…Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah naungan langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali… — H.R al-Baihaqi

Tip Urusniaga Pasaran Hadapan : RM 10 K modal pokok.

IKLAN BERBAYAR: Kasut futsal ORI jenama Breaker. Sila klik disini untuk tempahan

Assalamualaikum,

Sempadan Malaysia / Thai,2 Jun.Apakah sebenarnya maksud RM 10 K modal pokok ?.Inilah sebenarnya modal yang diperlukan buat masa sekarang  untuk berurusniaga di Pasaran Hadapan atau FKLI.Mungkin modal yang disarankan atau diperlukan ini adalah sangat besar.

Kalau anda semua ingin tahu,itulah  modal yang diperlukan untuk membolehkan kita berurusniaga dengan selamat buat masa sekarang.Dan jumlah lot yang di syorkan adalah 1 lot sahaja.Saranan ini hanya untuk mereka yang memiliki modal dibawah paras 15 K. 

Setelah diteliti dan dikaji dengan teliti selama beberapa bulan,jika modal yang diletakan kurang dibawah paras RM 10 K.Risiko kita untuk berhadapan dengan kerugian adalah amat besar.Ini tidak bermakna modal dibawah 10 k tidak boleh berurusniaga.Boleh !! tetapi risiko kerugian sangat tinggi.
Bukan hanya sekadar RM 10 K sahaja.Ada lagi,ini tidak termasuk kompenan-kompenan yang lain lagi,seperti teknikal analisis yang bakal kita guna dan banyak lagi lah syarat utama lain yang perlu kita ikuti.
Ini adalah  disiplin yang saya gunakan dan tidak boleh didedahkan disini.Mungkin 5 bulan yang lepas,kita masih lagi boleh mengunakan  modal untuk memulakan urusniaga adalah RM 5 K sahaja,jika ingin selamat.Tetapi sekarang tidak lagi.Bagi yang mementingkan keselesaan ketika berurusniaga RM 10 K adalah pilihan yang agak baik.Bagi yang bermodal besar mungkin ini tidak menjadi masaalah.Semua ini orang kata boleh kautim punya.

SEMPENA KEMPEN ANTI SKIM CEPAT KAYA DAN PELABURAN HARAM :

Apa yang saya sarankan ini adalah untuk mereka yang bermodal sederhana dan berminat untuk turut serta dalam urusniaga yang berisiko tinggi ini.
Dan perkara kedua yang perlu dititik beratkan adalah tentang pengunaan
SELL STOP “.Bagi mereka yang sering mengamalkan pengunaan ” SELL STOP ” bawah daripada paras 10 point adalah sangat berbahaya pada ketika ini.Ini kerana kebanyakan urusniaga yang berlaku sekarang ini adalah bergerak dalam jajaran atau gap harga yang cukup besar.Jadi peluang untuk kita selamatkan posisi yang sedia ada adalah amat tipis.Banyak lagi tip lain yang boleh digunakan ketika berurusniaga.Yang penting sekali berurusniaga lah mengikut trend pasaran dan jangan sekali-kali kita melawan arus dengan harapan pasaran akan mengikut kehendak kita.Ini Jarang berlaku.Apa yang sering berlaku kita dipaksa keluar dengan hati yang tidak rela.Diharap semua dapat faham dengan maksud yang hendak disampaikan ini.

Apa yang disampaikan ini, bukanlah tergolong diantara nasihat pelaburan.Ini kerana saya bukanlah tergolong dari mereka-mereka yang diberikan lesen oleh SC.Jika ada yang berguna dari cerita diatas sila ambil dan jadikan sebagai bahan untuk tujuan rujukan,jika tidak sila abaikan isi kandungan cerita ini.
Dan semua isi kandungan dalam cerita ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri ketika berurusniaga dan saya merupakan seorang pelabur di pasaran hadapan dan juga ekuiti secara sepenuh masa.Jika ada sebarang masaalah berkaitan perkara yang disampaikan ini sila email atau gunakan ruangan komen yang disediakan.

Kata perangsang :

Untuk berjaya dalam bidang pelaburan kita perlukan keberanian dan kesungguhan.Tidak ada kejayaan yang akan datang dengan mudah walaupun SKIM CEPAT KAYA sekali pun. 

Sekian terima kasih dan selamat maju jaya.              

       

Technorati Tags: ,

Powered by ScribeFire.


Related Posts:




IKLAN BERBAYAR: Ini cara kami cari duit lebih ianya murah,mudah dan selamat daftar penyertaan dekat sini

Leave a Reply

CommentLuv badge
Put Your Ads Here!

Copyright © 2006 – 2012 niaga24jam.com / POWERED & DESIGN BY: notepad++ / GIMP / En Zam / This website is hosted by SHINJIRU

free web
stats