Teknikal Analisis : Mari belajar mengenal Candlestick chart

Assalamualaikum,

Wang Kelian,Perlis.4 april – Selamat sejahtera semua.Terima kasih saya ucapkan kepada anda semua yang sudi berkunjung ke sini.Diharap lepas nih mai lah lagi..Sebelum itu saya ingin memperkenalkan satu lagi kawasan perlancongan yang agak terkenal dikalangan pelancong apabila mereka berkunjung ke negeri Perlis.Taman negeri Wang Kelian,anda pernah dengar nama tempat ini ?.tak pernah dengar…memang patut pun..mungkin anda belum pernah smpai ke sini.Ini merupakan salah satu lagi tempat shopping barang-barang dari siam.Fungsi tempat ini lebih kurang sama macam padang besar lah juga.Hari ahad merupakan hari yang sangat meriah disini.Jom !!! kita jalan-jalan makan angin ke Wang Kelian.

Kita sambung balik cerita kita berkenaan candlestick chart.Anda pernah dengar tentang candlestick chart.Kalau anda sudah lama dalam bidang pelaburan saham, saya rasa carta batang lilin ini sudah menjadi satu kebiasaan dan merupakan salah satu bahan utama yang sering dan selalu digunakan untuk tujuan teknikal analisis.Bagi yang belum kenal apa itu candlestick chart atau carta batang lilin atau bagi sesiapa yang ingin mendalami dan menambahkan lagi ilmu tentang perkara yang sedang diketengahkan ini,anda semua boleh lihat video yang ada di bawah.Tapi Video ini diterbitkan dalam bahasa orang putih.Dan mungkin ada diantara anda semua yang sudah melihatnya sebelum ini.Kalau sudah melihatnya…saya cadangkan anda lihat sekali lagi.Kerana apa ? sebab ianya adalah percuma dan satu perkara lagi,Saya minta maaf awai-awai lagi. Kalau ada yang tak faham tuh,macam biasalah tanya mereka-mereka yang tahu atau pun sila dapatkan buku-buku yang berkaitan tentang carta ini untuk maklumat yang lebih lengkap dan lebih terpeinci.Kalau tak dapat dan tak tahu dimana nak dapatkan sumber atau buku-buku berkaitan candlestick chart ini, anda boleh bertanya atau dapatkanya dari saya.Tapi harganya macam biasalah ada sikit ratus-ratus.Kebanyakanya kena beli dari luar negara.

Ini adalah buah tangan dari saya untuk kali ini.Selamat menonton.Bawa mai jauh juga nih, dari You tube.Dibawah ini ada dua video yang berbeza.Jadi anda boleh pilih yang mana anda suka.Saya cadangkan anda lihat kedua-duanya sekali. Sila lihat senarai yang diberikan dibawah :

Kenali Candlestick Chart

Macam mana, dah dapat gambaranya secara ringkas tentang carta batang lilin atau candlestick chart ini ? Saya sendiri pun tak tahu sama ada apa yang diterangkan tadi betul-betul berfungsi atau tidak.Sebab saya sendiri pun tidak mengunakan signal-signal tadi.Jadi terpulang kepada anda semua sama ada memilih untuk mengunakanya atau tidak..Bagi saya lagi banyak kita tahu tentang teknik-teknik teknikal analisis ini,maka lagi luaslah pengetahuan kita dan lagi cerahlah peluang kita untuk berjaya.Sama ada berguna atau tidak,itu bukan masaalah.Yang penting ia adalah salah satu dari sumber ilmu pengetahuan yang berguna.Mungkin hari ini tidak berguna,tapi esok hari siapa yang tahu ?


Sampai disini sahaja.Kalau tidak ada apa-apa masaalah kita akan sambung topik ini lagi pada masa akan datang untuk Candlestik chart bahagian 3 pulak kalau ada.Tunggu kemunculanya nanti.

Kata kata perangsang :

katakanlah : Tiada serupa orang – orang yang berilmu pengetahuan dengan orang-orang yang tiada berilmu pengetahuan. ( az-zumar : ayat 9 )

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

Technorati Tags: , ,

Powered by ScribeFire.