Categories
Aktiviti Hujung Minggu Perniagaan internet Rahsia Dan Tip Menarik Web & Blog Activity

Awas! Kes Penipuan Internet Berleluasa

Assalamualaikum tuan-tuan dan puan-puan,

Sedikit info tambahan dari saya, sejak akhir-akhir ini kes penipuan internet di Malaysia makin menjadi-jadi.

Apa sudah jadi dengan peniaga internet di Malaysia.Suka sangat makan duit haram dan suka sangat buat kerja-kerja yang menyalahi undang-undang.

Untuk bakal pembeli, keprihatinan tuan-tuan dan puan-puan dalam membuat sebarang transaksi melalaui internet haruslah diteliti habis-habisan. Memang kita tidak nampak niat peniaga internet yang hendak menipu kita tetapi se elok-eloknya berurusan lah dengan peniaga internet yang boleh dipercayai dan yang telah mempunyai kredibiliti atau tahap keboleh percayaan yang tinggi..Antaranya :

  1. Yang berdaftar dengan SSM
  2. Yang ada maklumat perniagaan yang lengkap seperti ALAMAT LOKASI PERNIAGAAN dan NO TEL YANG SENTIASA AKTIF.
  3. Berurusniaga dalm jumlah yang kecil terlebih dahulu (berhati-hati sebelum terkena )
  4. Simpan semua aktiviti urusniaga semasa proses jual beli dilakukan seperti SMS dari penjual,EMAIL,BUKTI PEMBAYARAN YANG TELAH DIBUAT dan SAVE  DIMANA PLATFOM TAWARAN INI DIBUAT ( print screen dalam format png,jpg )
  5. Buat survey secara ringkas maklumat berkaitan penjual di enjin pencari seperti di google,FB dan sebagainya.
  6. Yang paling penting dapatkan no TRACKING untuk urusan pos. ( paling cepat untuk mengesan kes penipuan )
  7. Cuba lihat rating dari bekas pengguna terhadap penjual tersebut( maklumat ini penting untuk kita jadikan sebagai bahan rujukan )
  8. Yang selebihnya tuan-tuan dan puan-puan kena cari  sendiri, saya memang tak mampu untuk senaraikan semuanya..

Perkara yang perlu dielakkan:

  1. Transfer duit ke no akaun bank yang berlainan pemilik
  2. Order guna sms
  3. Membeli dengan harga tawaran yang tidak masuk akal
  4. Membuat tempahan kali pertama dalam kuantiti yang banyak
  5. Berurusan di platfom yang kerap berlaku kes penipuan..

Apa-apa pun ini hanyalah ikhtiar dari kita sahaja, yang lain-lainya kita kena berserah kepada ALLAH supaya tidak dipertemukan kita dengan peniaga yang suka menipu.Inilah tempat memohon perlindungan yang paling best sekali..

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

Categories
Aktiviti Hujung Minggu Perniagaan internet

Bina Laman Web Perniagaan

Assalamualaikum tuan-tuan dan puan-puan,

Alhamdulillah dan bertemu sekali lagi. Berapa ramai peniaga internet yang suka untuk memiliki laman web perniagaan sendiri?

Memiliki laman web perniagaan sendiri adalah satu keperluan penting kalau tuan-tuan dan puan-puan rasa hendak bertapak secara kukuh dipasaran internet. Kenapa pulak ?

Laman web perniagaan adalah penganti diri kita semua apabila berada dalam dunia internet kerana  semua maklumat berkaitan perniagaan yang kita buat telah di sumbat masuk ke dalam laman web perniagaan tersebut..Tetapi memiliki laman web bukanlah suatu kerja yang mudah.Innnnnggggggat nooo bukan suatu kerja yang mudah.Sepanjang pengalaman saya menjadi kontraktor pemasangan laman web, dalam 20 laman web yang telah berjaya dimuat naik hanya 1 atau 2 sahaja yang aktif dan berjaya menjadi seorang peniaga internet yang berjaya dan yang selebihnya tidak aktif..Sekarang ini FB menjadi tumpuan utama berbanding memiliki laman web sendiri, FB percuma dan senang nak jaga..Jika berminat untuk memiliki laman web berkonsepkan FB + kedai online, sila maklumkan kepada pihak saya.

Kalau nak berjaya dalam perniagaan internet, buat sungguh-sungguh seumpama menunaikan solat 5 waktu..

Sekian terima kasih..

Categories
Aktiviti Hujung Minggu Perniagaan internet Sharing Is Good Web & Blog Activity

Rujuk Kes Penipuan Di Internet Dekat Sini

Assalamualaikum tuan-tuan dan puan-puan,

Kes ini  memang berat, iaitu menipu di alam maya iaitu di  internet.Ya untuk menipu di alam internet memang mudah dan senang sekali.

Untuk bakal pembeli atau bakal peniaga internet dekat sini saya akan senaraikan beberapa laman web khusus untuk melihat sendiri kes-kes penipuan di internet yang mana boleh dijadikan sebagai bahan rujukan sebelum terkena.

Senarai laman web

  1. Kami benci online shop yang tipu & makan duit haram( untuk urusniaga di FACEBOOK ) – SILA KLIK DISINI 
  2. Diskusi tuntutan dan tribunal ( untuk urusniaga di MAJALAH.COM ) – SILA KLIK DISINI
  3. Yang lain-lain akan ditambah dari semasa ke semasa.

Penipuan adalah satu kesalahan yang sangat berat dan berdosa.Pihak kami tahu anda memerlukan duit tetapi bukan dengan cara ini untuk mendapatkan duit.Bagi yang belum lagi terlibat dengan aktiviti yang tidak bermoral dan yang melanggar hukum dunia dan juga akhirat ini.Adalah lebih baik persiapkan diri dari awal-awal supaya anda tidak terjebak ke dalam kerjaya yang tidak bermoral ini.

Ada cara tak untuk dapatkan duit dengan cara yang lebih bersopan santun? ada..mai sini nak tunjuk cara.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.