Teknikal analisis : Mari belajar mengenali MACD

Assalamualaikum,

Perlis, 2 Sept – Apa khabar semua ? selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 50.Moving averages kita dah tengok,candlestick chart pon kita dah tengok dan pada kali ini kita tengok pulak cerita berkaitan MACD.Mungkin ramai yang sudah biasa dengan teknik ini.Itu tak penting.Kalau nak tengok sekali lagi pon boleh,ini kerana apa yang ingin saya sampaikan ini semuanya adalah percuma.Jadi kalau ada yang terkurang tuhhh saya minta maaf banyak – banyak lahh.Saya bukanya pakar dalam bab teknikal analisis ini.Tujuan saya buat benda nih semua pun adalah kerana ingin berkongsi maklumat yang sedikit ini dengan anda semua.

Dulu memang saya ada juga mengunakan MACD nihh.Memandangkan ilmu berkaitan teknik ini kurang.Jadi banyak juga keputusan yang dibuat berdasarkan teknik ini gagal.Bukan kerana atau salah teknik ini.Tapi salah diri saya sendiri kerana tidak faham bagaimana hendak mengunakanya.Jadi saya harap bahan yang akan disampaikan ini dapat membantu saya dan juga anda semua yang berminat untuk mencuba MACD ini.Sekurang – kurangnya Kalau tidak dapat 100% dapat 50% pun dah kira baguih tuhhh.Saya tidak mau bercerita panjang disini.Kerana zaman sekarang nihh orang tak suka kalau kita cakap banyak dan cerita panjang – panjang.Jadi untuk bahan berikutnya saya ada sediakan video percuma berkaitan MACD ini.Sila lihat dibawah :

Video percuma MACD.Yang ini pun telah dicilok dari orang putih juga.Video ini ada 3 bahagian. Bermula dari bahagian pertama sampai bahagian ketiga .Kalau ada banyak masa tengoklah dari bahagian pertama.Memandangkan saiz file video ini besar,jadi saya terpaksa letakanya disini secara berperingkat – peringkat mengikut kesesuainya nanti.Selamat menonton.


Apa pendapat anda tentang video ini ??.Adakah anda semua sudah dapat serba – sedikit gambaran ringkas bagaimana hendak mengunakan MACD ini.Yang penting sekali disini adalah kita kena cuba dan tengok adakah ianya sesuai atau tidak.Kalau ada masa buat virtual trade dahulu.Kalau nak lagi cantik,sila gunakan MACD.Baru kita akan dapat tahu keputusanya nanti.Selamat mencuba dan semoga bertambah lagi keuntungan selepas ini.

Sampai disini dulu.Satu lagi perkara penting yang perlu anda tahu.Saya bukanlah penasihat pelaburan yang diberikan lesen oleh SC.Semua bahan yang diketengahkan ini adalah semata-mata untuk tujuan berkongsi maklumat yang ada sahaja.Macam biasa jika anda semua rasa maklumat ini berguna sila gunakanya tampa was-was.Jika sebaliknya sila abaikanya.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

Kata-kata sepintas lalu :

Ilmu pengetahuan ada dimana-mana,Oleh itu jika kita menjumpainya kita kena ambil.

Technorati Tags: ,

Powered by ScribeFire.

Teknikal analisis : Teknik mengunakan ” Moving Average “

Assalamualaikum,

Padang Besar, 23 ogos – Apa khabar anda semua ? sudah lama juga rasanya saya tidak mengemaskini isi kandungan dalam laman web nih.Ini semua gara-gara tumpang sekaki dalam urusan urusniaga tukaran matawang asing lahh.Akhirnya dua-dua kaki kena tumpang.Apa boleh buat, siapa suruh cari penyakit kan ?.Untuk kali ini saya akan bawa mai cerita berkaitan teknikal analisis.Kalau nak tau apa cerita dia,sila lihat dibawah.

Apakah teknik yang hendak disampaikan untuk kali ini ? Jawapanya saya sudah letak sebagai tajuk utama.Tetapi tidak mengapa saya beri tahu sekali lagi.Pada kali ini saya akan bawakan kepada anda cerita berkaitan ” Moving Average “.
Mungkin ada yang sudah tahu dan sudah biasa dengan teknik yang bakal disampaikan ini.Sebelum itu saya ingin beritahu kepada anda semua disini dari awai-awai lagi bahawa bahan yang bakal anda semua lihat ini saya dapatkanya melalui internet.Jadi saya harap apa yang hendak disampaikan ini dapatlah serba sedikit menambahkan lagi koleksi ilmu pengetahuan yang telah sedia ada tuh.Rasa macam hendak huraikan satu-satu,tetapi apa boleh buat ilmu yang saya ada adalah terhad dan yang paling penting dan kalau anda semua nak tahu saya pun baru nak cuba guna teknik ini.Jadi untuk memudahkan cerita,saya ada sediakan Video khusus yang menceritakan kepada kita berkaitan moving average nihh.Video ini dalam bahasa orang putih.Jadi kalau tak faham macam biasalah kena pergi tanya dekat orang yang faham bahasa orang putih nihhh.Alangkah baguihnya kalau ramai orang melayu yang sanggup buat video yang berguna macam ini.Yang peliknya Video xxx atau terlampau….????…banyak lah pulak.Mungkin inilah sebahgian dari tanda-tanda kehancuran dan kemunduran dan juga kejatuhan sesuatu bangsa yang sudah dikatakan merdeka seperti yang sering dikatakan tuhh kot.Mungkin juga..Sebab tak ramai orang yang sukakan ilmu pengetahuan.Tak merdeka lagi lahhh tuhhh….

Selamat menonton.Bawa mai dari
negeri orang putih nihh.

[media id=15 width=520 height=380]

Macam mana dengan bahan yang di sediakan tuhh ??.Harap-harap anda dapat lah serba sedikit maklumat berguna darinya.Saya pun tak mau cerita panjang – panjang dekat sini.Sebab saya nak pergi buat kajian tentang moving average nihh.Nak tengok juga sesuai atau tak dengan kehendak saya.Sampai disini dulu.Kalau ada salah dan silap tuh atau terkurang dekat mana-mana saya minta maaf banyak-banyak.

Kata-kata sepintas lalu :Kalau ingin berjaya didunia kita kena ada ilmu,
kalau nak bejaya di akhirat pun kita kena ada ilmu,
Dan kalau kita nak berjaya kedua-duanya kita kena berilmu.

Sekian terima kasih dan selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 50

Technorati Tags: , ,

Powered by ScribeFire.