Bismillah,
Jika ada kepakaran dan tau cara, disarankan untuk buat sendiri.
Alternatif USB Bootable Sandisk yang admin sediakan ini hanya untuk mereka-mereka yang tidak tahu cara dan sering gagal berulang kali dalam proses pemasangan OS versi linux ke mesin sedia ada… terutamanya mesin lama.
Admin, buat benda ini disebabkan sebelum ini pihak admin ada mengalami masalah dengan OS sedia ada pada mesin lama yang mana sistem sedia ada telah memboikot untuk tidak mahu bekerja seperti biasa. Serabut bai takut data penting yang belum sempat di backup itu hilang macam tu sahaja…
Hampir hilang pedoman apabila berbelas kali percubaan untuk membuat pemasangan OS penyelamat melalui alat usb bootable yang dibuat sering saja menemui jalan kegagalan. Setelah diselidiki, ada banyak hal dan masalah yang berlaku sehingga proses pemasangan yang sepatutnya jadi mudah tetapi telah bertukar menjadi sangat payah. Sedangkan, admin sudah menggunakan teknik yang sama sejak 2006 lagi… boleh konpius dibuanya.
Antara alat pembuat USB bootable yang admin guna untuk menghasilkan USB bootable adalah…
- Unetbootin
- Rufus
- DD command line dekat terminal
- Write Disk
Semua yang di atas, gagal untuk bekerja seperti yang diharapkan. Percubaan terakhir, admin guna OS mint dari versi Linux 21.2. Di dalamnya ada alat yang jarang admin guna sebelum ini tetapi hasilnya sangat membanggakan dan OS linux yang hendak dimuat turun hendaklah menggunakan kaedah torent. Untuk OS linux yang dimuat turun secara terus dari server pulak, ianya tidak sesuai untuk dibuat USB bootable dan tidak sama seperti versi sebelumnya.. Puncanya tidak diketahui. Tulis ke USB, boleh…. tetapi untuk menggunakannya untuk tujuan pemasangan tidak boleh dan sering keluar error yang sangat teruk dan berlapis-lapis.
Kepada yang sering mengalami masalah yang sama, solusi ikut cara dan pengalaman admin yang sebelum ini, pihak admin telah siapkan versi khas yang mana ianya pasti boleh digunakan sehingga OS versi Linux berjaya dipasang ke mesin yang disediakan tanpa sebarang gangguan error yang berlapis-lapis.
Kenapa pilih OS versi Linux?..
- Kerana ianya PERCUMA dan tidak perlu kepada lesen dan sudah tentu akan dapat menjimatkan duit poket.
- Sangat stabil – OS versi Linux ini telah melalui satu proses pembuatan yang panjang yang mana kini ianya telah mencapai tahap kematangan yang sangat tinggi sehingga mampu menandingi keupayaan pesaing-pesaingnya dari keluarga Windows dan Apple.
- Tidak perlu kepada perlindungan anti virus.
- Sangat mesra pengguna
- Sesuai untuk dipasang pada mesin versi lama dan juga versi yang terkini.
- Dan banyak lagi…