Categories
Perniagaan internet

Tambah Trafik Ke Laman Blog Dengan Sistem Affiliate

Assalamualaikum tuan-tuan dan puan-puan,

Ini salah satu lagi cara macam mana kita sebagai pemilik blog atau laman web boleh tingkatkan kunjungan trafik ke laman blog atau laman web.

Sistem affiliate adalah salah satu dari kaedahnya yang sesuai untuk digunakan.Tetapi kena ada sebabnya kenapa kita perlu guna sistem affiliate.

Pada kebiasaanya sistem affiliate hanya boleh diguna pakai oleh pemilik blog atau laman web yang ada produk tertentu sahaja.Contohnya produk fizikal,ebook,perkhidmatan dan sebagainya untuk dijual.Kalau blog dan laman web biasa boleh guna atau tidak? sudah semestinya tidak sesuai.Ini kerana sistem affiliate adalah sistem yang digunakan oleh pemilik blog atau pemilik laman web untuk tujuan promosi dan akan digunakan oleh pihak lain pulak untuk tujuan mendapatkan komisen.Jadi kalau laman web yang tidak memiliki produk yang sesuai, memang tidak patut untuk guna sistem yang semacam ini. Bagaimana sistem ini boleh tarik trafik ke laman blog atau laman web?

Caranya mudah sahaja, setiap peserta yang menyertai sistem ini akan berlumba-lumba untuk mendapatkan komisen melalui sistem affiliate yang disediakan. Jika jumlah peserta sistem affiliate ada 5000 orang.Makanya dengan itu laman blog atau laman web pemilik yang memasang sistem ini akan turut di promosikan oleh 5000 orang dengan berbagai cara dan juga kaedah.Jadi disini lah bermulanya punca  bagaimana trafik yanga mudah akan datang ke laman blog dan laman web tuan-tuan dan puan-puan nanti.Mudah kan?

Yang sebenarnya ianya tidak semudah yang disangkakan….hee…heee masih banyak perkara lagi yang perlu dilakukan.

Jika berminat untuk memasang sistem affiliate dan jika tidak tahu caranya.Sila maklumkan kepada pihak saya.

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.

Categories
Perniagaan internet Sumber pendapatan

Baju Bola Made In Thailand

Assalamualaikum dan salam hormat,

Baju bola jenis ini memang agak terkenal dikalangan peminat terutamanya di Malaysia. Bajet rendah dan kualiti tak payah cerita..tip-top.

Kenapa boleh jadi macam tu? adakah disebabkan kualiti gred AAA player issue ( generasi baru jersi murah dan kualiti tip-top )yang ditawarkan atau disebabkan harga baju yang berpatutan atau memang sudah menjadi hobi orang Malaysia yang suka pakai baju made in Thailand?.

Kualiti gred AAA ( triple A ) player issue ni kalau kita tengok memang hampir 99% nak sama dengan yang ORI. Harga sekitar RM40 ++ sahaja. Yang murah dari harga ni pun dah ada dijual. Lokasi yang top baju bola gred ini boleh dibeli adalah di dalam internet, kadang-kadang dekat pasar malam pun ada. Lain-lain tempat ada ka? mesti laaaaaa ada kan, tetapi tak pasti la dimana….kena rajin cari baru boleh jumpa. Pusat pengambilan yang kurang berisiko untuk ambil stok baju bola gred AAA player issue made in Thailand yang paling senang didapati adalah di Padang Besar, Bukit Kayu Hitam dan sebelah pantai timur mungkin Pekan Rantau Panjang. Kalau nak advanced, masuk terus ke negara Thailand…lagi cun.Banyak pilihan dan bab harga belum tentu lagi boleh dapat semurah di lokasi-lokasi yang dinyatakan tadi atau tidak. Kena pandai buat deal…..insyaallah boleh dapat pada harga yang berpatutan.

Cara paling senang order dekat saya, sebab saya selalu travel p ke sana untuk ambil tempahan untuk produk internet bisnes saya setiap minggu. Jika rasa nak tumpang order, masej saja dekat saya dan kita deal bagi cantik punyaaaaaa……

Kepada yang berminat untuk dapatkan stok jersi bola gred player issue atau second ori, disarankan supaya turun ke Padang Besar, Perlis. Deal dengan seller dekat sana elok-elok, mudah-mudahan boleh dapat pada harga yang lebih murah. Harap info ini membantu anda semua dan admin dah cuci tangan untuk buat bisnes ini.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

Categories
Aktiviti Hujung Minggu Perniagaan internet

Ramainya Peniaga Internet

Assalamualaikum tuan-tuan dan puan-puan,

Alhamdulillah bertemu sekali lagi.Perniagaan internet sekarang ini makin bertambah sakan sengitnya. Terasa sangat kesanya.Ada yang belum perasan lagi ka?

Dulu kalau nak dapatkan hasil jualan bukan main mudah lagi di internet tetapi sekarang ni terasa sangat-sangat kesanya.Nak buat macam mana…… peniaga internet makin bertambah dan tawaran yang dibuat pun makin menarik dan gila-gila.Emmmm.. bagi yang kurang idea dan tidak kreatif biasanya akan tertinggal dekat belakang laaa…..nampaknya.

Nak pulak sekarang ni ramai pembeli kena berjimat cermat, jadi tak ramai la yang boleh berbelanja sakan dan secara gila-gila lagi.Setiap benda yang hendak dibeli kena fikir sampai lebam baru boleh buat keputusan sama ada nak beli atau tidak.Jadi kalau hasil jualan kurang tu jangan salahkan diri sendiri pulak.Satu bab lagi yang paling tak best adalah ramai sangat  kaki penipu yang bergiat aktif  dekat  dalam dunia internet.Lagi la celaru dibuatnya.

Apa pun jadi lah peniaga yang kreatif dan perbanyakkan idea-idea pelik dan menarik untuk ditawarkan kepada pembeli.

Sekian terima kasih dan selamat berubah.