Categories
Bitcoin Decentralized Free Education Programs Research & Development

Minggu Ini Layan Kisah Bitcoin Exchange

Assalamualaikum dan salam hormat,

Minggu ini apanya, start dari minggu lepas lagi admin pekesah bab bitcoin Ini sahaja. Habis segala info yang berkaitan dengan bitcoin dan yang ada di dalam senarai google, admin terjah masuk dan keluar dan masuk balik untuk baca  info yang sepadan dan sesuai dengan kehendak admin. Kenapa pulun sangat dengan bitcoin?, macam mana tak pulun, ada seorang trader ni beli pada harga $27 dan lupa tentang perkara tersebut. Bila sedar kembali tentang stok bitcoin yang dia miliki, kini bitcoin tersebut telah berharga $886k. Untuk hari ini punya trading mungkin 5 tahun lagi untuk mendapat hasil sebegitu….jadinya kena beli dan simpan stock bitcoin dari sekarang.

Ini haaa hasilnya

Nak tengok apa yang telah admin dapat dan buat dalam tempoh tersebut?. Ini haaaaaa…yang pertama admin berjaya mengumpul ahli seramai 5 orangggggggggg sahaja, heeeee….heeeeee ( ingat banyak tadi ) untuk trade bitcoin guna platfom local decentralized exchange. Platfom ini kena pasang di dalam komputer masing-masing dan tak perlu register dengan mana-mana company untuk adakan sebarang transaksi ( nak daftar apanya, platfom tu memang untuk kita ). Emmmmm support local payment option seperti CASH, ONLINE BANKING dan ATM. Minimum fund yang diperlukan untuk trade RM500 sahaja. Emmm, operasi berikutnya apa pulak?,

Ini pulak hasil kedua

Yang seterusnya, percubaan untuk membeli bitcoin pertama kali melalui jalan trading secara offline market dan tidak melalui platfom exchange seperti localbitcoin atau luno dan sebagainya ( dah ada yang lebih cepat, buat apa nak layan yang makan fee banyak dan lambat pulak tu ). Cara ini sangat berisiko untuk kena scam ( seller memang tak pernah kenal pun dan kena hati-hati sikit ). Kenal tak kenal belakang cerita, kalau nak kena tipu, kenal lama pun kena tipu juga kan?.  Alhamdulillah, semua urusan berjalan dengan baik dan dalam tempoh 1/2 jam macam tu semua transaksi bitcoin dapat confirmation dari 116 blockchain yang terlibat. Seller tersebut memang  boleh dipercayai, pemilik dan penjual mesin mining juga dan kalau nak beli dengan dia dipersilakan dan kalau nak cari mesin mining pun boleh order dari dia dan bab harga mesin mining perghhhhh bukan dia juai mahai tetapi memang mesin tu mahai sejak dari azali lagi. Setiap transaksi seller ni caj 6% ( kos bid dan segala bagi kot ). Semua bitcoin tadi admin minta seller tadi direct ke PLATFOM LOCAL DECENTALIZED BITCOIN EXCHANGE yang admin telah install masuk dekat komputer dan apa maknanya ni?. Maknaaaanyaaa bitcoin tadi ada di dalam wallet komputer milik admin sendiri dan tidak disimpan di dalam wallet mana-mana syarikat lain seperti coinbase, blockchain dan segala bagai lagi yang bersepah-sepah dekat luar sana tu. Kenapa buat macam tu?, Ooooooo itu untuk kemudahan bila nak guna nanti dan juga untuk keselamatan dari jadi habuan hacker. Biasanya hackers-hackers suka syarikat wallet yang bersaiz besar-besar untuk di hack, sebab di dalamnya ada banyak isi berbanding personal komputer yang ciput isinya, susah dan memang susah pun nak hacking. Jadi tak berbaloi dengan aktiviti mereka.

Projek seterusnya

Join pulak local group whatsapp untuk exchange bitcoin secara kecil-kecilan. Group baru on sahaja  dan jangka hayat dalam 2 atau 3 hari macam tu tetapi dah ada 25++ members ( tahniah, naik cemburu admin tengok. Admin punya group seminggu ada 2 orang saja member yang  sudi untuk join..heeee…heeee ). Dalam group, aktiviti utamanya adalah untuk trade secara kecil-kecilan dan share info berkenaan bitcoin. Masalah yang menghantui geng-geng di dalam group adalah scammer dan scammer…..scammerrr……..heee..heeeee. Admin try juga  buka tawaran untuk beli bitcoin dalam group tersebut untuk saiz kecil ( nak mampus open trade besar-besar dekat platfom open macam tu ). Setelah 5 ke 6 jam menunggu, nampaknya tiada rezeki dekat situ dan lamaran tak ada. Maknanya liquidity belum ada dekat situ dan mungkin disebabkan keadaan platfomnya kot yang mix dengan aktiviti sembang dan trading…itu yang hilang fokus, emmmm jika trading saja group pulak akan sunyi dan jika masuk topik lain-lain, trading pulak tenggelam…..kesian dekat admin group tu nanti dan bukan senang nak jaga group tersebut supaya dapat serasi dengan members-members yang ada di dalam group tersebut. Yang masuk dan left tu biasa laaaa….yang buat perangai satu hal dan kaki marketing pulak satu hal tak paham bahasa.

Segan nak sambung karangan ni dah haaaiihhh, kumputer asyik lup saja…rosak apa ntah….jika ada rasa-rasa macam nak try  bitcoin cara  admin guna ini tetapi tau nak buat, whatsapp/telegram admin ditalian 011 3222 9401 ( untuk tutorial berbayar ). Belum terfikir lagi untuk bagi free sebab benda ni tak lah payah mana pun, cuma perlu rajinkan diri untuk godek-godek dalam internet sahaja. Segan kalu dan nak mudah kerja sila guna cara berbayar, caj dia beda beli bitcoin jadi laaa…..Heeeee….heeeeee.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

P/s: trading platfom ni sesuai sangat-sangat untuk market maker dan fund manager ( sendiri faham lahh nooo ).

 

Categories
Bitcoin Decentralized Free Education Programs Research & Development

Local Bitcoin Decentralized Exchange

Assalamualaikum dan salam hormat,

Benda ini untuk kemudahan pengguna bitcoin di dalam Malaysia. Tak mau terlibat dengan aktiviti bitcoin mining atau ecommerce di peringkat global, boleh saja layan bitcoin exchange menggunapakai platfom decentralized ( disokong sepenuhnya oleh open source project ).

Kelebihan yang ada pada benda ini adalah, ianya menyokong  penuh kemudahan pembayaran/pertukaran bitcoin melalui bank-bank tempatan yang sedia ada. Lawannya BTC/MYR, dengan itu sebagai pengguna bitcoin tegaq di peringkat local dan juga global ianya salah satu dari plugin yang sangat ditunggu-tunggu oleh pemilik bitcoin di Malaysia. Kemudahan yang ada ini sudah tentu akan merancakkan lagi industri bitcoin di dalam negara ini ( alat pertukaran mesti ada liquidity yang tinggi ). Sudah pasti……..dan dengan adanya bitcoin exchange yang sudi support local banking transfer, maka  bertambah-tambah mudah lah urusanya nanti ( waktu proses lebih cepat ). Emmmmm, adakah masih dan perlu untuk terlibat dengan pelbagai jenis pakej pelaburan demi mendapatkan keuntungan dari bitcoin?. Admin rasa….sudah tiba masanya untuk kita semua  yang berminat supaya mengambil langkah lebih maju ke depan iaitu untuk buat sendiri dengan bantuan tambahan dari platfom decentralized.

Apa lagi kelebihan yang ada…

  1. Tidak perlu daftar.
  2. Tidak perlu kepada verified sana-sini.
  3. Privacy terjaga.
  4. Akaun sendiri jaga dan kalau rugi sendiri juga yang buat silap dan bukan orang lain.
  5. Tidak perlu simpan fund dekat mana-mana syarikat investment yang konon-konon sangat userfriendly dan selamat.
  6. Sistem kena pasang dekat komputer masing menggunapakai konsep P2P network.
  7. Boleh trade 24 jam jika market aktif. Buat masa ini heee…….heeeeeee……market masih malu-malu. Penyertaan dikalangan local trader masih kurang dan boleh dikatan hampir tiada…haaaaa…haaaaa, nanti bila dah ramai okay laaa (  baru diperkenalkan katakan ).
  8. Juga support lain-lain cryptocurrency seperti alcoin, eth, dash dan banyak lagi sebagai alat pertukaran.

Info free…………….karangan tak boleh sumbat banyak-banyak, kena simpan hari lain sama dan bagi yang tak tau dan nak belajar cara setting segala bagai sampai boleh guna, boleh saja whatsapp/telegram admin ditalian 011 3222 9401.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

P/s: Antara syrikat pelaburan yang melingkup gara-gara offer pakej pelaburan bitcoin adalah mycoin dan mt.gox. Hang rekomen sana, hang rekomen sini duit aku sapu. Kemudian istihar sistem kena hack….heeee…heeeeee.

 

Categories
Bitcoin Decentralized Free Education Programs Research & Development

Untuk Generasi Bitcoin, Decentralized, Blockchain Dan Mining

Assalamualaikum dan salam hormat,

Lagi bahan bacaan menarik untuk genarasi zaman internet. Bermula dari Bitcoin kemudian blockchain kemudian mining, ada lagi  yang lagi sensasi iaitu decentralized.

Semua benda tadi akan menjadi trend yang hot pada zaman ini dan juga tahun-tahun berikutnya. Sampai bila?,  itu tidak pasti dan sukar untuk diteka sama sekali. Untuk urusan pertukaran atau urusan jual dan beli boleh saja layan bitcoin/cryptocurrency ( Bitcoin centre sudah berada dimana-mana sekarang ini ). Untuk cari dan  mengumpul Bitcoin, boleh  saja join platfom jualan seperti eCommerce sebagai retailer atau vendor  ( banyak lagi ) yang menerima bitcoin atau boleh saja  terlibat dengan aktiviti mining bitcoin farm, pool atau cloud ( bagi yang ada bajet terlebih ) atau boleh juga  terlibat dengan aktiviti trading Bitcoin dekat platfom exchange yang bersepah di dalam internet ( platfom exchange sangat penting untuk menghasilkan liquidity dan volatile kepada Bitcoin ).

Bagaimana caranya admin mengumpul bitcoin…..

Ada banyak cara dan memang tersangat banyak sebenarnya. Buat masa ini admin hanya terlibat dengan 2 perkara ini sahaja, iaitu trading dekat exchange guna platfom decentralized dan layan web eCommerce P2P macam ebay, alibaba, amazon tetapi konsep P2P ( decentralized  agen ). 2 platfom tadi admin pasang dekat komputer admin sendiri dan host sendiri melalui jalan P2P ( konsep sharing network ). Kenapa pulak guna cara ini?. Yang pertama bersangkutan dengan privacy dan yang kedua nak ada feeling decentralized. Emmm admin layan bitcoin kerana fungsinya banyak, antaranya sebagai alat pertukaran peringkat global yang menjimatkan, ada unsur simpan nilai, tahap kecairan tinggi sebab exchange ada dimana-mana, intrument pelaburan, ada privacy dan bersifat decentralized ( asyik-asyik decentralized….decentralized ). Heeee…heeeeeeee ketika posting ini di edit pada 30/10/2018, fungsi Bitcoin agak merosot sedikit dan admin banyak fokus kepada altcoin yang ada ciri-ciri terkini seperti DGB ( sila baca posting berkaitan Digibyte ).

Berminat dengan cara admin?, bolehhhhhh sajaaaaa dan cara admin guna ini dapat menjimatkan banyak kos dan senang dapat profit dan kalau tak tau macam mana nak setup 2 benda tadi, sila whatsapp/telegram saja ke talian 011 3222 9401. Boleh try cara ini dan info mengenainya boleh didapati dengan mudah di internet sekarang ini…admin dah segan nak luangkan masa untuk buat tutorial…..

Sekian terima kasih dan selamat menjadi warga Bitcoin decentralized.

p/s: Zaman decentralized, konsep join dan invite peserta baru untuk keluarkan dan kumpul dana kemudian dapat tiket janji income juta-juta tak boleh guna dah…..semua boleh adjust sendiri belaka dah dan yang penting sekali kena luangkan sedikit masa untuk study cara kerjanya sahaja. Emmm..rekod menunjukkan, skim pelaburan dan skandal bitcoin untuk centralized banyak yang melingkupkan peminat tegar masing-masing…contohnya Mt. Gox, dan Mycoin dan banyak lagi.

 

Categories
Bitcoin Decentralized Free Education Programs Research & Development

Decentralized Sistem Untuk Generasi Internet

Assalamualaikum dan salam hormat,

Dua hari admin explore benda ini dan hampir 7 ke 8 kali juga laptop admin jem krengggg dan tak boleh nak on semula ( ingat rosak dahh.. ), rasanya-rasanya direkteri ( masalah memory atau gpu overheat kot ) untuk OS sesat p mana ntah dan cari jalan balik tak jumpa agaknya……heeee..heeeeee.

Gara – gara taksub dan minat yang sangat mendalam terhadap 2 sistem decentralized ini laaaa sampai jadi macam tu ( don’t try at home ). Satunya sistem marketplace untuk jual dan beli diperingkat antarabangsa seperti alibaba, ebay, amazon ( sistem trading tanpa kawalan macam yang sedia ada ) dan satu lagi sistem exchange untuk urusan jual beli digital currency ( cryptocurrency bitcoin ) selaku alat pertukaran diperingkat international tanpa kawalan. Dua sistem ini jika dapat dimanfaatkan seadanya, admin berani jamin monopoli untuk 2 jenis sistem yang seangkatan denganya akan musnah. Dahsyat kan?, emmmm……. tapi kena tunggu sehingga 2 sistem ini betul-betul stabil terlebih dahulu, baru admin boleh guna dua benda ini secara  secara all out dan buat masa ini banyak lagi bugfix yang perlu dibetulkan oleh komuniti open source ( kena sabag ). Masalah utama adalah tidak mesra pengguna….

Tidak lama lagi, 2 sistem ini akan berkembang biak ke serata alam

Untuk rakyat Malaysia, 2 sistem tadi sememangnya sangat-sangat penting dan rakyat Malaysia perlu kepada 2 sistem tadi untuk masuk ke dunia bisnes yang lebih luas yang ada  di luar sana ( billion transaksi menanti di luar sana dan kenapa masih mengharapkan local market yang kian mengecil ). Dapat access market yang lebih luas dan disokong pulak oleh sistem digital currency yang lebih murah berbanding yang sedia ada.  Emmmmmm….apa lagi nak dikata kan, dan dua sistem tadi adalah hasil dari usahasama  dan kerjasama komuniti projek open source. Setakat penutup tahun 2018, tida sebarang aktiviti yang memberangkan terhadap 2 projek ini dan masih tidak mesra pengguna….hee..hee.

Admin boleh buat karangan sampai setakat ini saja. Emmm maklumat lanjut, jika berminat untuk tahu laaaaaaa…………………… boleh saja contact admin. Kita sama-sama explore 2 sistem ini.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

Decentralized Internet

 

Categories
Bitcoin Free Education Programs Research & Development

Bitcoin Exchange Pilihan Pengguna Di Malaysia Cex Atau Dex?

Assalamualaikum dan salam hormat,

Admin minta maaf, bahan ini diterbitkan dalam konsep R&D dan format open source. Isi kanduanganya agak berterabur dan harap pembaca yang membanya akan dapat faham masej yang hendak disampaikan nanti. Emmm, mana-mana bahagian yang tidak begitu jelas, boleh bertanya kepada pihak admin yang bertugas atau tunggu sehingga artikal ini dikemaskini semula dimasa akan datang.

Kenapa pilih DEX?

Buat masa  ini, admin fokus kepada DEX kerana exchange ini tidak melibatkan centralized platfom. Centralized platfom sebelumnya ok, tetapi kebanyakkanya sudah bertukar polisi yang telah ditetapkan oleh pihak GOV masing-masing supaya dapat beroperasi dan perlu kepada adanya KYC dan AML. Sebahagian daripada pengguna di Malaysia yang anti kepdad KYC/AML, biasanya akan memilih thirdparty platfom seperti localbitcoin atau private group, Remitano dan Pinkex ( local ) yang berkonsepkan P2P dan tidak perlu sangat kepada KYC dan AML untuk menukar crypto ke RM jika diperlukan. Kemudahan pembayaran yang disediakan boleh dikatakan ada yang sangat user friendly dan ada yang tidak. Services fee + network fee dan harga kadang-kadang agak agresif dan sangat mudah terdedah dengan aktiviti scammer.

Kisahnya begini…

Dekat sebulan lebih admin proses dan kaji benda ni dan pada tarikh posting ini dimuatnaik ( laptop jahanam ) ini sahaja keputusanya yang tidak berapa nak tepat dan hanya ini yang sempat dimuat naik untuk bacaaan umum. Kisahnya begini, untuk rakyat Malaysia yang tahu tentang bitcoin, suka bitcoin, minat setengah mati dengan bitcoin atau cryptocurrency yang lainya, boleh try guna cara ini, iaitu taip keywords ini dekat search engine “decentralized exchange” atau DEX untuk urusan pertukaran yang melibatkan crypto ke fiat/RM. Aplikasi ini berkonsepkan open source ( admin layann open source ). Kebanyakkanya menggunapakai konsep P2P dan ianya perlu dipasang pada komputer atau smartphone masing-masing  sebagai aplikasi pelanggan untuk membolehkan ( siapa pernah guna bittorrent, depa tau fungsi benda ni berkerja ) ianya berkerja sebagai perantara dan juga sebagai p2p exchange. Antara platfom DEX yang sering diikuti oleh pihak admin adalah KOMODO, ATOMICWALLET dan BISQ. Ada banyak lagi yang akan muncul dimasa akan datang tetapi 3 yang tadi agak popular buat masa ini. Kelemahan DEX adalah tidak begitu userfriendly dan tahap kecairannya sangat sedikit. Aktif traders mungkin tidak suka akan hal itu tetapi jaminan keselamatan yang disediakan adalah terbaik. Harap-harap komuniti open source dapat mengatasi masalah tersebut sedikit masa lagi. Kenapa minat sangat dengan konsep DEX?, kerana kata-kata ini ” bukan coin milik kita jika kuncinya dipegang oleh orang lain”. DEX ini, motifnya adalah mewujudkan 100% kawalan milik pemunya hak dan orang luar tiada apa-apa kuasa untuk mengawal dan menetukan sesuatu.

bitcoin malaysia

Al-kisahnya…

Tujuan bahan bacaan ini diangkat naik adalah untuk memperingatkan tentang pentingnya mengekalkan matlamat asal terbentuknya bitcoin itu sendiri supaya tidak terus dikuasai oleh orang tengah yang mana tidak begitu memenuhi aspirasi asal Satoshi Nakmoto dan juga memperingatkan tentang bertapa pentingnya menjaga maklumat peribadi setiap individu yang terlibat supaya dapat berada ditahap keselamatan tertinggi yang sepatutnya. Walaubagaimanapun, setiap operasi jual beli bitcoin atau crypto yang melibatkan kaedah P2P masih perlu kepada pekhidmatan ESCROW ( pemegang amanah ) untuk memastikan setiap transaksi selamat dan bebas dari aktiviti penipuan yang sering dilakukan oleh manusia scammer. Buat masa ini teknologi smart contract yang sedia ada belum lagi bersedia untuk tugas-tugas tersebut. Apabila lengkap tugasan di atas, makanya p2p dapat berjalan dengan lancar hatta yang melibatkan perpindahan RM ke cryptocurrency jika ianya diperlukan. Bunyi macam best……..

Sangat penting…

Tanpa exchange yang mantap, menyimpan bitcoin atau cryptocurrency yang lain-lainya tidak akan membawa apa-apa makna yang teristimewa kerana peranannya tidak dapat dihidupkan. Jadinya, exchange sangat penting terutamanya yang melibatkan Ringgit Malaysia kerana pada waktu ini, fiat masih lagi diperlukan untuk transaksi seharian dan RM masih diperlukan.

Sebarang pertanyaan berkaitan, sila masej admin yang bertugas.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

P/s: Mampukah operasi bitcoin / cryptocurrency disekat ?……..memang agak susah kerana ianya sistem decentrelized…..dan disokong kuat oleh populasi penduduk di Dunia sekarang ini.