Categories
Bitcoin Free Education Programs Research & Development

Bitcoin Exchange Pilihan Pengguna Di Malaysia Cex Atau Dex?

Khusus untuk peminat dan bakal pengguna yang terpaksa layan bitcoin sebagai alat transaksi masa kini……..mau tidak mau anda terpaksa terima gelombang bitcoin…heeeee….heeeeee….

Assalamualaikum dan salam hormat,

Admin minta maaf, bahan ini diterbitkan dalam konsep R&D dan format open source. Isi kanduanganya agak berterabur dan harap pembaca yang membanya akan dapat faham masej yang hendak disampaikan nanti. Emmm, mana-mana bahagian yang tidak begitu jelas, boleh bertanya kepada pihak admin yang bertugas atau tunggu sehingga artikal ini dikemaskini semula dimasa akan datang.

Kenapa pilih DEX?

Buat masa  ini, admin fokus kepada DEX kerana exchange ini tidak melibatkan centralized platfom. Centralized platfom sebelumnya ok, tetapi kebanyakkanya sudah bertukar polisi yang telah ditetapkan oleh pihak GOV masing-masing supaya dapat beroperasi dan perlu kepada adanya KYC dan AML. Sebahagian daripada pengguna di Malaysia yang anti kepdad KYC/AML, biasanya akan memilih thirdparty platfom seperti localbitcoin atau private group, Remitano dan Pinkex ( local ) yang berkonsepkan P2P dan tidak perlu sangat kepada KYC dan AML untuk menukar crypto ke RM jika diperlukan. Kemudahan pembayaran yang disediakan boleh dikatakan ada yang sangat user friendly dan ada yang tidak. Services fee + network fee dan harga kadang-kadang agak agresif dan sangat mudah terdedah dengan aktiviti scammer.

Kisahnya begini…

Dekat sebulan lebih admin proses dan kaji benda ni dan pada tarikh posting ini dimuatnaik ( laptop jahanam ) ini sahaja keputusanya yang tidak berapa nak tepat dan hanya ini yang sempat dimuat naik untuk bacaaan umum. Kisahnya begini, untuk rakyat Malaysia yang tahu tentang bitcoin, suka bitcoin, minat setengah mati dengan bitcoin atau cryptocurrency yang lainya, boleh try guna cara ini, iaitu taip keywords ini dekat search engine “decentralized exchange” atau DEX untuk urusan pertukaran yang melibatkan crypto ke fiat/RM. Aplikasi ini berkonsepkan open source ( admin layann open source ). Kebanyakkanya menggunapakai konsep P2P dan ianya perlu dipasang pada komputer atau smartphone masing-masing  sebagai aplikasi pelanggan untuk membolehkan ( siapa pernah guna bittorrent, depa tau fungsi benda ni berkerja ) ianya berkerja sebagai perantara dan juga sebagai p2p exchange. Antara platfom DEX yang sering diikuti oleh pihak admin adalah KOMODO, ATOMICWALLET dan BISQ. Ada banyak lagi yang akan muncul dimasa akan datang tetapi 3 yang tadi agak popular buat masa ini. Kelemahan DEX adalah tidak begitu userfriendly dan tahap kecairannya sangat sedikit. Aktif traders mungkin tidak suka akan hal itu tetapi jaminan keselamatan yang disediakan adalah terbaik. Harap-harap komuniti open source dapat mengatasi masalah tersebut sedikit masa lagi. Kenapa minat sangat dengan konsep DEX?, kerana kata-kata ini ” bukan coin milik kita jika kuncinya dipegang oleh orang lain”. DEX ini, motifnya adalah mewujudkan 100% kawalan milik pemunya hak dan orang luar tiada apa-apa kuasa untuk mengawal dan menetukan sesuatu.

bitcoin malaysia

Al-kisahnya…

Tujuan bahan bacaan ini diangkat naik adalah untuk memperingatkan tentang pentingnya mengekalkan matlamat asal terbentuknya bitcoin itu sendiri supaya tidak terus dikuasai oleh orang tengah yang mana tidak begitu memenuhi aspirasi asal Satoshi Nakmoto dan juga memperingatkan tentang bertapa pentingnya menjaga maklumat peribadi setiap individu yang terlibat supaya dapat berada ditahap keselamatan tertinggi yang sepatutnya. Walaubagaimanapun, setiap operasi jual beli bitcoin atau crypto yang melibatkan kaedah P2P masih perlu kepada pekhidmatan ESCROW ( pemegang amanah ) untuk memastikan setiap transaksi selamat dan bebas dari aktiviti penipuan yang sering dilakukan oleh manusia scammer. Buat masa ini teknologi smart contract yang sedia ada belum lagi bersedia untuk tugas-tugas tersebut. Apabila lengkap tugasan di atas, makanya p2p dapat berjalan dengan lancar hatta yang melibatkan perpindahan RM ke cryptocurrency jika ianya diperlukan. Bunyi macam best……..

Sangat penting…

Tanpa exchange yang mantap, menyimpan bitcoin atau cryptocurrency yang lain-lainya tidak akan membawa apa-apa makna yang teristimewa kerana peranannya tidak dapat dihidupkan. Jadinya, exchange sangat penting terutamanya yang melibatkan Ringgit Malaysia kerana pada waktu ini, fiat masih lagi diperlukan untuk transaksi seharian dan RM masih diperlukan.

Sebarang pertanyaan berkaitan, sila masej admin yang bertugas.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

P/s: Mampukah operasi bitcoin / cryptocurrency disekat ?……..memang agak susah kerana ianya sistem decentrelized…..dan disokong kuat oleh populasi penduduk di Dunia sekarang ini.

 

 

Be the first to write a review

One reply on “Bitcoin Exchange Pilihan Pengguna Di Malaysia Cex Atau Dex?”

Sehingga komen ini dimuat naik, DEX exchange yang admin sarankan dalam posting diatas masih lagi lemah tahap kecairanya……jadinya jangan buang masa dan kena cuba alternatif lain yang lebih baik…..hee..heee…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *