Categories
Marketing Open source Research & Development SEO

Marketing Cara Mudah Guna Search Engine

Assalamualaikum dan salam hormat,

Admin dah siapkan 1 lagi platfom untuk kegunaan online marketing. Ini salah satu projek open source + R&D yang admin buat bila ada waktu terluang ( kekurangan adalah perkara biasa, nanti ada masa admin naik taraf ).

Ini cara kerjanya..

Cara kerjanya sangat mudah iaitu display iklan dekat blog yang mesra SEO + content markerting + platfom online shopping yang running 24 jam kecuali server down. Buyer biasanya akan datang daripada search engine yang terpilih seperti Google, Duckduckgo, Presearch dan lain-lain search engine yang terlibat. Dengan adanya sistem marketing yang serupa ini, usahawan hanya perlu buat kerja sekali sahaja dan yang selebihnya sehingga proses duit masuk ke akaun bank akan diselesaikan oleh sistem yang telah disiapkan tadi. Smartphone kena on setiap masa kerana ada sebahagian buyer di Malaysia amnya, masih lagi menggunakan cara manual untuk membuat sebarang tempahan melalui online ( perlu alert sikit bab ini ).

Berkesankah cara ini?..

Cara ini boleh digunakan oleh usahawan online dan offline untuk bersaing secara sihat dan bijaksana tanpa perlu membuat aktiviti pemasaran yang agresif setiap masa dan mengeluarkan modal yang besar. Berkesankah cara ini?. Insyaallah, berkesan tetapi tidak semudah lakaran di atas kertas putih yang berdasarkan kepada plan syok sendiri. Untuk membolehkan buyer sampai ke blog dan platfom ini melalui search engine ianya perlu melalui beberapa proses rumit tertentu dan bab ini hanya engineer SEO sahaja yang memahaminya.

Berminat untuk mencuba cara ini, sila telegram/whatsapp admin ditalian 01132229401 dan cara kerjanya boleh test run dekat blog ini.

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.

 

Categories
Marketing Open Source Research & Development SEO Web & Blog Activity

Iklan SEO Viral Percuma

Assalamualaikum dan salam hormat,

Ruangan iklan yang diadakan secara percuma ini menggunapakai konsep blog mesra SEO + viral + group telegram + media sosial terpilih. Digabungkan kesemuanya sekali untuk kerja-kerja yang melibatkan online marketing tahap serius.

Konsep iklan viral SEO..

Diadakan untuk kegunaan usahawan yang sukakan iklan viral ikut jalan search engine. Format ini dibuat berdasarkan kajian dan pengalaman lalu yang serba ringkas untuk tempoh beberapa tahun terhadap permintaan dan keperluan yang serius terhadap kerja-kerja yang melibatkan online marketing. Hasilnya lahir lah platfom iklan SEO viral ini yang mana dibuat secara khusus untuk membantu usahawan kecil di Malaysia untuk kembangkan potensi produk dan perkhidmatan masing-masing ( harap jangan kutuk secara berlebihan kerana ini projek open source ).

Sangat ringkas prosesnya..

Prosesnya sangat mudah, iaitu perlu melalui beberapa siri pendaftaran yang sangat ringkas sebelum kelulusan penuh diberikan untuk menggunapakai platfom tersebut bagi tujuan pemasaran. Kepada yang  berminat untuk mencuba perkhidmatan ini, sila rujuk disini iklan SEO viral. Telah dialihkan ke lokasi baru ( Marketplace usahawan Malaysia ). Lokasi lama terlalu sesak dan mengganggu aliran trafik sedia ada.

Kami sudah siapkan platfomnya dan usahawan hanya perlu menggunakanya sahaja…dengarnya seperti menarik.

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.