Antara Lokasi Terbaik Untuk Belajar Ilmu Perniagaan Internet Secara Percuma

Assalamualaikum dan salam hormat,

Jika berhajat untuk belajar bab marketing melalui online, terutamanya berkenaan Instagram, FB, Blog dan email marketing sila rujuk cerita di bawah.

Jika rajin, boleh laaaa singgah di blog Fahdighazali.com. Admin tak ada kena mengena dengan blogger ini  dan tidak pernah mengenalinya.  Memandangkan isi kandungan di dalam blognya sangat-sangat bermanfaat, jadi admin share saja dekat sini supaya lebih ramai pembaca akan dapat manfaat yang banyak dari isi kandungan yang ada di dalam blog tersebut. Lagi pun maklumat dalam tu freeeeeeeeeee dan tahap tinggi pulak tu.

Sekilas lalu yang sempat admin baca dan ambil imunya adalah bab cara marketing di Instagram ( sekarang ni dah ramai peniaga internet berhijrah ke Instagram), tip berkenaan bisnes, tip berniaga dan iklan dekat FB, tip untuk kurangkan kos iklan dekat FB pun ada  daaaannnnnnnnnnnnn banyak lagi. Secara peribadi content di dalam blog tersebut memang menarik dan bermanfaat. Rugi kalau tak sedut ilmunya.

Antara tip yang sempat admin baca di dalam blog tersebut adalah:

  1. The “hidden block” dalam pemasaran online yang ramai peniaga online tidak tahu.
  2. Zaman Kejatuhan ‘Brand’ & Perniagaan Di Instagram Bermula. Adakah Anda Bersedia?.
  3. Blueprint Online Marketing Yang Ramai Peniaga Tak Tahu.

Jangan asyik….asyik….asyik dok tanya kenapa sale tidak bertambah. Salah satu darinya kerana teknik persaingan untuk aliran marketing juga telah berubah cuma kita saja yang lambat tangkap hal itu ( dok  fall in love lagi dekat teknik dan cara lama ). Marilah membaca dan belajar lah sesuatu dari lecture online iaitu pemilik blog yang tidak jemu-jemu menyampaikan ilmu untuk memandaikan manusia yang lain.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

Boleh Try Cara Ini, Kalau Berani

Assalamualaikum dan salam hormat,

Cara apa?. Ini untuk kegunaan manusia yang berminat sangat-sangat dengan untuk terlibat dengan dunia perniagaan. Dalam banyak-banyak cara yang ini salah satu darinya yang boleh kita try guna.

Cara ini admin tengah praktiknya sekarang ini. Emmmmm cara ini, emmmm caranya lagu ni, 10 tahun dulu masa admin tengah kerja makan gaji dan sebelum kena berhenti kerana rasanya jasa sudah tidak diperlukan lagi kerana ketidakupayaan untuk membuat kerja. Admin ada terfikir untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya tetapi tidak set untuk menjadi usahawan berjaya semata-mata. Nah ! sekarang telah genap 15 tahun admin terlibat didalam bidang perniagaan dan memang berjaya. Apa yang admin ada?, hanyalah sebuah perniagaan yang berjaya tetapi tidak lengkap sepenuhnya. Apa sebenarnya yang telah berlaku?.

Hanya berjaya memiliki satu perniagaan internet yang tiada sumber kewangan kukuh…Heeee…heeeee. Jadi apa kurangnya disini?. Yang sebenarnya admin telah dapat apa yang admin hajati selama ini iaitu untuk memiliki perniagaan sendiri tetapi bukan kejayaan secara sepenuhnya. Sepatutnya admin set untuk ada perniagaan sendiri berserta kejayaanya seklai. Penting sangat-sangat ………………………..dah tak ada idea .

Emmmmmmm, cerita di atas adalah versi original yang belum lagi di edit sepenuhnya. Macam tu lah keadaanya ketika idea untuk sesuatu kisah dan cerita terpancar keluar dari minda selepas di zahirkan buat pertama kalinya ( yang itu versi admin punya, lain editor mungkin lain coraknya ). Memang serabut dibuatnya dan tunggu versi selepas di edit untuk tatapan pembaca.

Heee…heeeee, kalau berani buatlah satu dan nak buat benda ni kena jujur. Tak boleh edit satu apa-apa pun dan jika di edit bahan tersebut bukan lagi dalam ketegori versi original.

Versi selepas di edit

Cara apa?. cara atau buah mola sebelum  menjadi seorang usahawan ( cara yang selalu admin pakai ) dan cara ini sapa-sapa pun boleh try buat dan praktikkanya.

10 tahun dulu, sebelum admin buat keputusan untuk berhenti kerja secara total dari puncak Genting Highland ( dulu kerja sapu sampah dekat atas bukit tu ). Admin ada tanam satu benda dalam minda ( kira macam tanam niat laaa ), “10 tahun akan datang admin akan ada bisnes sendiri”. Emmm itu saja yang admin tanam dan 10 tahun sudah pun berlalu dan apa yang admin tanam sebelum ini pun sudah boleh dimakan hasilnya. Emmmm, macam tak percaya laaaa pulakkk dan mula-mula tak perasan tetapi bila di review balik……………..laaaaaaa memang betul-betul berlaku laaa benda tuuuuuuuuu. Cuma ada sedikit kurengnya iaitu semasa admin tanam niat tersebut, admin tidak tetapkan niat, harapan, arahan dan benih tersebut secara lebih tepat, detail dan lebih khusus. Apa yang admin tetapkan adalah harapan secara rambang iaitu untuk memiliki suatu bisnes milik sendiri semata-mata ( mana ada milik kita, perasan saja tu ). Emmm…………….bisnes yang bagaimana dan yang sepatutnya ada tidak pula dinyatakan pada waktu itu ( banyak duit, banyak aset, banyak cawangan, banyak cabang bisnes dan banyak staf ). Jadinya, minda tidak dapat memprosesnya dengan secara lebih lengkap dan  lebih tepat. Daaaaaaaaaannnnnnn akhirnya admin hanya dapat apa yang admin ada sekarang ini sahaja laaaaa…..alhamdulillah.

Itu cerita setting untuk target yang akan di proses oleh minda pada tahun 2000 yang lepas dan target yang terkini untuk projek masa depan, lagi laaaaaaa sakan iaitu ” i am future billionaire “. Emmmmmm, adakah ianya sukar untuk di takluk, dicapai, dimiliki dan diaplikasikan….haaaaaa…haaaaaa  pada admin ianya tidak lagi mustahil dan untuk tambah bagi sedap rasa dan menambahkan lagi keyakinan diri supaya tidak goyang dumang,  anda baca kisah di atas sebagai bukti ianya boleh dijayakan dan ianya juga telah menjadi milik anda sekarang ini untuk dizahirkan ke alam nyata ( kena buat )…….dan demi masa manusia itu sentiasa dalam kerugian.

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.

Cara Guna Teknik Hard Sell

Assalamualaikum dan salam hormat,

Teknik hard sell cara kerjanya adalah sangat agresif dan sangat kasar untuk mendapatkan hasil ( teruih suruh beli dan macam paksa pun ada ).  Rasa-rasa teknik macam ni sesuai ka tidak?.

Platfom online

Ada tempat-tempatnya di mana teknik serupa ini boleh di aplikasikan. Untuk online bisnes, admin selalu guna teknik hard sell dekat platfom classified seperti mudah, ebay, lelong, lazada, 11street dan laman web kedai online admin sendiri. Emmm…..selain dari itu dekat platfom search engine pun admin rembat serupa tu juga dan guna teknik hard sell ini secara ikut suka hati saja dan kesanya lebih mantap cuma selalu kena game dengan bot search enjin ( dekat search engine biasanya ramai real buyer yang fokus dan memang berminat ). Niat depa dari mula pun dah fokus kepada apa yang mereka akan cari, jadinya memang cantik sangat-sangat laa jika dapat guna teknik hard sell dekat sini ( tak payah buang banyak masa, direct terus kepada harga dan paksa order ). Jika kena dengan tawaranya, mereka akan on dan akan terus beli ( bukan semua produk naaaa ).

Platfom offline

Untuk offline lokasi paling cun untuk apply teknik hard sell biasanya ( part ini admin tak pakar sangat, boleh baca untuk info tambahan  saja laa ) dekat tapak expo, pasar malam, uptown dan juga di dalam shopping complex ( tengok produk juga yang ni pun ). Lokasi offline tadi, di mana waktu operasinya agak pendek dan tak banyak masa elok guna hard sell secara agresif. Dekat sana, pelanggan biasanya dah guna power mata yang mereka dah ada untuk menilai sebelum turun ke hati. Depa biasanya perati dari jauh sebelum datang bertanya ( time tanya ni maklumat berkenaan produk kena standby siap-siap, penerangan paling laju dan padat adalah sangat-sangat diperlukan ). Lambat saja customer belah p tempat lain.  Tak payah buang masa guna teknik soft selling, guna hard sell teruih dan sebelum tu kena tengok produk juga yang ni pun. Offline produk, jika dari jauh dah nampak huduh, jangan harap laaa customers nak cuba-cuba nasib untuk bertanya kecuali yang terdesak sangat-sangat ( buat bagi rambang biji mata lain kali ).

Dekat fb, twitter, instagram sesuai ka tidak?. Admin dah try hard sell secara berbayar dan free dekat 3 tempat tadi…emmmm hasilnya boleh penat dan burn duit iklan saja ( mungkin produk tak kena gamaknya ). Lokasi dan platfom tak kena dengan teknik langsung. Jadinya, kalau anda terkena masalah yang sama…..haaaa…haaaa kena ambil faham laju-laju. Ubah ke teknik soft selling secepat yang mungkin dan guna kaedah content marketing ( sediakan bahan yang ada nilai tambah untuk di baca supaya minat dapat dibentuk ). Dari situ baru boleh bina profit tetapi cara ini agak lambat dan hasilnya dikemudian hari baru dapat lebat dan lumayan. Jadinya kena banyak bersabar.

Jika di tahap nazak sangat-sangat nak guna duit, macam mana pulak?. Ini kes lain dannnnn…….Eeemmmmmm admin cadangkan supaya belasah saja yang mana sempat, kacuk dua-duanya sekali. Buat bisnes dalam keadaan macam ini agak high risk dan berat kot belah tak mau nak jadi. Apa pun cuba dulu secara berhemah, mana tau ada rezeki dihujung nyawa. Haaaa..haaaaaaa.

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.

p/s: bahan-bahan r&d macam ni laaa cara penyampaianya.