Categories
Research & Development

Dapat pengalaman baru selepas aktif kembali jadi penjual di Shopee

Kami jual rebusan akar kayu…ada sesiapa yang nak beli?..hee..heee

Bismillah,

Last aktif 2019 dan aktif kembali bulan 4/2022 sebagai penjual di pelantar Shopee. Wowwww! banyak betul perubahan yang Shopee sudah buat.

Tiga hari selepas produk aktif, admin sudah dapat tempahan buat pertama kali dari Shopee..makanya, faham admin sekarang adalah… Shopee masih lagi ada sengat berbanding MarketPlace dekat pelantar Facebook yang sangat hambar sambutanya…Kisah pun bermula..

Admin ingatkan proses terima tempahan masih lagi sama…rupa-rupanya tidak lagi. Selaku peniaga, pengalaman pertama yang admin rasa telah hilang dan kurang mesra buat penjual baru dan ngam dengan citarasa penjual Malaysia adalah ( citarasa admin laa, peniaga lain punya citarasa itu bukan masalah admin )….

  1. Untuk aktif iklan produk baru dekat Shopee…admin sangat suka kerana sangat mesra pengguna dan mudah sungguhhh.
  2. Kecuali bab untuk buat penghantaran admin tak berkenan langsung…kena tunggu pihak Shopee pulak tentukan syarikat perkhidmatan penghantaran yang mana satu perlu digunakan oleh pihak penjual…Ini ikut apa yang admin alami sebelum posting ini dimuat naik. Shopee ni biar betik…macam laaa Shopee tahu benar jarak penjual, kos jimat dan lokasi syarikat penghantaran…haaaa..haaa..admin jual harga mahal..tak ada hal..
  3. Masalah admin adalah, HQ yang minta buat iklan dekat Shopee tempatnya jauh berpuluh Kilometer. Macam mana admin nak hantar AIRWAY Bill…admin pulak mesin cetak dah lama jahanam…dan produk bukan ada dekat admin punnnn….Heee..heeee. Nak jadi cerita pulak, HQ yang nak pos order yang admin telah terima…..tak dapat nak cetak Airway Bill yang sudah diatur oleh Shopee kerana akaun penjual adalah milik team admin…mana boleh share akaun kan?..heeeee..heeeee..akai banyak jangan risau…
  4. Guna cara berikutnya…supaya barang dapat sampai cepat kepada pembeli..admin hantar laaa alamat ke HQ untuk pos secara manual. HQ pun pos laaa secara manual dan macam biasa laaa…tracking nombor dihantar kepada pihak admin dalam tempoh 3 jam selepas tempahan diterima…. laju tak team admin buat kerja?…mau tau laaaa…masejnya untuk senang difikir adalah…pembeli akan sepantas kilat dapat terima barang tersebut …..nantinya pembeli pun suka dan reputasi akaun admin pun terjaga dapat rating bagusss…itu misi team admin…ada lagiiiiii…
  5. Nak kemas kini no tracking secara manual pulak tidak disediakan oleh pihak Shopee…nah! haiiiii…Admin merapu dalam hati laaaa…sambil akai ligat dok cari jalan…..maka faham admin, Shopee ni makin maju makin tidak mesra penjual sudah rupanya…akai terus berfikir…benda kecil dan penting macam ni pun dia boleh buang dari sistem….apa kesss!..
  6. Buka chat pembeli dan hantar masej nombor tracking secara kuno dan manual laaa jawabnya…..Harapnya barang sampai cepat dan pembeli berlaku jujur untuk tekan butang ” barang sudah diterima “..
  7. Shopee terlalu berteknologi IR4.0…heeee..heeeee. Admin tidak terkejar dengan sistem yang diadakan…fahamnya adalah maju sehingga tidak mesra penjual seperti admin….haaaa..haaa….tengah fikir untuk cari platfom lain….

Harap masej dari admin ini, selaku peniaga yang ingin aktif kembali di Shopee dapat sampai ke pengetahuan pihak pengurusan Shopee….masa admin tidak aktif, hantar email suruh jadi penjual dekat Shopee bukan main galak lagi…..haaaa…haaaa…nak tau apa yang admin jual dekat Shopee ( lihat di bawah ) dan teknik apa admin guna selepas 3 hari iklan diaktifkan, tempahan pertama pun mula masukkk?…tanya admin…malas sudah nak taip panjang-panjang berjela….

Sekian terima kasih dan selamat majujaya..


Be the first to write a review

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *