Bismillah,
Naahhhh! haaiiihh. Itu lah sebahagian dari risiko trading dekat pasaran matawang digital.
Itu adalah modal pokok bagi projek urusniaga bermodalkan $100 untuk pasaran aset blockchain teknologi. Tetapi, sebelum rugi… admin sudah berjaya kaut untung hampir $60 dengan bermodalkan $100 tersebut. Punca kerugiannya dikeranakan terlibat dengan urusniaga spot jarak singkat aset blockchain teknologi bernama SOL(Solana). Sebelum SOL, dikejutkan dengan skandal FTX… pergerakkan volatility nya sangat cantik iaitu sekitar $1 untuk 1 unit SOL perhari.
Formula asalnya adalah untuk dapatkan keuntungan $10+ dengan kekuatan 3 unit SOL yang dibeli pada harga $30 seunit sebelum skandal muncul… Tetapi formula ini tidak berjaya menamatkan operasi dengan jayanya.. Heee… heee.
Kesilapanya adalah, tidak sempat letak sell stop limit loss yang biasa dilakukan sebelum ini… Selepas SOL gagal dalam operasinya, aset TERSEBUT cuba disimpan untuk tempoh 2 minggu tetapi berita tentang SOL semakin hari semakin membimbangkan.. maka terpaksa lah jual kesemuanya untuk fokus pada aset yang lain pulak. Kemana pulak baki $33 tersebut diurusniagakan?…
Baki modal pokok yang masih tersisa sekarang ini, sedang digunakan untuk aset AXS. Aset yang berteraskan P2E, METAVERSE + Gaming + NFT.
Sekian terima kasih dan selamat majujaya.