Perniagaan Dropshipping

Assalamualaikum dan salam hormat,

Alhamdulillah dan bertemu sekali lagi. Pernah dengar konsep perniagaan dropship?.

Yang sebenarnya inilah salah satu dari konsep perniagaan yang senang dan mudah untuk diaplikasikan di zaman internet ini. Kenapa senang dan mudah?.

Saya sendiri adalah salah seorang dari peniaga dropshipping dan juga salah seorang daripada penyedia perkhidmatan dropshipping. Kenapa pilih konsep perniagaan dropshipping?

  1. Tak perlu simpan stok.
  2. Tidak perlu keluar modal yang besar.
  3. Tak perlu packing barang dan tak perlu buat urusan pos kerana semua itu akan diuruskan oleh pihak penyedia pekhidmatan dropshipping.
  4. Boleh berniaga macam-macam jenis produk.
  5. Margin keuntungan yang besar.
  6. Yang paling syok adalah risiko untuk mengalami kerugian adalah amat rendah.

Apa yang perlu diperhatikan apabila memilih untuk menjadi agen dropshipping?

  1. Jika memilih untuk menjadi agen dropshipping, sila pastikan syarikat yang menyediakan perkhidmatan dropshipping tergolong dalam kumpulan yang betul-betul berkemampuan dan boleh dipercayai.
  2. Bahagian paling penting sekali. Kegagalan bab ini, perniagaan dropshipping anda akan dapat banyak  masalah.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.