Categories
Research & Development Web & Blog Activity

Menukar Identiti Blog Dari Biasa Menjadi Mesin Buat Duit

Assalamualaikum dan salam hormat,

Topik ini admin dah up sebelum ini dan hari ini up lagi. Pasai apa up banyak kali sangat ni?. Sajaaaaa……nak bagi tersebar dengan lebih meluas lagi. Jika tak suka buat benda-benda senang macam ni, jangan sesekali terlibat di dalam bidang marketing.

Ini kisah yang berkaitan dengan blog biasa ditukarkan indentitinya menjadi sebiji mesin buat duit yang dikerah seadanya untuk berkerja secara 24 jam untuk mendapatkan hasil jualan demi memenuhi nafsu serakah tuanya yang tidak pernah-pernah serik untuk mengejar kekayaan duniawi ( bukan dia tak tau, itu semua tak akan dibawa ke alam barzakh nanti ). Diam lah….kamu apa tau?.  buat kerja……..dan jangan banyak berimaginasi tentang sesuatu yang kamu tidak pasti sebab-sebabnya lagi. Admin dah siapkan video ringkas mengenai blog yang telah dijadikan sebagai mesin buat duit. Jadinya, sila tonton videonya ya ( video ringkasnya sahaja ).

Antara sistem blog biasa yang sempat admin hacking, cracking dan menukar identitinya adalah tukar bagi jadi blog memberships, tukar bagi jadi sistem tempahan homestay, tukar bagi jadi sistem kedai online, tukar bagi jadi tempat kumpul database pelanggan dan banyak lagi yang sebenarnya. Cuma yang menguntungkan 4 benda tadi ( kiranya admin dah fall in love dengan 4 benda tadi saja ). Dapat mengusai benda-benda ni semua, aaaahaaaaaa………blog secara dasarnya sudah pun menjadi sebiji mesin buat duit yang di idam-idamkan. Hanya tinggal untuk hebohkan saja blog tersebut bagi orang tau. Nak bagi heboh senang saja, boleh viralkan di media sosial, guna iklan berbayar dan guna SEO adalah tool paling sempoi ( benda ni free dan admin panggil dia penembak tepat kerana targetnya memang tepat pada sasaran ). SEO kalau nak belajar kena siap modai banyak sikit sebab benda tu payah dan liaq macam binatang liaq dekat hutan yang baru jumpa manusia.

Jangan lupa, blog boleh membuatkan tuan yang empunya diri juga menjadi glaaaaaaamooour ( blogger kalau glamour, sendiri mau ingat la ). Berterima kasihlah kepada blog anda, jika dia mampu bawa anda sampai ketahap tersebut.

Nak belajar cara-cara untuk tukar identiti blog menjadi mesin buat duit sila whatsapp / telegram ke talian 011 3222 9401.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

p/s: Nak ukoq ilmu jangan tengok dekat sekeping kertas yang di beri nama-nama dan point-point tertentu dalam pelbagai pakej tetapi tengok hasil kerjanya……….elok ka tidak. Kerja pulak diukur ikut level kualiti tertentu baru dapat premium class.

Categories
Perniagaan Research & Development

Kenapa Tidak Invest Untuk Dapatkan Pekerja Taraf Profesional

Assalamualaikum dan salam hormat,

Ada buat bisnes kan?, nak kembangkan bisnes ke tahap gaban kan? dan nak income yang lumayan dan nak jadi pemilik syarikat yang berjaya juga kan?. mesti ada kan?. cuba try teknik dibawah.

Ini mungkin jarang-jarang  pemilik perniagaan terfikir untuk buat iaitu invest untuk dapatkan pekerja taraf profesional. Biasanya jika dekat luar negara, syarikat besar ni biasanya akan beli kedua-duanya sekali iaitu orang dan  syarikat yang dimilikinya jika ada ( emm syarikat kecik tetapi boss dia otak geliga ).  Ada berani?…heeee..heeee.. Pekerja profesional tu…bukan perkerja tu yang datang offer diri, tetapi anda selaku pemilik syarikat yang mempunyai cita-cita dan harapan tinggi perlu keluar dan pergi sendiri untuk hadap dan buka offer kepada mereka. Iangat tu kena pergi cari dan buka offer. Harga jangan kedekut sangat kerana benda yang anda akan miliki nanti nilainya seperti emas berkilo-kilo tan tau dak….Ada berani buat macam tu?.

Jangan dok offer macam orang sombong pulak dekat golongan profesional ni sudah lah….depa tu duit dan dunia sudah berada dalam genggaman mereka…dan tak hairan pun jika mereka tolak secara mentah-mentah setiap tawaran yang dicadangkan….Aset dalam syarikat paling baguih untuk tujuan pelaburan adalah pekerja tahap 5 star dan juga beratus-ratus star jika ada…heee..heeeee( ini yang menyebabkan bos sentiasa berjaya dan terus berjaya).

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.

p/s: Sebelum orang lain rembat, lebih baik kita sapu dulu.