Posted on

Bitcoin VS Emas Fizikal

bitcoin malaysia

Assalamualaikum dan salam hormat,

Emmmmmm………..admin menggunapakai kedua-dua platfom tersebut buat masa ini dan setiap satu darinya mempunyai peranan masing-masing dan kedua-dua platfom tersebut juga ada kekuranganya masing-masing. Jadinya kena pandai adjust ikut keperluan masing-masing. Buat masa ini nak lawan banding antara satu sama lain memang tak boleh laaaa dan depa dua ni pulak tidak ada pilihan lain, melainkan terpaksa memperhambakan diri mereka dan terpaksa untuk berkerjasama antara satu sama lain supaya dapat dimanfaat oleh tuan punya badan laaa jawabnya ( anda / admin ).

Ini Cara-Caranya Admin Mengaplikasikan Dua Benda Ini

Emmmm, buah mola admin try platfom emas fizikal terlebih dahulu dan itu pun selepas sekian lama fall in love dekat ASNB ( lokasi kembang biak duit trusted paling rare dan beribawa ). Rasa-rasa macam tak berapa nak cun pulak dah ( sebab benda ni ini ada hubung kaitnya dengan keadaan ekonomi semasa ) dan selepas pada itu, admin tranfers pulak sebahagian dari nilai kekayaan yang dimiliki ( bukan juta-juta pun hanya ribu-ribuan sahaja ) yang mana masih dalam bentuk nilai RM ke platfom emas fizikal ( bukan let go semua sekali naaa ). Masa beli emas tempoh hari harga sekitar RM120 ke RM 121 macam tu untuk 1 gram ( laaa ni tak dapat dah harga tu ). Emmm harga beli okay dah, tetapi 3 ke 4 bulan macam tu baru tau ada masalah kecairan untuk tukar emas fizikal ni ke duit kertas pulak agak rumit ( hal kecik saja ni ) dan time ni admin beli kijang emas ( dah let go ). Nak kena cari pajak gadai pulak baru boleh dapat cash dan kalau nak jual pulak harga yang dibeli kebanyakkanya depa akan ambil lebih rendah berbanding harga semasa ( ini yang tidak berkenan ). Emmmm……bila pajak pulak akan dapat 65% ke 70% sahaja dari nilai marhum yang sebenar. Dah dapat dapat cash sah-sah nak kena himpun duit pulak untuk tebus benda yang dipajak tadi. Pulakkkkkk…….dan ini laaa kelemahan yang ada. Bukan semua pajak gadai yang diiktiraf terima emas secara pukul rata kebanyakkanya bersyarat dan dari segi untuk dijadikan bahan simpan nilai duit kertas tu memang cantik dah tetapi tiada tahap kecairan yang tinggi pulak dan yang ini buat spoil sikit ( kena buka satu platfom untuk transaksi guna emas ni tapi siapa yang nak buat pulak ). Kecairan ni penting sebabnya untuk dijadikan sebagai alat petukaran bila perlu dan bila admin perati balik, emas ni sesuai diguna sebagai alat simpanan berbentuk pelaburan tetap sahaja kerana susah nak dicairkan ( proses agak rumit jadinya susah laaa nak habis dan itu tujuanya ). Heeeeee…heeeeeeeee…..selamattttt dan kisah bab emas ini panjang lagi….emmmmmmm info berikutnya boleh usha dekat google.

Bitcoin

Bitcoin pulak, admin perati lama dah benda ini sejak dari harganya sekitar USD 400 macam tu sehingga meninggkat naik ke USD 1000++ baru lah tergerak hati untuk terlibat sama. Buat masa ini fungsinya sekadar dijadikan sebagai alat jual beli bagi peringkat international sahaja dan ianya tidak terlebih dari itu. Feenya murah berbanding lain-lain kemudahan payment gateway yang sedia ada dan untuk dijadikan sebagai alat simpan nilai dan pelaburan pun sesuai juga. Bila operasi bitcoin ini telah berkembang biak dengan suburnya di Malaysia nanti, barulah admin akan menggunakanya sebagai alat pertukaran secara besar-besaran di peringkat local. Time tu duit kertas rasanya orang tak guna sangat dah dan kalau guna pun seingat admin  dengan jumlah yang sangat sedikit ( bitcoin bergerak dengan begitu pantas dan jangan pandang sebelah mata naaa ). Transaksi bitcoin per day untuk tahun 2017 mencecah $260M, emmmm dan per minit $180K dengan peningkatan ketara sebanyak 118%.

Susahnya nak sekat bitcoin, macam video dekat bawah

 

Secara kasarnya, untuk kaki travel, yang nak lari dari masalah currency exchange dan yang nak cari alat pertukaran global yang lebih syok boleh saja simpan duit yang berlambak itu dekat bitcoin. Ianya boleh saja gunakan di mana-mana saja di seluruh Dunia apabila perlu dengan kadar fee yang sangat menjimatkan dan untuk manusia yang ALLAH anugerahkan dengan harta kekayaan melimpah ruah, boleh saja simpan sebahagian darinya dalam bentuk emas fizikal dan sedikit darinya yang tersisa di dalam akaun bitcoin. Untuk emas fizikal  boleh dijadikan sebagai harta karun tersimpan di dalam Malaysia. Mana tau ada cita-cita untuk travel secara tetap keluar negara ka dan harta karun tadi boleh digunakan semula jika berlaku kecemasan dikemudian hari nanti apabila berhajat pulang  ke Malaysia semula….heeee..heeeee….dan bitcoin sudah tentu boleh dijadikan sebagai bekal untuk travel( nak isi banyak mana dalam akuan pun tak ada hal dan boleh melepasi sempadan antara negara tanpa halangan. Apa macam? ada rasa macam berminat tak?….heeeee…heeeeee.

Wowwwww hari ni karangan agak panjang, emmmmm sambung lain kali pulak.

Jika ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, boleh whatsapp/telegram ketalian 011 3222 9401.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

P/s: emmm buat masa ini, bitcoin adalah digital currency. Jika ada tawaran pelaburan yang menjanjikan bulan dan bintang. Sila selidik terlebih dahulu kesahihanya….emmm bitcoin ada exchangenya sendiri tetapi transaksi dekat sini agak high risk. Bitcoin juga instrument pelaburan jangka panjang yang menguntungkan …..heee…heee.

 

Posted on

Iklan Dekat Instagram

Instagram

Assalamualaikum dan salam hormat,

Dekat platfom instagram, admin ambil masa hampir setahun juga untuk berasimilasi sebelum berjaya dapat dan tau caranya yang secotet put untuk tarik sale dari sana. Emmmm macam-macam teknik admin try…heeeee..heeeee. Ahaaaaaa….last sekali keputusanya,  sale memang boleh dapat dari IG tetapi….aaaaahhhh ada tetapi pulak dah.

Instagram

Kisahnya Lagu ni

Mula-mula admin buka 1 account, kemudian like dan follow orang lain punya akaun ( teknik rambang ) dengan harapan orang lain akan buat benda yang sama dekat akaun milik admin. Admin follow setakat 260 account sahaja ( emmm..dekat 5 ke 6 bulan juga rasanya operasi folow dan like ni ). Lepas tu stop follow dan stop like dan diwaktu yang sama admin try buat iklan dengan kadar 260 follower. Dalam akaun IG ( instagram ) admin sumbat masuk produk carca merba ikut sesedap rasa dengan andaian kalau banyak produk, follower dan bakal follower akan ada banyak pilihan dan dengan itu mudah lah untuk dapat respond dari mereka nanti ( kahhhh…kahhhhh…kahhhh ). Teknik carca merba tu sebenarnya tidak berkesan laaa….like pun tak dapat ooooooo…Bulih pengalaman saja laaa….admin dapat agak laaaa, gambar yang admin post mungkin tidak dilihat pun dan kalau dilihat pun kerana kebetulan dan selepas pada itu mereka akan scroll ke post berikutnya ( ntah-ntah baca pun tidak tetapi tengok tu pasti ).

Dalam tempoh 5 ke 6 bulan proses asimilasi tadi berlangsung, admin hanya berjaya dapat following dalam 100++ ( sikit sangat ). Dengan following yang sedikit itu, admin cuba untuk buat marketing. Ternyata kosong hasil laaaaa. Beberapa bulan berikutnya, tukar startergi pulak…..buka 2 account untuk specific produk dan carca merba punya teknik tak apply dah. Admin follow 9 account sahaja dan yang selebihnya admin update status dengan kelebihan yang ada pada hashtag ( # ) untuk dapat link magic. Dalam tempoh 6 ke 7 bulan macam tu, admin berjaya dapat follower sebanyak 310 dan berpuluh-puluh like yang datang mengikut sesedap rasanya. Following admin maintain setakat 9 account sahaja dan admin mendapati cara ini adalah sangat berkesan. Emmm………. ada juga pertanyaan dan sale pun ada juga yang admin dapat, cumanya barang yang admin try jual ini ketegorinya luxury ( faham-faham saja laa ). Produk bukan untuk semua orang. Image kena jelas dan kena pandai pilih hashtag yang bersesuaian dan admin hanya aktif untuk post produk dalam sebulan sekitar 3 atau 4 kali sahaja. Aapaaaaa macam? boleh tqraaaaa tu. Heeeee…heeeeee.

Emmm, karangan ini juga sebahagian dari sesi yang ada dalam proses R&D dan yang sedang berlaku sekarang ini. Ianya termasuk sekali di dalam projek untuk UNLOCK BRAIN CAPACITY FROM 10% TO 100% )  Admin support projek ini dengan beberapa  suppliment nootropics terpilih dan juga beberapa local herba berkualiti tinggi. Proses R&D telah berjalan  hampir 2 minggu dari tarikh admin muatnaik karangan ini dan memang ada perubahan yang ketara ( jangan banding dengan filem Lucy ). Professor Norman kata  I’HAVE NO IDEA.

Emmmmm, panjang sangat dan admin berhajat simpan karangan yang masih queue dalam store simpanan minda untuk sesi akan datang.

Sebarang pertanyaan, sila whatsapp/telegram ke 011 3222 9401.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

P/s: Orang yang susah pada hari ni pun tak sangka dia akan susah pada hari ini. Heee..heeeeeee.

Note: Dekat bawah adalah ayat yang tidak di padam walaupun silap dan tak guna sejak dari sesi mula karangan ini ditaip………ada gunanya kenapa ayat ini tidak perlu dipadam selagi karangan tidak siap secara 100% ( saja simpan untuk rujukan dan kegunaan blogger tegaq ). Ayat ini termasuk dalam bab ” IDEA…….”.

yang menarik. account buat benda tu setakat

ada laaa juga dekat IG ( instagram ) ni. Macam mana caranya?.

 

laaamaaaa laaa juga buat testing

Posted on

Testing Iklan Berbayar Dekat FB

Nootropics Malaysia

Assalamualaikum dan salam hormat,

Baru-baru ini admin try test buat 1 iklan dekat fb ads menggunapakai kaedah boost post. Respond okay dan admin telah berjaya mengumpul 152 like dalam masa 2 hari ( simpan p laaa, mana tau boleh tebus hadiah nanti ). Jumlah post yang diviralkan oleh FB adalah 1418 penampilan dan dengan kos pengiklanan tetap sebanyak RM 15 sahaja.

Semua setting ikut target tertentu dan bukan rambang. Produk yang dipasarkan adalah brain booster dan hasilnya adalah kosong dan yang untungnya syarikat FB ads. Heeee..heeeeeee dan bajet tadi dikira burn MACAM TU SAJA  sebab ini sesi test market. Ada banyak kemungkinan yang boleh dipertimbangkan kenapa tak boleh dapat sale dari FB. Mungkin?

  1. Disebabkan produk baru dan local buyer belum bersedia sepenuhnya untuk menerima kehadiran produk tersebut.
  2. Harga mahal sangat. Biasa laaaa, barang kena import dari luar dan produk pulak untuk geng-geng tertentu sahaja.
  3. Adakah disebabkan oleh pengaruh dan desakan keadaan ekonomi semasa?
  4. Admin bukan pemilik jenama terkenal, berkemungkinan besar ada kaitan dengan masalah trusted pun boleh jadi.
  5. Maklumat berkaitan dengan produk?. Mungkin tidak cukup atau tidak lengkap ( produk baru testimoni pun tak dak lagi ). Tak akan nak copy dari official website pulak?, atau reka ayat sendiri..haaaaa..haaaaa  ( lekeh dan admin tak layan teknik macam tu )..heeee…heeeee.
  6. Buat masa ini produk yang sama telah dilanggan hampir 100K +++ oleh pengguna diperingkat global( kenapa tidak disini? ).

Itu haaaaaa beberapa perkara yang perlu difikirkan oleh admin sampai cemuih. Buat masa ini, kebanyakkan sale datang dari blog + seo ( buyer datang dari search engine memang sempoi ). Emmmmm….adakah produk ini tidak sesuai untuk warga FB?…..mungkin juga dan mungkin juga tidak.

Setakat ini, admin fokus cari buyer dari SEARCH ENGINE sahaja. Lambat dapat sale pun tak apa asalkan kos iklanya free dan kita hanya  perlukan sedikit masa untuk tunggu buyer dari search engine ini datang dan sangkut dengan tawaran yang kita buat ( kena banyak bersabar dan kena ada kaedahnya yang khusus ).

Emmmmmm, karangan ini terpaksa diberhentikan dulu. Admin nak layan ROBOTIC WAR GAME pulak….

Jika ada sebarang pertanyaan, boleh saja whatsapp/telegram ke talian 011 3222 9401.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

Ini Namanya Pokok Pegaga

Pegaga - Nootropics

 

Posted on

Bitcoin Malaysia

Assalamualaikum dan salam hormat,

Heeee…heeeeeee, saja jaaaaaaaa……….try guna keywords bitcoin Malaysia. Tujuanya untuk letak dekat page depan sekali di dalam senarai search engine dan yang paling penting untuk tarik trafik ke blog ini dan itu motif tersangkutnya. Hee…heeeeee.

Tetapi cerita bitcoin Malaysia memang ada pun dekat blog ini. Adakah anda seorang pengguna, pengamal atau pemilik mesin bitcoin?. Tahniah admin ucapkan kepada anda dan Malaysia perlu lebih banyak pengguna bitcoin dan perlu aktif seperti market bitcoin di China. Mereka siap ada exchange lagi ( seperti Bursa Malaysia ).  Pengaruh transaksi harga bitcoin dari China agak kuat sekarang ini sehingga boleh menentukan kadar turun dan naik harga bitcoin sedunia. Bagaimana dengan Malaysia?.

bitcoin malaysia

Emmmmmm, Market Malaysia masih  malu-malu dan masih belum bersedia untuk menerima kemasukan bitcoin secara besar-besaran. Tetapi dah ramai yang guna benda ni sebenarnya di Malaysia. Bitcoin adalah DIGITAL CURRENCY, ELECTRONIC MONEY ( guna teknik encryption yang komplek ). Kena guna cip encryption yang laju dan mantap untuk proses pengesahan setiap transaksi ( cip CPU komputer yang super pun tidak relevan lagi untuk tampung proses ini ). Dulu admin ingat bitcoin ni EMAS MAYA ( time bangang  ), lepas buat kajian mendalam ianya bukan lah emas tetapi hanyalah DIGITAL CURRENCY ( cryptocurrency ) yang boleh di percayai seperti FIAT MONEY ( duit kertas bercetak yang kita guna pada hari ini ). Yang bestnya bitcoin ini adalah, ianya tidak dikawal oleh entiti tertentu dan ianya bersifat global transaksi dengan kos fee yang cukup menjimatkan. Heeee..heeeeeee, dekat sini pun dah boleh  nampak kelebihanya. Solusi terbaik untuk mengatasi masaalah currency exchange rate buat masa ini adalah dengan menggunapakai bitcoin sebagai alat pertukaran antarabangsa dan kita sebenarnya tidak perlu lagi kepada fiat money jika tahap kepengunaan bitcoin ini meluas serata alam. Jadinya, buka account bitcoin sekarang!.

Buat masa ini agak sukar untuk menyekat dan menghalang wabak bitcoin ini merebak kerana ianya bersifat INDEPENDENT, BEBAS dan LUAS KAWASAN JAJAHANYA. Mau tidak mau, terpaksa terima kehadiranya walaupun ada yang akan tersiksa nanti ( sistem mencekik darah tak akan bertahan lama ). Yang paling admin suka, ianya tersangat lah rahsia dan tidak ada sesiapa pun yang akan tahu berapa banyak bitcoin yang kita ada selagi ianya tidak dibocorkan kepada umum.

Admin sambung karangan ini dilain tahun pulak dan yang selebihnya, sila pergi cari sendiri. Bagi yang nak tau cara buka akaun bitcoin yang free itu, boleh whatsapp/telegram admin di talian 011 3222 9401.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

 

Posted on

Cara Iklan Yang Tidak Berkesan

bitcoin malaysia

Assalamualaikum dan salam hormat,

3 bulan admin test untuk iklan cara macam apa ntah teknik pun tak tau ni ( platfom online )……heeeee….heeeeeee. Sangat-sangat laaaaaa sedih kerana tiada sebarang petunjuk positif untuk dapat sale dari  cara tersebut, TETAAAPPPPIIIII kalau nak himpun database matlamatnya, memang okay sangat-sangat kalau guna cara tu.

Macam buang masa sahaja…..

Kenapa tak boleh dapat sale dari cara tersebut?. Nak dapat sale  macam mana…………………. dalam platfom tersebut belaka-belakanya adalah seller….heeeeee…heeeeee termasuk sekali dengan admin. Emmmm services yang bersangkutan dengan cara untuk dapat sale, cari agen, tambah dropshipping dan guna untuk spy teknik marketing yang diamalkan oleh para seller memang sesuai laaaa promote di dalam platfom yang admin tengah cerita ini ( platfom telegram ). Emmmmm…….market internet sudah penuh dengan seller berbanding buyer rasa-rasanya ni.

Move on…..

Tak apa, sale tak dapat tapi dapat database pengguna jarak dekat tanpa halangan dan jamin sampai kalau hantar masej berunsurkan marketing pun jadi lahhhh( nampak tak hadiah yang admin dapat ). Cuma kena pandai cari produk yang sesuai saja untuk diselit masuk dalam hati sanubari mereka. Agak mencabar juga tugasanya tu….

Yang ini penutup kata……

Bitcoin ( cryptocurrency and a payment system )  jangan lupa naaaaa, siapa-siapa yang ada bisnes online patut ada platfom ini. Register free dan transaksi terlindung ( ada berapa juta pun tak ada siapa yang tau ). Sesuai untuk transaksi tanpa batas. Admin pun dah guna bitcoin sebagai platfom pembayaran untuk menggantikan sistem perbankan online dan kredit kad. Fee dia murah dan jimat. Nak belajar bab guna bitcoin, boleh tanya admin ( fee FOC ).

Jika ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila whatsapp / telegram admin di talian 011 3222 9401.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

bitcoin malaysia