Categories
Bitcoin Free Education Programs Open source Research & Development

Cara Mudah Kaut Untung Dekat Bitcoin Exchange

Assalamualaikum dan salam hormat,

Ini adalah sebahagian daripada sesi R&D yang admin telah buat ketika trading secara live dekat bitcoin exchange market ( 6 bulan testing ). Emmm, ini untuk kegunaan trader bitcoin yang ingin bergiat secar aktif dan bercita-cita untuk buat aktiviti ini secara full time dekat cryptocurrency exchange market. Joommmm, kita tengok benda ni…………boleh buat duit ke tidak?…

Ini haaa hasilnya….

Dari R&D tersebut, hasilnya lebih kurang macam ini laaa, admin beli bitcoin dan invest USD 28.10 dalam tempoh tak sampai 12 jam. Admin dapat sekitar USD 1.03 / RM 4.429 macam tu ( ikut rate tukaran semasa ). Cuba bayangkan jika USD 300? ( cubaaaaaaaaaa bayangkannnnnnnn ). Lebih kurang RM 47.25 ( anggaran yang hampir tepat ) macam tu laaaa. Jika dapat masuk market 20 kali trading di dalam sebulan, anggaran kasar yang mungkin akan dapat adalah sekitar RM 945 macam tu laaaaaaa…. Modal permulaan yang perlu dikeluarkan dalam nilai Ringgit Malaysia lebih kurang RM 1200 macam tu saja. Setelah ditolak bil elektrik sebulan RM25 + bil internet 2 mb unlimited, RM140, makanya tinggal laa bakinya RM 780……Eeeeemmmmmmm hasil ini hanya akan tercipta, jika trader tersebut berani untuk ambik risk ( risiko yang sangat rendah ) untuk open trade paling kurang 20 kali +++ dalam sebulan dengan kadar keuntungan yang hampir sama bagi setiap transaksi. Jika trader otak smart, akan dapat lebih dari anggaran ini…

Kesimpulanya…

Konsep yang diamalkan adalah beli ketika harga diskaun ( simpan buat seketika ) dan jual ketika harga tinggi. Emmm bergantung kepada keberanian, rasa was-was dan market volatility…..Emmmm untuk R&D pada kali ini, admin layan Poloniex exchange sahaja + simple formula untuk open position.

Ada masa admin sambung lagi karangan merapu yang tahap serius ini……emmmm konsep penyampaianyaaaaa, sajjaaaaaaa dibuat-buat bagi nampak payah supaya karangan ini jadi panjang…….heeee…heeeeee.

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.

Categories
Free Education Programs Open source Research & Development

Group Telegram Untuk Sedut Ilmu Bisnes Dan Pengiklanan

Assalamualaikum dan salam hormat,

Emmm, group telegram ini admin buat sejak 8 bulan yang lalu dan sehingga tarikh posting ini dimuat naik dah ada 560 orang peserta ( ada yang left dan ada yang masuk ). Okay laaa tuuu kaaaannnn…tapi sayang, kapasiti group boleh support 30 ribu orang dan masih banyak kekosongan lagi yang boleh diisi…………….jadinya admin nak ajak lebih ramai lagi terutama orang sebelah Kedah dan Perlis untuk join group tersebut. Sokongan padu itu penting…..sebelum join kena install aplikasi telegram dulu.

Intipati kewujudan group…

Fungsi group adalah untuk tujuan pembelajaran sepanjang hayat + pengiklanan. Sesiapa kaki iklan dia boleh saja iklan seberapa banyak yang dia suka ( spammer akan dipantau aktivitinya ) dan untuk kaki sedut ilmu pulak dia boleh sedut dan kongsi seberapa banyak ilmu yang dia perlukan dan yang dia suka juga. Semua info yang disediakan di dalam group tersebut bersifat open source dan R&D. Untuk members baru, jangan pulak rasa jemu dengan iklan-iklan tu semua dan itu lumrah kehidupan selaku peserta kepada komuniti bebas. Jika berkenan boleh saja deal dengan seller tersebut dan jika tidak berkenan, buat tak tahu sahaja dan dalam bab pengiklanan memang begituĀ  sifatnya. Tetapi fokus utama group adalah untuk tujuan pembelajaran sepanjang hayat terutamanya yang berkaitan marketing, skill, peluang-peluang perniagaan baru, investment, tool pemasaran, networking, financial dan banyak lagi.

Yang tidak dibenarkan…

Emmm..topik berkaitan politik dan yang boleh mencetuskan haru hara memang tidak dibenarkan untuk dimuat naik di dalam group tersebut dan yang berkaitan dengan money game terutamnya, HYIP dan berbagai-bagai lagi, semua itu sentiasa dipantau secara ketat. Mana-mana yang tidak sesuai akan dipadam dan yang terlampau akan di BAN terus dan harap maklum tentang hal tersebut.

Untuk sertai komuniti seperti ini, sila rujuk: https://t.me/niaga24jam

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.