Teknikal analisis : Teknik mengunakan ” Moving Average “

Assalamualaikum,

Padang Besar, 23 ogos – Apa khabar anda semua ? sudah lama juga rasanya saya tidak mengemaskini isi kandungan dalam laman web nih.Ini semua gara-gara tumpang sekaki dalam urusan urusniaga tukaran matawang asing lahh.Akhirnya dua-dua kaki kena tumpang.Apa boleh buat, siapa suruh cari penyakit kan ?.Untuk kali ini saya akan bawa mai cerita berkaitan teknikal analisis.Kalau nak tau apa cerita dia,sila lihat dibawah.

Apakah teknik yang hendak disampaikan untuk kali ini ? Jawapanya saya sudah letak sebagai tajuk utama.Tetapi tidak mengapa saya beri tahu sekali lagi.Pada kali ini saya akan bawakan kepada anda cerita berkaitan ” Moving Average “.
Mungkin ada yang sudah tahu dan sudah biasa dengan teknik yang bakal disampaikan ini.Sebelum itu saya ingin beritahu kepada anda semua disini dari awai-awai lagi bahawa bahan yang bakal anda semua lihat ini saya dapatkanya melalui internet.Jadi saya harap apa yang hendak disampaikan ini dapatlah serba sedikit menambahkan lagi koleksi ilmu pengetahuan yang telah sedia ada tuh.Rasa macam hendak huraikan satu-satu,tetapi apa boleh buat ilmu yang saya ada adalah terhad dan yang paling penting dan kalau anda semua nak tahu saya pun baru nak cuba guna teknik ini.Jadi untuk memudahkan cerita,saya ada sediakan Video khusus yang menceritakan kepada kita berkaitan moving average nihh.Video ini dalam bahasa orang putih.Jadi kalau tak faham macam biasalah kena pergi tanya dekat orang yang faham bahasa orang putih nihhh.Alangkah baguihnya kalau ramai orang melayu yang sanggup buat video yang berguna macam ini.Yang peliknya Video xxx atau terlampau….????…banyak lah pulak.Mungkin inilah sebahgian dari tanda-tanda kehancuran dan kemunduran dan juga kejatuhan sesuatu bangsa yang sudah dikatakan merdeka seperti yang sering dikatakan tuhh kot.Mungkin juga..Sebab tak ramai orang yang sukakan ilmu pengetahuan.Tak merdeka lagi lahhh tuhhh….

Selamat menonton.Bawa mai dari
negeri orang putih nihh.

[media id=15 width=520 height=380]

Macam mana dengan bahan yang di sediakan tuhh ??.Harap-harap anda dapat lah serba sedikit maklumat berguna darinya.Saya pun tak mau cerita panjang – panjang dekat sini.Sebab saya nak pergi buat kajian tentang moving average nihh.Nak tengok juga sesuai atau tak dengan kehendak saya.Sampai disini dulu.Kalau ada salah dan silap tuh atau terkurang dekat mana-mana saya minta maaf banyak-banyak.

Kata-kata sepintas lalu :Kalau ingin berjaya didunia kita kena ada ilmu,
kalau nak bejaya di akhirat pun kita kena ada ilmu,
Dan kalau kita nak berjaya kedua-duanya kita kena berilmu.

Sekian terima kasih dan selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 50

Technorati Tags: , ,

Powered by ScribeFire.

Tempat terbaik untuk mencari sumber pendapatan melalui internet

Assalamualaikum,

Perlis, 6 ogos – Perkara yang ingin saya sampaikan ini mungkin ada yang sudah mengetahuinya dan mungkin ada yang belum mengetahuinya lagi.Kepada mereka-mereka yang masih lagi mencari peluang – peluang untuk menambah sumber pendapatan sedia ada.Apa kata anda cuba peluang-peluang menarik yang bakal saya sampaikan ini.Sila baca cerita menarik berikutnya sampai habis.

Apakah peluang – peluang yang dimaksudkan ?
Disini saya hanya akan mengetengahkan 3 peluang sahaja untuk maklumat anda semua.Untuk peluang-peluang yang lain tuh,anda semua kena pergi cari sendiri.Semua peluang yang akan diketengahkan ini adalah sebahagian dari potfolio punca pendapatan saya sekarang ini.Sebelum itu saya ingin menegaskan disini bahawa saya tidak menjamin kesemua peluang-peluang yang bakal diterangkan ini boleh mendatangkan sumber pendapatan seperti yang diharapkan.Kadang-kadang kalau dia tak sesuai dengan anda mungkin ianya tak menjadi.Kerana apa saya berkata demikian ? Ini kerana setiap orang berbeza cara dan pemikiranynya dan juga teknik untuk mengendalikan kesemua peluang-peluang yang bakal disebutkan nanti.Nak tahu apa peluang-peluangya ? sila lihat dibawah :

Kesemua peluang-peluang ini merupakan urusniaga yang melibatkan pengunaan internet.Kepada yang berminat tuh bolehlah mencubanya.Senarai peluang-peluang yang dimaksudkan ada dibawah : Berapa banyak kali dibawah dahhh !!!!…..bawa bersabar dahhhh….

Peluang-peluang buat duit yang dimaksudkan adalah :

  1. FOREX ( Urusniaga Tukaran Mata Wang Asing
  2. Urusniaga Pasaran Hadapan ( mdex ) FKLI atau CPO
  3. Pasaran saham Ekuiti
  4. Emas

Mungkin ada diantara anda yang akan berkata saya tidak berminat dengan peluang – peluang yang maksudkan…Jika anda tidak berminat,saya tidak boleh berbuat apa-apa.Kerana peluang yang diketengahkan ini bukanlah untuk diri saya tetapi untuk pengetahuan anda semua yang belum lagi mengetahuinya dan yang yang masih lagi mencari peluang-peluang yang baik dan boleh dikatakan mudah untuk dilaksanakan.
( Bagi orang yang dah tahu ) bagi orang yang belum tahu tuhhh…..payah juga dibuatnya..Mudah sahaja jika anda tidak berminat ..ini bermakna anda kena pergi cari peluang-peluang lain lahhh.Jika suatu perkara itu,jika kita lakukanya tampa ada minat dan dengan penuh rasa tangungjawab ianya akan lebih berat ke sebelah kegagalan.
Untuk lebih selamat saya cadangkan supaya anda tak payah cuba.Menyesal dikemudian hari tidak ada gunanya…..Jadi terpulang kepada anda semua.Siapa rasa berani dia boleh cuba.Tugas saya disini hanya ingin memberitahu kepada anda semua apa-apa yang patut dan apa-apa yang tidak patut.Diharap anda dapat menilainya dengan fikiran yang terbuka.Jika sebaliknya anda dapat menguasai kesemua peluang-peluang yang disebutkan tadi.Sudah tentu masaalah keewangan yang anda hadapi sekarang ini akan dapat diselesaikan.Saya rasa 3 perkara itu pun sudah memadai untuk anda semua.Bukan setakat lepas dari segala masaalah yang berkaitan keewangan,mungkin anda juga bakal bergelar jutawan suatu hari nanti.Kerana apa saya berkata demikian ? Bidang yang disebutkan ini merupakan salah satu bidang yang mempunyai jumlah pendapatan yang tidak terhad.Anda bebas menenentukan berapa jumlah yang anda inginkan.Dan ini semua bergantung kepada tahap keupayaan anda untuk menguruskan semua peluang-peluang tadi sehingga anda boleh berjaya seperti yang diharapkan.Kesemua itu ada syarat-syarat yang patut kita ikuti.Kalau tidak … semua itu akan jadi angan-angan kosong saja….lah.

Alasan saya,kenapa saya mencadangkan 3 peluang tersebut ? Pada awal pembabitan saya dalam bidang pelaburan,hanya saham ekuiti sahaja yang menjadi pilihan saya.Oleh kerana ianya tidak lagi menepati citarasa saya.Jadi saya + satu lagi potfolio baru iaitu Urusniaga Pasaran Hadapan.Ini bermakna saya ada dua potfolio pelaburan yang sedang diuruskan.Yang mana kedua-kedua ini merupakan penyumbang kepada punca pendapatan saya.Tetapi sejak pasaran saham menjadi bullish dan sangat aktif.Peluang saya untuk masuk dan berurusniaga dipasaran semakin kurang.Jadi sekarang saya + satu lagi potfolio baru iaitu FOREX ( urusniaga tukaran matawang asing) Walaupun urusniaga disana sangat ganas,tetapi saya tetap menyukainya.Walaupun saya jarang-jarang dapat meraih pendapatan melalaui Urusnaiga Pasaran Hadapan dan Ekuiti,Forex akan mengantikan tempatnya.Jadi sekarang jika anda berminat dengan apa yang saya terangkan tadi,anda pun boleh melakukanya seperti apa yang saya lakukan.Ini adalah peluang….Kalau boleh jangan biarkan ianya terlepas begitu sahaja.Kalau tidak tahu….kita belajar…kalau sudah tahu kita mengajar pula… Mudah bukan..

Akhir sekali saya ingin menegaskan disini bahawa, saya bukanlah terdiri dari penasihat pelaburan yang berlesen.Jadi kalau ada yang berguna tuhhh…sila gunakanya tampa was-was.Kalau ada yang kurang saya mohon maaf dariĀ  awai-awai lagi…

Kata-kata sepintas lalu :

Kalau ingin berjaya,kita kena buat seperti mana orang yang dah berjaya buat..Kalau nak buat sendiri pun boleh juga….tapi Sendiri mau ingat..lahh..
Ada rintangan dan halangan Sedang menanti kedatangan anda… sebelum boleh dipanggil berjaya..Kalau sanggup silakan… kalau tidak ikut saja contoh orang yang dah berjaya….

Sekian Terima Kasih dan selamat menyambut hari ulang tahun kemerdekaan negara kita yang ke 50.

Satu soalan : Adakah anda sudah memerdekakan diri anda sendiri ?