Posted on

Belajar Trading Bitcoin Dan Altcoin

lubuntu

Assalamualaikum dan salam hormat,

Harga bitcoin semasa karangan ini dimuat naik, sekitar 1 BTC / RM 10k +++( 2 bulan sebelumnya sekitar RM 5k ++ sahaja ). Nampaknya bitcoin sudah menjadi satu instrumen pelaburan yang berstatus mewah sekarang ini. Emmmm, macam mana nak join kalau harga dah jadi semacam itu?.

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit

Boleh sajaaaaaaaaaaaa, syaratnya kena beli dalam kuantiti yang kecil terlebih( bukan dikalangan orang hartawan, yang hartawan mereka tak baca isi blog ini ) dahulu kemudian kumpul laaa sikit-sikit dan ikut konsep sikit-sikit lama-lama jadi bukitttttttttttttttt. Bila ada duit yang berlebihan, topup stok bitcoin secara peringkat-berperingkat sampai laaaahhhhhhhhhhhh jadi bukit dan ulang teknik yang sama secara berulang-ulang kali selagi terdaya sampai cemuih. Emmmmm, pasti boring kan cara yang semacam itu?. Ada lain-lain cara tak yang lebih santai?. Aadddaaaaaaaa! iaitu join saja group pelaburan. Biasanya mereka akan buka pakej harga mampu beli dan untung pulak ada yang lumayan dan ada yang lenyap terus ( tidak disarankan ). Cara pelaburan yang semacam itu jika terlibat sama, semua risiko kena tanggung sendiri dan harap maklum.

Kena DIY pulak dah

Lain-lain cara yang ada adalah, ambil pendekatan secara bijaksana iaitu ( DIY ) untuk belajar trading dekat bitcoin exchange atau sertai group mining pool ( kena ada mesin mining sendiri ). Dua cara yang selamat dan sangat-sangat disarankan untuk kegunaan peserta baru. Secara jujurnya, bitcoin bukan lahhh intrumen pelaburan yang berisiko tinggi malah lebih menguntungkan buat masa ini berbanding lain-lain instrument pelaburan. Perlu tahu cara kerjanya dan kena juga tahu cara untuk memanipulasinya sahaja. Naaahhhhhhh! untuk peserta yang kekurangan bajet dan yang bajet kedekut gila tahap gaban, boleh saja explore di dalam internet dan sedut sendiri ilmu-ilmu berkenaan bitcoin yang berlambak-lambak tu secara free dan selagi termampu. Banyak dan memang tersangat banyak dan setiap info yang ada dalam tu kena tapis terlebih dahulu dan ilmu untuk tapis pulak kena ikut kepakaran masing-masing. Untuk yang ada bajet lebih dan yang terlebih sehingga melimpah ruah sana-sini dan jika ada rasa tamak nak lagi kayaaaaaaaaa , jalan singkatnya boleh saja langgan mana-mana pakej untuk belajar selok belok tentang trading bitcoin dan mining bitcoin berserta dengan altcoin nya sekali.

Ooooo nak promote pakej dia rupanya…

Ini pakej yang disediakan oleh pihak admin. Pakej ini berkonsepkan BELAJAR SAMPAI PANDAI. Kenapa pakej yang serupa ini disediakan oleh pihak admin?. oooooooo kerana pakej ini agak rumit bagi pemula tetapi mudah bagi yang sudah bergelar expertise. Emmm pada pemikiran admin, tidak mungkin sama sekali TEKNIK, TIP, CARA dan sebagainya yang disedut dari pengalaman yang lampau-lampau dapat dihadam secara agresif dalam tempoh 5 atau 8 jam sekali jalan. Proses pemahaman untuk menguasai setiap pakej yang diajar, paling kurang untuk manusia yang cerdik dan cepat tangkap maklumat baru untuk memahaminya adalah sekitar 1 bulan atau 6 bulan +++ untuk penguasaan penuh secara santai ( biasanya yang akan ambil tahu hal ini adalah golongan yang sibuk ). Emmm, untuk menyertai pengembaraan atas nama bitcoin yang menyeronokan ini sekurang-kurangnya komputer dan internet perlu  diadakan terlebih dahulu. Bajet untuk fee bagi pakej ini adalah sekitar RM1800 ke RM500 macam tu sahaja untuk satu kepala ( ooiiii mahalnya ). Heeee…heeeee nak dapat ilmu pun berkira ka?, jika macam tu punya anggapan lebih baik tak payah join dari awal kerana niat tersebut akan membunuh impian yang suci lagi murni untuk jadi kenyataanya nanti ( tak lah melawak saja tu dan harga boleh dibawa berbincang dan lagi satu hal admin dah ada income ). Biasanya caj yang akan dikenakan mengikut kemampuan masing-masing dan admin boleh bagi pelepasan ilmu yang berkaitan bitcoin / altcoin trading dan mining ikut bajet yang telah diperuntukan ( mudah dan sangat mudah ). Bagi yang cekap dan cerah mata hati, cukup hanya dengan install basic tradingnya sahaja dan lain-lain teknik akan auto self reconfiguration. Lagi satu hal yang penting adalah,  caj ini untuk mengurangkan trafik permintaan yang melampau-lampau ( dalam sebulan boleh layan 2 atau 3 langganan sahaja ) dan harap maklum.

Heeeeee…..heeeeee….cabut lariiiiiiiii…..

Yang berminat, boleh whatsapp/telegram pihak admin dan no contact ada dekat bawah.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

P/s: Tukang kritik akan menambah banyak kebaikkan, puji-pujian itu kaki ampu laaaaaaaaaaaaa……..mana satu yang yang kena pilih?….

 

Posted on

Sistem Bitcoin Berkonsepkan Pinjam Dan Invest

Assalamualaikum dan salam hormat,

Tuuuhhh dia konsep apa pulak ni?. Ini laaaaa bendanya yang admin jumpa bila selongkar dalam-dalam tentang bitcoin. Makanya terjumpa laaaaaaa dengan konsep pinjam dan invest dan benda ni sememangnya sangat-sangat menarik untuk diaplikasikan.

Yang ada duit lebih

Konsep ini sangat mudah untuk diaplikasikan iaitu yang ada DUIT LEBIH ( kelompok yang ramai ) boleh buat investment dan YANG TAK CUKUP DUIT boleh buat pinjaman. Cara ini sangat sesuai untuk diaplikasikan dengan menggunapakai konsep asas bitcoin itu sendiri iaitu open source, decentralized dan smart contract.  Emmmmmm, ada lagi huraianya iaitu yang MEMINJAM kena bayar balik dalam bentuk perkongsian keuntungan bukan interest rate naaaaaa ( tak  layan laaaa interest rate tu semua ) dan dengan cara itu yang MELABUR akan mendapat ganjaran masing-masing dan kadang-kadang lambat dapat pun adaaaaaaaaaaaaaa. Emmm yang apply fix rate pun ada ( bukan islam ) dan bayaran balik akan dibuat ikut ketetapan yang dibuat oleh peminjam ( mingguan, bulanan dan tahunan ).

Bantu yang tidak mampu untuk realisasikan hasrat mereka

Konsep semacam ini ada yang letak nama crowdfunding, P2P lending dan macam-macam lagi. Yang jelasnya adalah KELOMPOK RAMAI YANG MAMPU DAN ADA FUND BERLEBIHAN boleh melaburkan dana yang mereka ada untuk membantu kelompok tertentu yang memerlukan ( konsep bantu membantu jika diikutkan pada sumber asalnya ). Geng yang buat benda ini sebenarnya, mereka tidak lagi berminat untuk menggunapakai konsep pinjaman yang disediakan oleh sistem perbankan yang sedia ada, yang mana bagi mereka ianya agak menekan dan keterlaluan. Ada dibentang secara serius di dalam rancangan TED talk. Emmmmmm, sama laa dengan fungsi dan aspirasi asal matawang digital iaitu bitcoin dan elok sangat-sangat laaaa tuuuu. Part ni kena kupas lagi tetapi admin dah naik muak untuk mengarang…heeeee…heeee.

Yang memberi akan dapat juga habuanya

Nahhhhhhh!, apabila terlibat dengan konsep dan sistem serupa ini makanya kita tidak lagi terlibat dengan aktiviti riba kerana telah menggunapakai konsep perkongsian keuntungan ( hadiah untuk yang mambantu dan yang memberi ). Emmmm, ini merupakan salah satu daripada konsep pembasmian kemiskinan tegar yang ada pada zaman ini dan hal ini telah pun menampakan hasilnya.

Adakah ini skim pelaburan?

Ada yang kata ini skim pelaburan yang berisiko tinggi. Emmm, itu pandangan puak-puak jahil lagi kedekut nak mampos dan abaikan mereka dan sistem ini tidak perlu penyertaan manusia seperti mereka. Sistem ini tidak mengumpul dana tetapi hanya dijadikan sebagai tempat pemadanan antara YANG ADA DUIT LEBIH dan yang ada IDEA TETAPI tidak TIDAK CUKUP BAJET. Yang berhajat untuk membangunkan sistem serupa ini, boleh taip keywords dekat search engine “bitcoin lending atau bitcoin crowdfunding “. Tetapi awas, ada sebahagian darinya telah pun disalah guna sebagai platfom pelaburan ala-ala skim cepat dapat untung. Jadinya perlu diteliti dengan lebih dalam sikit tentang hal itu kerana sistem ini seakan-akan sama laaaaaaa. Lagi satu sumber, boleh saja taip ” crowdfunding bitcoin wiki”. Dalam  tu banyak lagi cerita pemula yang berkaitan dan yang telah menggunapakai sistem yang serupa ini.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

P/s: Bitcoin pada mulanya dipandang nagetif, nahhhhhh sekarang apa sudah jadi?….dan admin tidak mengayat manusia bebal tetapi kongsi maklumat berkonsepkan opensource sahaja. Manusia bebal ni belagak saja pandai.

 

Posted on

Kerja Part Time Dari Rumah

Selling bitcoin Malaysia

Assalamualaikum dan salam hormat,

Yang sebenarnya ini adalah pakej untuk BELAJAR, FAHAM, BUAT SENDIRI dan TRADE SAMPAI MUNTAH HIJAU ( bukan program untuk ajak masuk dan melabur di dalam mana-mana pakej pelaburan yang ntah apa-apa ). Pakej ini ada hubungkaitnya dengan fenomena digital currency yang tengah hot sekarang ini iaitu Bitcoin ( BTC ).

Sedikit pengenalan yang serba  ringkas

Buat masa ini, Bitcoin exchange merupakan salah satu daripadanya yang boleh disertai oleh kebanyakan rakyat Malaysia kerana kos untuk menyertainya tidak lah begitu membebankan sangat berbanding untuk terlibat secara serius dengan aktiviti mining bitcoin yang mana ianya memerlukan bajet yang agak besar dan yang pastinya ramai yang tidak akan mampu. Sebagai alternatif untuk merebut segala peluang yang masih ada, salah satu darinya adalah dengan menyertai Bitcoin exchange. Untuk menyertai Bitcoin exchange perlu lah ada sedikit sebanyak ilmu yang berkaitan dengan Bitcoin dan juga operasi exchange.

Solusinya ada disediakan, jika berkenan

Oleh itu, pihak kami di Niaga24jam.com ada menyediakan perkhidmatan tersebut tetapi ianya berbayar. Fee untuk menyertai pakej yang ditawarkan ini, boleh dibayar mengikut kadar kemampuan kewangan masing-masing ( ajar ikut bajet yang diperuntukkan sahaja secara peringkat-berperingkat ) dan cara belajarnya adalah melalui online secara live support melalui pekhidmatan whatsapp/telegram ( pihak kami ada teknik khusus yang digunakan supaya setiap tutorial mudah untuk dihadam ).  Pakej ini berkonsepkan BELAJAR SAMPAI PANDAI dan……………….

Urusan pendaftaran

Jika rasa berminat untuk menyertai pakej untuk BELAJAR, FAHAM, BUAT SENDIRI dan TRADE SAMPAI MUNTAH HIJAU. Boleh daftar dekat bawah atau boleh saja hubungi pihak admin yang bertugas untuk info lanjut seterusnya.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

P/s: jangan tengok hasil trading, nanti berdarah hidung dibuatnya….heeeee….heeeeee.

 

Posted on

Cara Kumpul Bitcoin Di Malaysia

bitcoin malaysia

Assalamualaikum dan salam hormat,

Bab ini penting sangat-sangat, iaitu cara untuk dapatkan bitcoin atau kumpul bitcoin. Ada banyak cara yang sebenarnya dan ianya bergantung kepada keperluan dan ikut kepakaran masing-masing dan karangan dekat bawah ikut pengalaman admin.

Guna cara macam ini pun boleh

Untuk yang ada bajet lebih boleh saja join bitcoin exchange atau bitcoin miner ( farm, pool atau cloud ). Manakala untuk yang cekap bab marketing pulak, boleh saja join ecommerce peringkat global guna platfom decentralized untuk jual services, produk fizikal dan apa saja lahhhh yang boleh dijual atau guna blog buat artikal menarik dan jual untuk dapatkan bitcoin pun bolehhhhhhhh ( admin layan cara ini juga ) dan yang paling senang sikit dan untuk yang tak suka menjual dan ada modal lebihan sikit-sikit tu, boleh try test skill trading dekat bitcoin exchange ( layan platfom decentralized cukup la ). Admin pun layan bitcoin exchange, tetapi layan untuk saiz kecik-kecik saja. Emmm yang terbaru admin tengok beli token ICO pun sesuai juga tetapi untuk kumpul bitcoin ikut jalan ini kena rajin buat analisis projek-projek yang diapungkan ICO nya ( maklumat berikutnya sila explore dalam internet ).

Cerita ni nampak macam mengarut sajaaaaa

Ada banyak cara lain lagi yang sebenarnya, tetapi bitcoin ni dia punya volatility sangat agresif dan turun naik harganya adalah sangat-sangat aktif dan jika cekap bab trading senang-senang saja boleh cekau bitcoin dekat sini. Harga boleh drop sampai boleh sakit jantung pun ada (jangan layan margin trading)…..heeeeee….heeeeee……………………macam tipu saja ( ini untuk geng bitcoin trading dekat  exchange yang selalu guna platfom third party dan layan margin ). Jika berhajat untuk pilih jalan selamat, sila guna konsep yang macam ini dan ianya sangat mudah, iaitu ” BELI TIME HARGA BITCOIN MURAH ATAU DISKAUN DAN HODL “. Bila masa nak dapat harga betul-betul murah?, time ada skandal besar-besaran dan bila harga dah naik, jual SEMUANYA atau SEBAHGIAN untuk dapatkan keuntungan. mampukah bitcoin melingkup?.

Ada lagi rupanya………

Agak sukar kerana ianya sudah mendapat tempat dihati populasi penduduk di dunia dan ianya akan menjadi ancaman kepada gold dan juga duit kertas. Emmmmmmm, paling tergugat adalah duit kertas itu sendiri. Dekat sini admin tak cerita dan tak bawa masuk pun bab nak dapat bitcoin kena join mana-mana pakej pelaburan yang ada tiket janji sekian-sekian dan dapat sekian-sekian bitcoin kan?. Emmmm mana-mana yang join pakej yang semacam tu anda mungkin akan menjadi mangsa seterusnya seperti pelabur dekat Mt. Gox, ETHTRADE dan Mycoin. Sila jauhi projek pelaburan yang sebegini dan 3 syarikat tadi terlibat dengan skandal bitcoin tahun 2014 dan 2017. Ada banyak cara lain lagi yang sebenarnya……….yang baiknya pilih yang lebih mudah dan yang lebih selamat. Untuk newbie perlu luangkan masa lebih sikit untuk study tentang bitcoin dan itu kuncinya untuk terus berjaya.

Lebih kurang macam tu laaa kisahnyaaaaa….

Tak payah panjang-panjang cerita, nak belajar trading guna centralized platfom atau decentrelized platfom?. Sila whatsapp/telegram pihak admin di talian 011 3222 9401. Yang tak bestnya tentang platform decentralized ini adalah ianya tidak begitu aktif dan yang aktifnya adalah platfom centralized seperti Poloniex, Bittrex, Coinbase dan banyak lagi.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya semoga sempat menjadi warga bitcoin decentralized.

P/s: time harga tinggi, beli saiz kecik sudah laaa…heee..heeeee.

 

Posted on

Cara Mengatasi Masalah Persaingan Di Dalam Bidang Perniagaan

Selling bitcoin Malaysia

Assalamualaikum dan salam hormat,

Nak buat macam mana ni?. Jika ilmu dan modalnya pun ciput memang susah laaa untuk bersaing. Nak pulak, yang ada sikap semulajadi iaitu kemalasan tahap apa ntah untuk  menambah ilmu-ilmu baru dan yang berkaitan dengan bisnes. Perghhhhhh.

Sedut ilmu melalui online sahaja

Ahhhh!, itu semua alasan saja. Zaman laaaaaaaaaaaaaaa….. ni, untuk dapatkan ilmu yang berkaitan dengan bisnes dan yang lagi mantop tak gaduh p Univesiti ( untuk yang tidak mampu laaaaaa ). Dekat youtube ada, di dalam blog pun ada, dekat media sosial seperti FB pun ada dan jika ada duit lebih sikit………….. beli laa buku. Emmmmmmmm, 4 cara tu pun sudah cukup power untuk dapatkan  info dan juga tip-tip yang bertaraf dewa. Yang paling syok sekali adalah join group bisnes ( bukan group iklan bisnes ) yang berkonsepkan open source dan R&D. Join group bisnes yang macam ini memang admin syorkan sangat-sangat untuk semua warga usahawan kerana banyak manfaat dan kelebihanya.

Sikap yang perlu diperhalusi keberadaanya

Sikap yang kena ubah, dari belagak sombong kepada merendah diri. Sombong ni laaa yang akan menjadi benteng paling besar dan kuat sekali di dalam memainkan peranan khusus untuk menghalang ilmu baru dari meresap masuk ke dalam minda dan nak pulakkkkkkkkkkk…………… yang dah ada kertas bertanda dan bernama seperti PHD, MASTER atau yang lain-lainya……….lagi laaaa perit dibuatnya. Yang sedihnya adalah nasib kepada geng kertas bertanda dan bernama. Bukan senang ooooooooooo……..untuk melepaskan diri dari hal kertas bertanda ini.

Kesan bila adanya branding

Pernah dengar tentang branding?. Emmmmmmm, ini laaa bendanya yang akan membantu dan membuatkan sesuatu bisnes itu boleh bertahan dengan gahnya walaupun ada persaingan yang sengit dari pesaing-pesaing lain. Ya….jenama yang gah. Jika belum ada benda ini, elok buat dari sekarang. Nak buat benda ini, kena lalui suatu proses yang lama dan panjang dan terpaksa lalu pelbagai halangan dan ketelitian yang khusus. Contohnya, sila lihat jenama-jenama terkenal yang ada di dunia ini dan yang anda tahu untuk dibuat kajian. Cuba selongkar rahsia bisnes mereka? dan sudah berapa lama usia bisnes mereka? ( buat kajian tentang operasi bisnes mereka ).

Sudah tiba masanya untuk berhenti merapu

Secara kesimpulanya, untuk lawan persaingan secara kental kena ada dan buat branding, ilmu, networking dan dana yang mencukupi. Emmm ini laaa yang admin perasan setakat ini untuk peringkat asas. Banyak lagi yang sebenarnya dan yang lain-lain tu mungkin akan terperasan bila sudah sampai masanya kot. Benda ni semua adalah bahan berkonsepkan opensource dan R&D. Seperti biasa, ianya boleh diguna dan perlu adjust beberapa part penting jika ianya dirasakan perlu supaya ngam dengan diri si pengguna nanti dan harap maklum tentang hal ini.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

P/s: Emmm, tak mampu langgar takdir…………itu yang perlu usahawan hadam dan tahu.