Categories
Research & Development SEO

Search Engine Alternatif Ganti Google

Assalamualaikum dan salam hormat,

Haaaaaa….haaaaaa, nak ganti Google. Ada aku kesah kata Google dan aku kan gergasi engine pencari yang paling berpengaruh, terutamanya di Malaysia ( hampir 93% penguasaan ). Emmmmmmm, admin kata itu dulu dan sekarang tidak lagi.

Search engine DDG ( Duckduckgo ). Nak kata hebat tu tak ada laaa sangat, kerana DDG masih lagi dalam proses pembesaran wilayah jajahan dan DDG tak curi data privacy pengguna dan kongsi dengan orang lain ( ini yang admin suka ).

Search Leakage

At other search engines, when you do a search and then click on a link, your search terms are sent to that site you clicked on (in the HTTP referrer header). We call this sharing of personal information “search leakage.”

For example, when you search for something private, you are sharing that private search not only with your search engine, but also with all the sites that you clicked on (for that search).

In addition, when you visit any site, your computer automatically sends information about it to that site (including your User agent and IP address). This information can often be used to identify you directly.

So when you do that private search, not only can those other sites know your search terms, but they can also know that you searched it. It is this combination of available information about you that raises privacy concerns.

Untuk rekod 2015 / 2016, jumlah carian untuk 1 hari di DDG telah menghampiri 10 juta. Okay laa tu dan jumlah pengguna dan kerjasama juga bertambah dari semasa ke semasa. Maknanya potensi untuk menjadi search engine ternama adalah sangat cerah dimasa akan datang.

Algorithm change every day pun admin tak kisah sekarang ni. DDG guna keywords untuk listing kedudukan di dalam senarai search engine mereka dan page akan scroll dan bersambung secara auto tanpa perlu klik page berikutnya ( macam tak ada page kedua dan yang ada senarai panjang berjela sampai habis ).  Untuk pemain SEO laman web dan  blog,  anda hanya perlu memahirkan diri untuk memilih dan  menggunakan keywords yang bersesuaian sahaja  untuk membolehkan bot DDG mengecam dan membuat penyenaraian yang sepadan dengan maklumat yang telah disediakan. Anda sebagai pengguna nilaikan sendiri mana yang patut dan mana yang tak patut. Admin sampai kan apa yang sepatutnya sahaja.

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.

Categories
Web & Blog Activity

Bagaimana Blogger Ini Mendapat Pendapatan 100k Sebulan

Assalamualaikum dan salam hormat,

Nak bagi semangat sikit kepada blogger-blogger Malaysia supaya bersikap lebih kental dan terus maju ke hadapan.

Kisah blogger berpendapatan 100k dan lebih setiap bulan ini di petik dari kisah blogger luar negara. Dia buat apa sampai boleh dapat pendapatan sebegitu dengan banyak setiap bulan?.  Al-kisahnya, pada peringkat permulaan dia habiskan masa  berbakti kepada blog nya sekitar 80 ke 100 jam seminggu untuk menampung keperluan aktiviti blogging nya.  Pada peringkat permulaan dia memiliki 4 blog dan 3 daripadanya gagal mencapai sebarang target dan terpaksa ditutup setelah beroperasi ( tak dapat sebarang hasil dan rasa sangat down bila tak menjadi ). Tinggal satu yang aktif dan setelah bertungkus lumus selama beberapa tahun baru lahhhhhhhh dia mendapat hasilnya yang pertama iaitu berjumlah 10k. Jumlah tersebut datangnya dari hasil jualan blog terakhir yang dimilikinya itu. Pada waktu blog tersebut dijual, kadar trafiknya berjumlah 1 ribu pengunjung setiap hari. Lepas pada tu apa yang dia buat?.

Sebelum dia mendapat income 100k sebulan dari aktiviti blogging dan selepas berjaya membuat jualan pertamanya sebanyak 10k. Langkah seterusnya dia pergi bekerja pulak untuk membantu 2 blog ternama iaitu copyblogger dan KISSmetrics dan dari situ lah dia telah mengasah bakat blogging nya sampai tajam sehingga berjaya membantu 2 blog ternama tersebut mencapai target mereka seperti mana yag ada pada hari ini. Apa yang dia buat selepas pada itu?. dia………….balik kepada aktiviti asalnya iaitu memilih untuk menjadi blogger sdn bhd semula dengan berwajah baru. Ini konsep terbarunya iaitu…………

  1. Tulis cerita yang ada nilai tambah untuk mendapat trafik yang tinggi ( content marketing laaaa apa lagi ).
  2. Convert semua pelanggan ke platfom database pelanggan.
  3. Kirim dan hantar seberapa banyak maklumat berguna kepada bakal pelanggan.
  4. Jual produk yang pelanggan mahu.

Itu lah 4 perkara yang dia sarankan kepada blogger untuk dibuat sebagai rutin tetap kepada aktiviti blogging. Jika tengok dekat blog dia yang terkini, semua fokus kepada content marketing dan celah mana dia promote produk pun admin tak pasti tetapi setiap bulan sah-sah 100k ++ dia kaut untung ( bila orang berilmu bekerja ).

Antara kategori produk yang blogger boleh campur tangan yang di sarankan oleh dia adalah:

  1. Pendidikan
  2. Produk digital
  3. Servis
  4. Produk fizikal

Selain dari itu dia ada senaraikan 10 perkara yang perlu dititik beratkan bila berhajat untuk menjadi blogger berpendapatan tinggi dannnnnnnnnn admin senaraikan 3 sahaja dekat sini iaitu:

  1. Berapa banyak senarai email yang blogger perlu kumpul dan yang sudah ada ( kalau yang baru sah-sah belum ada kan? ). Jadinya, kena kumpul senarai email seberapa banyak yang boleh.
  2. Kena menjual sejak dari awal keterlibatan dan jangan tunggu sampai pengikut ramai baru hendak menjual ( rugi dan buang masa jika dok tunggu lama-lama).
  3. Kongsi apa yang telah kita pelajari ( bidang yang kita expert ). Untuk membina kredibiliti dan kepercayaan.

Apa macam, minat nak jadi blogger?. Kalau sanggup silakan dan untuk menjadi blogger anda tidak perlu hadir temuduga, tidak perlu memiliki sijil peringkat tertinggi ( spm, sap, srp, sijil nikah pun okay dah dan tak ada sijil pun bolehhhhhhhhhhhhh ) dan segala bagai point-point tertentu yang menunjukkan akan kepandaian. Hanya perlu rajin cari ilmu, banyak membaca, kretif dalam membuat karangan yang berkaitan dan tahu untuk mengaplikasikan ilmu tersebut. Biasanya, untuk dapat ilmu-ilmu yang menarik ianya akan diperolehi sedikit demi sedikit mengikut pengalaman yang dilalui apabila sudah bergelar sebagai seorang blogger yang aktif ( tak jadi blogger tak ada harapan laaa nampaknya ).

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.