Categories
Pelaburan Tip pilih saham Tip saham dan Forex

Tip pilih saham

Assalamualaikum,

Rasanya dah lama saya tak cerita tentang pasaran saham.Nak cerita sikit saja bab saham nih.Apa dia ?.Macam mana nak pilih kuanter saham.Teknik nih saya dapat dari buku yang bertajuk ” Selecting shares that perform “.Dalam banyak-banyak perkara ada beberapa tip penting akan saya cerita dekat sini.Nak tau kesudahanya sila baca lagi..

Semuanya ada lebih kurang 10 cara yang diceritakan dalam buku yang saya katakan tuh.Tapi saya nak cerita dalam nih 1 saja.Yang lain tuh hari lain pulak.Kalau ikut dalam buku tuh dia kata kalau nak cari kuanter yang baik kita kena cari yang buat perniagaan yang kukuh.Kalau dekat malaysia nih berdasarkan pengalaman saya Syarikat Talikom Malaysia,Maybank,TNB,AIR ASIA,DIGI,BURSA MALAYSIA sendiri dan banyak lagi.Tapi kuanter nih semua boleh dikatakan harganya tinggi belaka kecuali AIR ASIA ( RM 0.955 )ini adalah harga diwaktu saya dok tengah karang bab nih iaitu pada ( 19/03/09 11:09am ).

Kalau nak cari kuanter yang ada perniagaan kukuh tapi harga murah pun ada contohnya yang boleh saya bagi dekat sini adalah RAMUNIA.Harga dia waktu saya karang cerita nih adalah (RM 0.275 )yang ini boleh dikatakan kuanter kegemaran saya.Tapi kalau anda semua nak beli kuanter nih kena buat analisis dulu noo. Warrent buffet pun guna teknik ini.Anda kenal dengan orang tua nih?.Dia nih orang terkaya nombor 2 di dunia.Aktiviti perniagaan dia pelaburan.Biasanya kuanter-kuanter yang mempunyai perniagaan yang kukuh nih biasanya duduk dalam kelompok ” blue chip”.Kalau duduk dalam kumpulan nih kira O.k aaa kuanter tuh.Tapi selain dari ” kuanter blue chip ” yang tak duduk dalam kumpulan nih pun ada juga yang baguih.Kena rajin-rajin cari dan kaji baru boleh jumpa.

Aaaah itu dia tip untuk kali nih,Ingat kalau nak cari kuanter dan kalau nak kurangkan risiko dipasaran saham cari kuanter yang ada perniagaan yang kukuh.Perniagaan yang kukuh nih bukan ada dekat kuanter ” blue chip” saja.Yang bukan blue chip pun banyak.Jadi kena rajin-rajin cari.Kalau malas nak cari anda boleh upah saya untuk cari kuanter tuh dekat anda siap dengan datanya sekali.Tapi anda akan dikenakan sedikit caj perkhidmatan.Harap maklum.

Sekian terima kasih dan selamat melabur.