Categories
Aktiviti Hujung Minggu Emas 916 Pelaburan Pelaburan emas

Pelaburan Emas Di Malaysia

Assalamualaikum,

Masuk bab pelaburan emas pulak. Ada lagi yang belum terlibat dalam bidang pelaburan emas?. Jika belum cepat-cepat bertindak.

Pelaburan emas ini sememangnya sangat mudah. Tak payah isi borang segala bagai yang menyusahkan. Yang perlu ada hanyalah duit dan minat untuk melabur dalam bidang ini. Bulan Sept sahaja jumlah carian dengan kata kunci pelaburan emas berjumlah 12100 carian. Mengatasi lain-lain carian pelaburan yang ada ( sumber ruj Google ). Celik pelaburan emas nampaknya makin bertambah di kalangan rakyat Malaysia ( Orang Melayu amnya ).

Cara paling selamat untuk terjun dalam bidang pelaburan emas.

  1. Beli emas gred 999 / 916 yang kosong ( ikut bajet dan tak ada makeup ). Supaya senang nak jual, pajak dan sebagainya.
  2. Simpan buat sementara waktu kemudian belajar ilmu manipulasi emas dari pakar-pakar manipulasi pelaburan emas yang berlambak dalam Negara Malaysia( admin selalu follow Tok Belagak ). Kawan Tok Belagak dari Negeri Sembilan pun okay juga tapi nama sudah tidak ingat.
  3. Bila sudah tau cara manipulasi seharusnya kena pairing dengan bisnes yang boleh mendatangkan keuntungan dalam tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan. Admin pairing dengan perniagaan internet. Jika teknik Tok Belagak dia pairing dengan properties. Ikut kepakaran masing-masing.
  4. Buat masa ini perkhidmatan Ar Rahnu adalah tempat yang paling sesuai untuk pajak emas-emas yang kita ada ( admin letak dekat YAPIEM sahaja ). Dekat sini tak banyak karenah.

Pelaburan emas ada macam-macam teknik dan cara. Terjebak dengan skim pelaburan emas yang ada senarai atau bakal disenaraikan oleh Bank Negara adalah sangat-sangat tidak disarankan ( tidak ramai yang berjaya melepaskan diri ). Sebelum pelaburan anda dibekukan sila berhati-hati atau ikut sahaja panduan pertama tadi. Undang-undang yang ada mungkin tidak sama, jadi jangan berkeras dalam hal ini. Tolak p tolak mai anda tetap akan menjadi mangsa ( jangan buang masa ).

Kenapa dengan pelaburan emas? admin tidak yakin dengan nilai wang kertas sebab tu admin tukar semua nilai wang kertas tersebut ke dalam bentuk pelaburan emas supaya nilainya terjamin.

Sekian terima kasih dan selamat melabur.

Cincin Belah Rotan 916

Categories
Marketing Pelaburan SEO

Marketing Plan Yang Ringkas

Assalamualaikum,

Marketing plan secara online ada 2, iaitu yang berbayar dan yang percuma. Boleh pilih yang mana sesuai mengikut skill masing-masing.

Bagi yang kurang skill, nasihat admin elok langgan sahaja perkhidmatan berbayar yang disediakan oleh syarikat-syarikat pengiklanan seperti Google, Fb ads, pemilik blog, nuffnang dan yang lain-lainya. Untuk yang ada skill, banyak masa, kuat bekerja dan yang nak berjimat anda boleh  buat sendiri mengunakan segala skill yang ada.

Bagi yang memilih kaedah berbayar sila kaji sedalam-dalamnya sebelum terkena. Jika salah pilih, pelaburan untuk aktiviti pemasaran akan hangus begitu sahaja. Yang untungnya penyedia perkhidmatan tersebut.

Bagi yang ada skill anda boleh guna medium blog, affiliate, teknik dropshipping, email marketing, sms blaster, SEO, viral markerting ke sosial network dan banyak lagi. Semuanya perlukan skill tertentu. Pihak admin lebih gemar buat sendiri. Selain dari dapat ilmu dan skill baru  admin akan dapat kepuasan apabila projek itu berjaya. Cara sebegini sememangnya mengambil masa yang agak lama dan pelaburanya pun agak besar. Pada pendapat admin, elok pilih no 2 iaitu buat sendiri ( untuk jangka masa panjang ).

Sementara hendak mahir bab 2, elok guna pekhidmatan berbayar terlebih dahulu untuk support perniagaan buat sementara waktu dan disamping itu boleh juga belajar sesuatu dari skill berbayar.

Yang terkini, pihak admin sedang fokus kepada skill content marketing + SEO ( search engine optimization ). Target page pertama dan kedua di Google search engine. 60% sudah berjaya dan yang selebihnya kena tunggu Google penguin 3.0 algorithm update.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

Categories
Marketing Pelaburan Perniagaan

Belajar Teknik Content Marketing

Assalamualaikum dan salam hormat,

Content marketing adalah teknik pemasaran tambah nilai dan merupakan alternatif terbaik kepada pengiklanan cara biasa ( pembaca takut dengan iklan secara direct ).

Peranan content marketing adalah lebih lembut dan lebih bersifat mesra pembaca berbanding cara pemasaran biasa. Pada kebiasaanya mukadimah content marketing adalah lebih menjurus kepada menyediakan maklumat atau jalan penyelesaian berguna kepada pembaca atau penonton sebelum bertukar kepada prospek perniagaan yang menguntungkan.

Ini merupakan salah satu kaedah merapatkan hubungan antara peniaga, pembeli dan pembaca. Gambaran seterusnya berkenaan content marketing, sila ikuti  video di bawah. Untuk para blogger, ini sememangnya jalan-jalan untuk ke lubuk emas. Jadi buatlah persiapan sebaik mungkin untuk pertingkatkan kualiti penyampaian sedia ada.

Projek admin yang terkini adalah content marketing + SEO.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

Categories
Pelaburan Perniagaan SEO

Google Seo Top 10 Ranking

Assalamualaikum,

Untuk pasaran Malaysia sahaja dan dalam Bahasa Melayu. Pihak admin tengah test ranking SEO.

Percubaan untuk menempatkan blog SEO ini sebaris dengan peserta-perserta lain dalam bidang SEO ke peringkat lebih tinggi ( ada 122 juta penyertaan ). Tugasan ini agak berat kerana blog ini dalam Bahasa Melayu. Adakah Google bot boleh terima blog ini nanti?. Untuk SEO Bahasa Melayu bagi pasaran Malaysia, blog ini sememangnya tidak ada sebarang masalah. Biarpun ada beberapa part penting yang sudah terkena tempias Google algorithms ( perkara biasa bagi pengamal ilmu seo ).

Kenapa SEO ranking ini sangat penting?

Tersenarai di page pertama atau kedua di dalam senarai search engine ibarat duduk di dalam lubuk emas. Faedah besar bagi pemilik perniagaan untuk mendapat perhatian, pembeli dan sebagainya adalah sangat tinggi jika tersenarai di top 10 ranking. Selain dari itu, SEO ranking ini dapat menjimatkan kos pengiklanan, bersifat jangkamasa panjang dan potensi untuk mendapat ROI yang besar adalah sangat tinggi.

Apa akan jadi jika ujian ini berjaya?

Buat masa ini, harga pekhidmatan SEO yang dikenakan oleh pihak admin sekitar RM 1450 ke RM 2000 ( setahun penampilan ). Jika berjaya, harganya sudah tentu akan terus meningkat naik kerana peluang dan potensi-nya sudah menjadi lebih luas dan lebih besar ( sebahgian dari plan akan datang ).

Berminat dengan kaedah pengiklanan SEO + CONTENT MARKETING, sila berhubung dengan pihak admin yang bertugas.

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.

Categories
Marketing Perniagaan

Kelambu Moden Saiz King

Assalamualaikum,

Saiz terkini kelambu moden adalah 200 X 200 dan harganya RM 45 seunit.

Kelebihan kelambu khemah atau moden ini adalah senang untuk dilipat dan mudah pasang. Sistem pengudaraanya juga memang terbaik setakat ini.

Kelambu khemah

Biasanya jika musim demam denggi,  ramai pengguna akan cari kelambu yang macam ini. Elok standby siap-siap dan tempahan secara online kelambu moden boleh rujuk dekat sini tempahan kelambu moden saiz king

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

Categories
Marketing Pelaburan SEO

Halangan Pertama Blog Seo Malaysia

Assalamualaikum,

Nak jadi pakar SEO Malaysia?. Jika begitu hajatnya, bermula dari sekarang anda kena berkawan dan kenal dengan Panda dan Penguin Algorithms milik Google ( lain-lain search engine tidak popular, tau sikit-sikit jadi laa ).

Bukan senang nak jadi pakar SEO Malaysia sebenarnya. Setiap kali ada proses kemas kini algorithms pasti akan ada yang tersingkir dari senarai ( halangan berulang bila syarikat search engine rasa tidak puas hati ). Kenapa dengan SEO?, benda ni sebenarnya MESIN DUIT dan admin gelar sebagai LUBUK EMAS. Jika anda mampu mengusainya, maka peluang  untuk menjana sumber pendapatan dari search engine terbuka luas. Di Malaysia 93% ( hampir 20 juta pengguna internet ) pencari maklumat melalui internet akan mencari segala bagai info dan produk di Google search engine. Jika anda mampu menyenaraikan produk atau pekhidmatan anda di kedudukan page pertama dan kedua beserta dengan content marketing yang cantik. Pihak admin rasa 70% kekuatan sudah menjadi milik anda.

Sekarang anda sudah tahu kisahnya dan kenapa SEO ( search engine optimization ) begitu penting. Hanya manikam mengenal jauhari.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.