Assalamualaikum dan salam hormat,
Jika berhajat untuk belajar bab marketing melalui online, terutamanya berkenaan Instagram, FB, Blog dan email marketing sila rujuk cerita di bawah.
Jika rajin, boleh laaaa singgah di blog Fahdighazali.com. Admin tak ada kena mengena dengan blogger ini dan tidak pernah mengenalinya. Memandangkan isi kandungan di dalam blognya sangat-sangat bermanfaat, jadi admin share saja dekat sini supaya lebih ramai pembaca akan dapat manfaat yang banyak dari isi kandungan yang ada di dalam blog tersebut. Lagi pun maklumat dalam tu freeeeeeeeeee dan tahap tinggi pulak tu.
Sekilas lalu yang sempat admin baca dan ambil imunya adalah bab cara marketing di Instagram ( sekarang ni dah ramai peniaga internet berhijrah ke Instagram), tip berkenaan bisnes, tip berniaga dan iklan dekat FB, tip untuk kurangkan kos iklan dekat FB pun ada daaaannnnnnnnnnnnn banyak lagi. Secara peribadi content di dalam blog tersebut memang menarik dan bermanfaat. Rugi kalau tak sedut ilmunya.
Antara tip yang sempat admin baca di dalam blog tersebut adalah:
- The “hidden block” dalam pemasaran online yang ramai peniaga online tidak tahu.
- Zaman Kejatuhan ‘Brand’ & Perniagaan Di Instagram Bermula. Adakah Anda Bersedia?.
- Blueprint Online Marketing Yang Ramai Peniaga Tak Tahu.
Jangan asyik….asyik….asyik dok tanya kenapa sale tidak bertambah. Salah satu darinya kerana teknik persaingan untuk aliran marketing juga telah berubah cuma kita saja yang lambat tangkap hal itu ( dok fall in love lagi dekat teknik dan cara lama ). Marilah membaca dan belajar lah sesuatu dari lecture online iaitu pemilik blog yang tidak jemu-jemu menyampaikan ilmu untuk memandaikan manusia yang lain.
Sekian terima kasih dan selamat majujaya.