Banyaknya Agent Pemasaran Dia!!

Assalamaualaikum tuan-tuan dan puan-puan,

Bertemu sekali lagi, kalau kita ada ramai agen pemasaran…… kan best.

Cuba bayangkan kita ada 500 orang agen pemasaran yang bergerak aktif. Agak-agaknya berapa laaaa hasil jualan yang bakal kita dapat setiap bulan?..syok kan..

Laaaaa… ni cerita dia, macam mana kita nak dapatkan agen pemasaran yang sebegitu ramai dan yang paling penting mereka aktif ?Kalau tak aktif tak ada  guna juga…Cuba fikir-fikirkan apa dan bagaimana nak buat supaya dapat macam tu… sebelum tu kena standby siap-siap benda-benda yang ada dekat bawah tu.

  1. Produk yang kita ada tu cukup ke untuk menampung keperluan dan permintaan kesemua agen yang kita ada ?
  2. Platfom untuk kegunaan agen kita tu okay ke tidak atau guna cara manual lagi?

Sekian terima kasih dan selamat majujaya..

Teknik Pemasaran Untuk Peniaga Internet

Assalamualaikum Tuan-tuan dan puan-puan,

Apa khabar? dan bertemu sekali lagi, hari  ni kita sembang bab teknik pemasaran pulak.

Inilah bab yang paling syok dan paling penting sekali yang perlu peniaga internet ambil tahu. Kalau boleh kuasai 20% dari sebahagian teknik pemasaran itupun  sudah ok.

Dulu masa saya mula-mula aktif dalam perniagaan internet, perkara yang selalu diberi perhatian adalah bab penampilan blog ,nak tarik trafik yang banyak supaya datang ke blog, pulun nak pasang addsend yang disediakan oleh google ( banyak buang masa dan kalau tak buat pun tak ada hal ), pulun cari  PR laa…aaaaahhh semua tak penting sangat..

Yang best sekali dan paling mudah, guna perkhidmatan pemasaran berbayar, sediakan content yang menarik, cari produk yang selalu org cari dan siapkan plan dan stratergi  pemasaran yang menarik.. R&D pasaran kena selalu buat untuk dapatkan status terkini kedudukan pasaran..Insyaallah mesti jadi punya..

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.