Categories
Dropshipping Research & Development

Cara Kami Jual Barang Dropshipping

Hidup atas Dunia ni, nak jadi susah tu mudah. Dia mai tanpa dijemput saudara saudari…

Bismillah,

Buat bisnes dropship memang jimat kos. Tahun 2023 memang sesuai sangat-sangat untuk buat bisnes dropship. Bagi mereka yang belum dapat kerja tetap tuu, boleh laaa try buat bisnes dropship… Tak tau cara nak jual barang dropship macam mana.. boleh tiru cara kami guna dekat bawah…

Jadinya, macam mana cara kami jual barang dropship?… macam ni caranya…………..

  1. Kami sediakan tapak untuk buat iklan barang dropship. Kami guna blog pemasaran SEO, group Telegram + bot iklan automatik, channel FB yang boleh link dengan blog. Ini setup untuk tapak iklan… lepas tu..
  2. Kami cari barang dropship yang bayar komisen tinggi. 2023, team kami lihat, ramai sudah pemilik produk buka komisen untuk jadi agen dropship melebihi RM20+. Jadi barang dropship yang serupa ini laa kami pilih. Dropship yang kenakan yuran penyertaan kami tak berapa nak layan sangat.
  3. Untuk iklan kami guna konsep sistem kedai online yang telah siap dipasang bersama-sama blog pemasaran SEO.
  4. Jika produk dropship komisen tinggi biasanya kami akan guna kemudahan sebagai penjual yang telah tersedia dekat Shopee dan Tiktok. Jika 2 platfom ini mereka main caj harga perkhidmatan tinggi sampai tak boleh untung.. kami letak tanda cuti sepanjang tahun dekat platfom mereka.
  5. Bila semua dah siap…kami buat iklan seperti contoh yang ada dekat bawah..
  6. Kami buat video 15 saat, kami tempek video tu semua dekat Twitter, Group + Channel Telegram, Reels dekat FB dan Instagram, Tiktok dan Youtube shorts…
  7. Tak cukup yang tu, kami buat lagi cerita nilai tambah sebagai magnet untuk tarik trafik ke tapak jualan.. ini untuk tarik trafik organik. Cara ni free dan automatik juga.
  8. Lepas tu kami ulang langkah no 2 sampai no 7, sampai laaa terbit rasa cemuih. Cemuih atau bosan tu keluar sebabnya, gagal dapat hasil dan bukan semua barang dropship akan berjaya dijual seperti yang diharapkan…Ooleh kerana itu stratergi iklan kami, banyak menggunakan bot iklan automatik untuk ganti iklan manual supaya tugas dan kerja iklan dibuat oleh bot. Jika on secara manual.. tak sampai 3 bulan rasanya pasti kebosanan yakkkk amattt, jika produk tidak terjual. 2023, semua cabaran macam itu….. boleh saja berlaku kerana pasaran itu sendiri di kala ini adalah sangat lemah kuasa membelinya.. pembeli tidak berduit lebih. Jadi dropship,  kena tau cerita tu baru boleh bersabar dengan aman dan damai.
  9. Memandangkan guna sistem kedai online, maka kami akan buat dan tambah sebanyak yang boleh produk dropship dan bagi yang kurang berpotensi pulak, kami akan tamatkan perkhidmatannya setelah 1 tahun percubaan.

Lebih kurang macam itulah caranya… contoh sistem tempahan boleh tengok di bawah… komisen untuk jus tersebut, seunit RM20.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

 

Be the first to write a review

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *