Categories
Online shopping cart

Sistem kedai online mampu milik

Assalamualaikum,

Salam perkenalan untuk semua pengunjung laman web ini.Topik ini saya ingin ketengahkan sekali lagi oleh kerana sumbangan produk ini terhadap saya begitu tinggi.Apa salahnya kalau nak bagi huru hara sikit kan?.Kalau boleh nak tambah sikit saja lagi suntikan tambahan untuk topik ini.Seperti yang telah sedia maklum kerja saya dan hubung kaitnya dengan topik ini memang sangat-sangat rapat.Kalau topik ini gagal sampai kepengetahuan anda semua, itu bermakna sumber pendapatan saya yang datangnya dari perniagaan internet ini juga akan turut kurang.Jom baca ringkasan cerita dibawah.

Perniagaan internet yang berkonsepkan sistem kedai online kian mendapat tempat di hati pengguna di Malaysia sekarang ini.Jadi keperluan untuk memiliki sistem kedai online + blog atau laman web yang ringkas, kemas, teratur, mesra dengan enjin pencari dan juga mesra dengan pengguna adalah satu kemestian yang perlu ada.Buat masa ini sistem kedai online ini masih baru dan tak ramai pengguna atau pembeli dari internet yang suka untuk mengunakan sistem yang disediakan walaupun pada hakikatnya sistem kedai online ini sangat-sangat membantu dan memudahkan kerja dan juga urusan penting berbanding membuat tempahan melalui email cara manual, SMS atau panggilan talipon.Walaupun begitu situasi ini hanya sementara sahaja.Lambat laun ianya akan dapat  di terima ramai juga. Kes seperti  ini sama juga dengan sistem pembayaran melalui talian ketika mula-mula diperkenalkan suatu ketika dulu.Ada orang berkata pembelian atau pembayaran melalui online tidak selamat, tetapi sekarang ini boleh dikatakan ayat-ayat negetif tersebut sudah hampir lenyap dan keperluan untuk menyediakan pembayaran melalui online adalah satu kemestian penting yang perlu ada bagi setiap peniaga di internet.Saya tak mau cerita panjang dan apa sebenarnya yang hendak saya sampaikan?:

Kerja saya adalah pasang laman web atau blog yang berkonsepkan sistem kedai online dengan kos yang berpatutan.Saya tahu dekat luar sana ramai yang sudah tahu bagaimana hedak pasang benda ini semua.Jadi topik  kali ini ditujukan khusus untuk mereka-mereka yang berminat untuk memulakan perniagaan internet dan memerlukan sistem kedai online yang sedang diketengahkan ini tetapi masih belum tahu bagaimana untuk pasang benda ini semua dan sesuai juga untuk mereka-mereka yang sedang mencari perkhidmatan pada harga yang berpatutan.Bagi yang malas nak pikir tentang perkara-perkara remeh seperti ini juga disarankan supaya  melanggan perkhidmatan yang saya sediakan ini.Tawaran ini dibuka khusus untuk peniaga dan bakal peniaga internet yang kecil-kecil dan sederhana seperti saya ini.Buat masa ini untuk tempahan yang besar-besar saya tak terima kerana belum sampai masanya lagi.Spesifikasi produk blog dan sistem kedai online yang ditawarkan anda semua boleh rujuk dibawah:

Spesifikasi ringkas blog / laman web + online shopping cart

Anda akan dapat 1 laman web atau blog + shopping cart sistem
Harga pakej pemasangan yang berpatutan. Pembukaan harga pakej  pemasangan bergantung kepada bajet yang anda peruntukan.
Mudah untuk diselengara + user friendly dengan search engine dan juga penguna atau pembeli.
Laman web/blog + shopping cart dengan konsep terkini,simple dan kemas.
Sistem kedai online yang lengkap dengan ciri-ciri terkini.
Khidmat bantuan dan tunjuk ajar akan turut disediakan sampai pandai.
Tunjuk ajar cara-cara mengunakan teknik pemasaran secara percuma juga turut disediakan.
Bantuan teknikal secara percuma untuk laman web dan shopping cart yang di langgan selama setahun.
Dan banyak lagi kelebihan-kelebihan lain.
Demo http://niaga24jam.com/extra, http://walunar.com/storehttp://eddiegifts.com/store, http://kidsecretwholesale.com dan banyak lagi..

Emm itu dia produk saya kali ini, macam biasa jika ada yang berminat sila gunakan ruangan komen yang telah tersedia secara percuma dibawah untuk sebarang pertanyaan atau untuk membuat tempahan.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

*Bab konsep harga anda yang tentukan sendiri, jika harga yang anda tawarkan itu sesuai dan serasi dengan pihak kami.Ini bermakna urusniaga ini akan diteruskan.Jika sebaliknya berlaku dan jika anda masih berminat dengan produk yang ditawarkan urusan tawar-menawar akan diteruskan sehingga harga yang ditetapkan sesuai dan dipersetujuai oleh kedua-dua belah pihak.Harap maklum.