Posted on

Platfom Tumpang Untuk Kerja-Kerja Marketing

Assalamualaikum dan salam hormat,

Benda yang sangat berguna ini admin buka tawaranya untuk kegunaan usahawan internet dan juga usahawan offline yang aktif di Malaysia sahaja. Ini platfom tumpang yang berfungsi untuk iklan dan grab buyer berpotensi dari search engine.

Kena cuba cara ini…

Ada option yang diberi secara percuma dan ada yang dikenakan sedikit fee dan yang tidak membebankan ( server kena sewa, jika semua free elok buat sendiri ). Platfom ini telah dibuat dengan teliti supaya ianya mesra SEO ( search engine optimization ). Biasanya iklan yang bernasib baik akan tersenarai secara hendsome dekat ranking muka pertama atau kedua di beberapa search engine terpilih. Proses untuk memuat naik iklan hanya sekali sahaja dan lain-lain urusan marketing akan dikendalikan oleh mesin selama mana mesin tersebut masih aktif. Biasanya mesin yang digunakan aktif 24/7 selama 360 hari kecuali server down ( kira sendiri kelebihanya ).

Posting sekali saja…

Ini merupakan salah satu dari caranya untuk membuat marketing tanpa perlu bersusah payah untuk posting sana…posting sini….masuk group sana buat spamming dekat group tu..send email sana, send whatsapp ke group itu dan ini……cara tu penat….cuba cara santai ini sama…

Untuk mencuba, sila masej kepada pihak admin yang bertugas dan untuk produk terpilih sahaja admin akan bantu untuk buat marketing ikut cara ini dan harap maklum.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

Posted on

Cryptocurrency Untuk Kegunaan Micropayment Selain BTC

Assalamualaikum dan salam hormat,

Ada banyak……….. tetapi di dalam banyak-banyak cryptocurrency, admin sarankan supaya cuba guna Digibyte ( DGB ). Kenapa admin sarankan DGB?.

Disokong oleh…

Kerana tx fee yang murah ( ada tetapi hampir kepada tiada ), proses transfers nya sekitar 7 saat  sehingga 15 saat dan disokong oleh banyak third party wallet ternama antaranya Coinomi, serasi dengan OSX/iOS , Android, desktop, di sokong juga oleh hardware wallet seperti Ledger, Trezor, Exodus dan juga multiwallet yang disediakan oleh DEX exchange iaitu Cryptobridge. Sesuai untuk transaksi diperingkat global seperti juga BTC dan lain-lain digital currency yang ternama. Emmmmm…memang sesuai sangat-sangat untuk aktiviti bisnes.

Sesuai untuk platfom online shopping…

Untuk kegunaan sistem kedai online, platfom yang admin dah test run dan bila digandingkan dengan Digibyte dan berfungsi dengan baik tanpa hadap masalah berat adalah WordPress + Cryptobridge. Sesuai untuk aktiviti perniagaan yang melibatkan online dan juga offline. Uasahwan masa depan patut explore cara ini.

Ini alternatif…

BTC tx fee mahal…..hee…heeee…..DGB kan ada….

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.

 

Posted on

Iklan Organik Untuk Grab Buyer Dari Search Engine Sahaja

Assalamualaikum dan salam hormat,

Admin dah siapkan satu testing platfom yang handsome. Tugas utamanya adalah untuk grab buyer yang datang dari search engine terpilih. Konsep ini di panggil SEO marketing dan iklan yang tersenarai semuanya secara organik.

Kena register dulu…

Untuk test platfom tersebut sila rujuk disini Iklan SEO viral tetapi kena register terlebih dahulu ( untuk halang geng buta perut spam iklan merapu ).

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.

Hasilnya lebih kurang macam ini…..

Posted on

Teknik Marketing Yang Mana Satu Sangat Berkesan

Assalamualaikum dan salam hormat,

Saja kongsi data yang admin jumpa sebelum tarikh posting ini dimuat naik.

Untuk internet marketing…

Info ini penting dan terkait rapat dengan stratergi marketing. Harap masej ini nanti dapat membantu internet marketing di Malaysia amnya untuk buat pilihan yang lebih kena pada tempatnya dan yang mana satu patut dibuat terlebih dahulu dan tidak payah lagi bersusah payah buat plan marketing yang jauh dari kehendak pasaran.

Memang terbukti berkesan..

Di bawah tu datanya yang perlu diberi perhatian dan admin sudah lama menggunapakai cara ini untuk bisnes offline dan online dan alhamdulillah hasilnya sangat-sangat membanggakan dan kawan-kawan internet marketing sekalian patut ambil serius cara ini……..biar data berbicara.

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.

 

 

Posted on

Cryptobridge Ini Apa Benda?

Assalamualaikum dan salam hormat,

Oooooooooooooo itu DEX ( cryptocurrency decentralized exchange ). Tidak perlu melalaui proses KYC atau AML, unlimited withdraw dan segala fund yang ada di dalam wallet dikawal sendiri oleh pemilik akaun. Kebarangkalian untuk hilang fund seperti yang selalu terjadi yang disebabkan oleh kelemahan, aktiviti penipuan pihak exchange yang tidak bertanggungjawab boleh dikatakan hampir tiada. Salah satu ciri-ciri keselamatan yang admin sentiasa ambil berat apabila ingin memilih wallet atau platfom exchange dan ciri-ciri tersebut ada di Cryptobridge.

Cryptobride memang best..

Cryptobridge sokong bermacam-macam jenis cryptocurrency tetapi admin hanya layan cryptocurrency yang ada potensi untuk jangka masa panjang sahaja. Setakat ini BTC, LTC, DASH, DIGIBYTE, DOGE, BCH, BCO dan VTC memang telah tersedia sejak dari awal lagi. Emmm, jika ingin mencari multi wallet yang paling sesuai, rasanya Cryptobridge ni memang sesuai sangat-sangat laaaaaa…..Admin layan cryptobridge sebab dia support digibyte dan digibyte ni pulak admin guna dia sebagai alat pertukaran untuk online store. Bestnya tentang Digibyte ini adalah, proses transfer nya laju ( 7 saat ), fee murah dan ciri-ciri keselamatan standard BTC dan LTC tetapi tidak berapa glamour. Emmmmmmmm, liquidity dekat Cryptobridge buat masa ini tidak begitu kuat sangat, mungkin kerana platfomnya masih baru dan ke depan nanti akan okay platfom ini……..Insyaallah.

Nak tau dengan lebih lanjut, sila ke Cryptobridge.

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.