Cetak t-shirt ikut rekabentuk sendiri

Assalamualaikum tuan-tuan dan puan-puan,

Alhamdulillah bertemu sekali lagi, ini adalah projek terbaru saya untuk kali yang ke berapa ntah bagi edisi 2011.Projek cetak t-shirt ikut rekabentuk sendiri.Macam mana tu ?

Baru-baru ini pihak niaga24jam.com ada menjalinkan kerjasama perniagaan dengan sebuah entiti persendirian  dalam bidang percetakan t-shirt. Fokus projek ini ditujukan khusus untuk peminat t-shirt custom made. Pada pengamatan saya masih ada ramai lagi peminat t-shirt dekat luar sana yang berminat untuk memakai t-shirt yang direka bentuk grafiknya mengikut cita rasa sendiri.Mungkin inilah masanya yang mungkin tuan-tuan dan puan-puan tunggu selama ini.

Pada mulanya idea untuk mencetak t-shirt ini hanyalah untuk tujuan promosi secara offline semata-mata.Bila di fikirkan balik, bagaimana pula dengan nasib peniaga internet lain yang mempunyai citarasa yang sama dengan saya?.Oleh kerana itulah saya bertekad untuk memperkenalkan perniagaan baru yang saya ceburi ini kepada tuan-tuan dan puan-puan semua.

Ini adalah contoh t-shirt polo dan beberapa tshirt lain yang saya cetak ikut citarasa sendiri untuk sesi ujian pada peringkat permulaan:

 [nggallery id=31]

Inilah sebahagian dari contoh t-shirt yang sempat saya tempah untuk sesi percubaan dan untuk kegunaan sendiri.Saya minta maaf  kerana kualiti gambar yang disediakan pada kali ini tidak berapa cun. Teknik yang digunakan untuk mencetak t-shirt pada kali ini adalah digital photo lab transfer dan bukan mengunakan kaedah blok.Kaedah ini akan membolehkan hasil cetakan yang berkuliti dapat dihasilkan dalam tempoh masa yang singkat berbanding teknik blok. Kualiti t-shirt yang disediakan terdiri daripada 100% polyesters dan bagi yang ingin mencetak  t shirt dengan kualiti lebih rendah sedikit pun turut juga disediakan.Apa lagi kelebihan lain yang ditawarkan pada kali ini:

  1. Tiada had tempahan( sehelai pun boleh )
  2. Kualiti dijamin bermutu
  3. Kaedah percetakan digital photo lab transfers ( di jamin tak akan luntur dan berkualiti )
  4. Penghantaran percuma
  5. Dan banyak lagi
Bagi yang berminat untuk membuat tempahan, sila rujuk disini:  

 

Jika ada sebarang masaalah berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan ini, sila maklumkan kembali kepada saya sama ada melalui email atau ruangan komen yang telah tersedia secara percuma di bawah.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya

Singgahshops.com kini beroperasi

Assalamualaikum tuan-tuan dan puan-puan.

Sekadar ingin berkongsi maklumat. Singgahshops.com kini telah beroperasi walaupun tidak secara sepenuhnya. Laman web berkonsepkan sistem kedai online yang ringkas ini telah dibagunkan lebih kurang 3 minggu yang lalu oleh pihak saya.Konsep yang dibawa pada kali ini adalah ringkas, mudah dan menarik.

Jika di lihat secara sekilas pandang, laman web berkonsep sistem kedai online singgahshops.com ini memang nampak ringkas dan biasa-biasa sahaja. Ini kerana faktor kelajuan, mudah dan juga mesra dengan pengguna di beri penekanan utama. Harap-harap laman web singgahshops.com ini akan mendapat sambutan dan dapat diterima dengan seadanya oleh pengguna internet amnya. Jom kita tengok sekilas pandang ( bahasa pelik telah dibawa masuk ) laman web ini dibawah :

Untuk merasai sendiri pengalaman secara live bagaimana laman web ini berfungsi, sila rujuk demo laman web sistem kedai online singgahshops.com dekat sini: http://singgahshops.com.

Jika ada yang berminat untuk memiliki laman web sistem kedai online seperti mana singgahshops.com. Tuan-tuan dan puan-puan boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut seterusnya yang lebih lengkap atau tuan -tuan dan puan-puan boleh juga guna ruangan komen yang ada disediakan secara percuma dibawah untuk sebarang pertanyaan.Buat masa ini harga masih boleh dirunding dan masih lagi berada pada tahap yang mampu untuk dimiliki. Jadi bertindak sekarang..

Sampai disini sahaja dan untuk pemilik singgahshops.com terima kasih banyak-banyak kerana sudi menjadi sebahagian daripada pelanggan niaga24jam.com.Semoga peniagaan tuan dan puan akan bertambah majujaya hendaknya.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.