Categories
Perniagaan barangan bundle Research & Development

Bagaimana Harga Beg Tangan Bundle Di Tetapkan

Assalamualaikum dan salam hormat,

Biasanya pihak admin akan tengok brand, lepas tu tengok kualiti dan cek status barang bundle tersebut sama ada limited stok atau biasa-biasa punya. Jika limited stok dan branded terkenal, harga memang mau ingat…. pasti keras ( sampai tak mampu beli pun ada ). Emmmm..lebih kurang macam tu laaaa harganya ditetapkan.

Emmmmmm…..untuk pembelian harga borong lain pulak kisahnya. Biasanya akan ikut kuantiti, jenama dan kualiti……biasanya akan murah banyak jika guna cara ini daaaannnnnnn ramai peminat akan guna cara ini….margin untung berbaki jika masuk market untuk dijual kepada end user…perghh, masih lagi tebal….beg bundle ini, harganya boleh letak ikut suka hati seberapa banyak mana pun yang dirasakan sesuai kerana ianya bersandarkan kepada kualiti, brands dan kuantiti sesuatu barangan. Punca paling keras adalah branding, limited stok, rare dan sebab itu jangan terkejut jika ada diantaranya harga mampu terkeluar dari batas pemikiran manusia biasa…..heee…heeeeee…ikhtibar untuk bakal pembeli adalah………jika mampu, boleh beli dan jika tidak mampu abaikan saja…..

Beg tangan bundle

Untuk bakal pembeli….

Lagi satu hal, jika berminat untuk terlibat secara serius dengan barangan bundle tahap tinggi kualiti terutamanya beg, kasut atau jam. Yang pertama perlu set dekat minda:

  1. Nak jadi penyimpan, peminat, pembeli atau peniaga perlu belajar untuk menyesuaikan diri dengan stok barangan bundle yang ada pada ketika itu ( bukan untuk semua barangan bundle ). Contohnya kasut, jam tangan dan beg ( barang ni semua limited stok terutamanya yang betul betul elok dan lain dari yang lain. Jika yang suka memilih dan nak itu dan nak macam ini, elok cari stok yang fresh dan baru keluar dari kilang…………. senang dapat ). Jika tunggu stok bundle mungkin susah nak dapat…heeee..heeeee.
  2. Buang cara pikir yang rata-rata barangan bundle adalah murah dan memang tak patut mahal harganya ( kena pandai tengok jenis barang ). Jika stoknya susah untuk didapati dan pelik dari yang sedia ada, kebiasaanya harga pun agak pelik. Heee…heeeeee..
  3. Nak beli dengan harga yang berpatutan, sila deal untuk aktiviti borong dan pastinya akan dapat dibeli dengan harga yang berpatutan dan harap maklum.
  4. Tak ada lagi cerita tambahan mengarut yang admin nak taip lagi.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

Categories
Marketing Research & Development

Port Iklan Hard Sell

Assalamualaikum dan salam hormat,

Yang terkini dan lokasi menarik untuk aktiviti hard sell dan soft selling. Platfomnya smartphone dan aplikasi sokongan adalah telegram laaaaaaa…… apa lagi. Kenapa telegram?…….ntah lah….admin guna telegram sebab tak kacau space dalam smartphone….whatsappp?…..bukan tandingan telegram laaa jawabnya ( buat masa ini ya…whatsapp masih lagi di depan dengan fungsinya yang terhad ).

Selamat tinggal iklan fb group, instagram, blog dan search engine ( semua ini akan tertinggal dibelakang tidak lama lagi ) untuk kaki bisnes saja dan untuk aktiviti yang tidak melibatkan bisnes still okay. Hard sell dekat platfom telegram memang sempoi dan kian berkembang di Malaysia.  Walaupun dipenuhi dengan peniaga rata-ratanya, insyaallah ke depan nanti bila market telegram sudah berkembang pesat di Malaysia. Sale juga akan turut meningkat naik tetapi kena tunggu kuasa beli dikalangan pengguna telegram berkembang laaa dulu kan.

Buat masa ini, admin masih lagi menggunakan blog + seo dan disokong oleh aplikasi telegram sebagai medium untuk tujuan pemasaran ( geng organik marketing ). Okay, jika berminat boleh join salah satu dari banyak-banyak group iklan yang ada dekat bawah. Sila tengok senarai dekat bawah, yang itu semuaaaaaaaaaa admin dah join ( sale buat masa ini….heeeee…heeeeee bagai dikata laaaa, market masih kecil dan masih lagi dikuasai oleh pengiklan dan pembeli pulak dalam mode memerhati  ).

Senarai group iklan telegram yang boleh disertai.

  1. https://telegram.me/niaga24jam  – yang ini  group iklan dan sedut ilmu bisnes sampai senak di bawah kelolaan admin.
  2. https://telegram.me/iklanmalaysia
  3. https://telegram.me/joinchat/C7bD5kD2F80immTq6IV_hg
  4. https://telegram.me/iklansukahati
  5. UsahawanProdukOnlineSuperGroup – link cari tak jumpa
  6. https://telegram.me/penselkayubuyANDsell
  7. https://telegram.me/iklanrakyat
  8. Yang lain sila p cari sendiri…..

Sila ambil perhatian, market telegram tersangat lah open dan  mudah terdedah dengan pelbagai konspirasi dan teknik tidak bermoral…jadinya, sebarang bentuk urusniaga perlulah lebih berhati-hati.

Sekian terima kasih dan selamat berjuang.