakukan urusniaga walaupun tidak cukup syarat-syarat urusniaga.Perkara ini kerap terjadi kerana tahap keyakinan kita terhadap harga dipasaran melebihi apa yang sebenarnya akan berlaku kelak.Apa yang sering terjadi adalah, membuat sesuatu urusniaga baru tampa berpandukan syarat yang sepatutnya.

Get the Flash Player to see the wordTube Media Player.
  1. Kadang-kadang tidak mahu terlepas peluang.
  2. Nak tambah untung bagi lebih banyak. ( last-last rugi pulak jadinya )
  3. Bosan sebab tiada aktiviti lain yang hendak dibuat.
  4. Terlalu yakin dengan firasat yang ada dalam diri kita yang mengatakan bahawa selepas ini akan jadi begini dan begitu.
  5. Terpengaruh dengan analisis yang berlambak dalam internet. ( Bukan semua analisis yang dibuat boleh dipercayai sangat )

Berdasarkan pengalaman saya, jika terlalu banyak urusniaga yang dibuat dalam satu hari, hasil yang sering kita dapat adalah banyak rugi dari untung. Untuk peniaga yang memiliki keistimewaan modal yang besar, rajin untuk berurusniaga dan suka bermain dalam pasaran FOREX , elok dicuba apa yang hendak saya sampaikan ini.sikap rajin berurusniaga dipasaran FOREX ini pada kebiasaanya berpunca kerana kita GERAM dengan apa yang kita lihat dalam carta pada skrin komputer.Terutama sekali bila banyak kali terlepas peluang sebab was-was ( sebab itu khidmat ROBOT  digunakan bagi peniaga yang ada was-was ).Untuk mengimbangi perkara ini supaya menjadi positif untuk setiap urusniaga yang hendak dibuat, apa kata peniaga FOREX yang budiman semua cuba tip  ini.

Jika geram sangat nak buat urusniaga, apa kata cuba kecilkan NILAI atau VOLUME   urusniaga yang hendak dibuat, jika  syarat BUY atau SELL tidak ada tetapi kita yakin dengan firasat semulajadi yang ada dalam diri kita bahawa selepas ini akan jadi macam ini dan macam itu.( kadang-kadang betul dan kadang-kadang tidak boleh diharap sangat ) Contohnya kalau ikut syarat-syarat BUY dan SELL kita akan gunakan USD10 untuk setiap pips. Apa kata anda kurangkan ke USD 1 untuk setiap pips jika anda mengalami situasi kerajinan berurusniaga seperti yang sedang saya kongsikan bersama anda sekarang ini.Berdasarkan pengalaman saya yang lepas-lepas, peratus untuk mendapat untung  dengan cara ini sangat kurang. Jadi dengan mengurangkan jumlah VOLUME untung dan rugi untuk setiap pips ianya akan  menyelamatkan dana urusniaga yang sedia ada jika mengalami kerugian.Kekurangan yang ketara adalah, dapat untung sikit.

Tip ini berguna ketika waktu kita GERAM sangat-sangat untuk memulakan urusniaga ketika tidak cukup syarat, tetapi jika waktu GERAM untuk melakukan urusniaga cukup syarat-syarat BUY dan SELL tak payahlah guna tip ini. Tip ini untuk melepaskan geram yang ada dalam diri kita sahaja supaya ianya tidak menjadi parah untuk urusniaga yang akan datang.Elok dilepaskan saja GERAM ini dengan cara yang berhemah. Lepas pada itu ok la.

Emmm itu sahaja maklumat berkaitan dengan urusniaga FOREX kali ini, semua ini berdasarkan penglaman saya ketika berurusniaga. Rekod urusniaga saya 20 kali urusniaga yang di buat berkemungkinan besar 2 atau 3 kali sahaja saya akan mengalami kerugian.Punca kerugian berpunca dari perasaan GERAM dan kegagalan saya untuk mengawal volume atau nilai untuk setiap pips.Jadi saya harap perkara ini tidak berulang kembali kepada anda.Selamat mencuba.


Related Posts:




IKLAN BERBAYAR: Custom Tshirt printing,You are design we are print.Postage free Visit here for more info

Leave a Reply

CommentLuv badge
Put Your Ads Here!

Copyright © 2006 – 2012 niaga24jam.com / POWERED & DESIGN BY: notepad++ / GIMP / En Zam / This website is hosted by SHINJIRU

free web
stats