Categories
Research & Development

Cara Untuk Dapat Idea Bisnes Yang Menarik

Assalamualaikum dan salam hormat,

Biasanya admin akan perati dan tengok apa MASALAH yang ada pada ketika itu. Setiap masalah akan ada bersamanya peluang ( dari masalah yang ada, ianya boleh ditukar kepada bisnes yang menguntungkan ).

Untuk tahun 2016 dan ke depan, masalah yang paling sempoi untuk dibuat bisnes adalah bisnes pengawal peribadi ( zaman sekarang jenayah ada di mana-mana ) manusia-manusia hartawan biasanya akan nampak keperluan pengawal peribadi sebagai solusi terbaik untuk keselamatan mereka ( bukan pak guard jaga pintu masuk saja, yang ini untuk jaga nyawa manusia ). Sejak merdeka sehingga sekarang, jumlah manusia hartawan yang ada di Malaysia cukuplah banyak dan mereka ini semua sudah tentu memerlukan perkhidmatan bodyguard. Emmmm, macam tu lah caranya admin selongkar, hack, cracking dan develop sesuatu bisnes yang menguntungkan dengan cara tengok apa masalah yang wujud ( itu 1 contohnya sahaja ).

Emmmm, macam tu lah caranya..mudah kan?.

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.

p/s: dari masalah kita jumpa, yang diambil manfaatnya akan dapat untung.

 

Categories
Dropshipping

Dropship Alternatif Untuk Iklan Berbayar

Assalamualaikum dan salam hormat,

Emmmm, sudah ada peniaga yang mula invest duit untuk dapatkan agen dropship dan mereka dengan bergayanya siap iklankan lagi tawaran dropship tersebut. Tahniah…tahniah….tahniah.

Admin dah lama guna dropshipping dan affiliate sistem ni dan dropshipping ni kalau nak bagi cun, kena pasang sistemnya sekali. Emmm, tak mahal mana pun jika hendak dibandingkan dengan duit iklan yang dileburkan setiap bulan untuk mendapatkan prospek baru bagi produk yang sama dan yang baru.  Jika ada 1000 orang agen dropship dan satu produk untungnya RM 5 pun sudah memadai. Satu hari 20 ke 30 order rasanya tak ada masalah ( untuk bisnes kecik, admin berniaga secara halus-halusan sahaja dan untung satu produk  anggaran RM10 ke RM1000 macam tu untuk satu produk. Support dropship juga ). Agen dropship ni kena selalu di refreshkan ( f5 ),  jika tidak mereka akan terlena ( pengalaman admin laa ) dan jika tak mau bagi dropship lena, kena laaa kretif sikit.  Bab tu ada banyak cara dan kena pandai-pandai laa cari. Kena keluar dari kotak dan pecahkan kretiviti yang sedia ada supaya ianya dapat bercambah dan berkembang biak.

Ada pertanyaan, sila whatsapp/telegram ke +6011 3222 9401.

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.