Posted on

PRU 14

Assalamualaikum dan salam hormat,

Kenapa PRU di Malaysia 5 tahun sekali?

Supaya rakyat atau pengundi dapat menilai semula PRESTASI parti yang telah diberi mandat sebelum ini untuk mentadbir Negara Malaysia yang sangat bertuah ini. Jika buruk prestasinya, ianya wajib ditukar dan digantikan dengan parti yang lain untuk membuktikan kemampuan masing-masing.

Itulah gunanya PRU 5 tahun sekali.

5 tahun adalah jangkamasa yang cukup ideal untuk membuktikan parti yang mendapat mandat itu betul-betul berkemampuan atau pun tidak.

Elok diberi peluang.

Jadinya, setiap parti yang masuk bertanding elok diberi peluang yang selayaknya berdasarkan kapasiti dan kekuatan masing-masing…………..tetapi jika terus memberi peluang kepada parti yang sama………….yang mana BURUK PRESTASI PENTADBIRANYA, itu satu tindakkan yang sangat tidak tepat ( pilih secara bijaksana ). Kepada yang lemah dalam urusan pentadbiran, harus direhatkan untuk membolehkan mereka muhasabah segala kelemahan yang lalu dan mencubanya di PRU akan datang.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

 

Posted on

Cara Untuk Stabilkan Kandungan Gula Dalam Darah

Assalamualikum dan salam hormat,

Cara ini disarankan untuk geng yang ada masalah dengan penyakit kencing manis, terutamanya yang belum kena cucuk dengan insulin lagi.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah buah Cassia grandis ( buah kotay mamak ). Boleh dimakan dengan cara  merebus biji dan pulpa disknya kemudian diminum air rebusanya + susu jika berhajat untuk menjadikanya sebagai jus eksotik yang lebih sedap atau boleh saja dimakan secara mentah tetapi bijinya agak keras untuk di komsumsi oleh mereka yang sudah tiada gigi.

Cara guna ini dipetik dari pengalaman tahap serius yang diceritakan oleh penduduk dari negara Costa Rica. Heee…heeeeeee. Macam mana rupa buahnya?

Ini haaa……….

Buah kote mamak

Salah satu dari info berguna……

  1. Several drugs such as biguanides and sulfonylureas are
    presently available to reduce hyperglycemia in diabetes
    mellitus. These drugs have side effects like diarrhea, lactic
    acidosis, weight gain, fetal hypoglycemia, and so on – researchgate.net
  2. The World Health Organization (WHO)[5]
    has also recommended the evaluation of effective plants
    in conditions where there are no safe modern drugs

Assessment of the antidiabetic potential of Cassia grandis using an in vivo model (PDF Download Available). Available from: https://www.researchgate.net/publication/221750106_Assessment_of_the_antidiabetic_potential_of_Cassia_grandis_using_an_in_vivo_model [accessed Mar 28 2018].

Dekat admin stok fresh 2018 buah kotay mamak ada dalam 100 batang……saja simpan sebab stok payah dapat…..stok wujud setahun sekali dan limited pulak tu. Nak beli kena order dari admin. Emmm yang paling jimat boleh cari stok dari pokok-pokok yang ditanam secara meliar di taman-taman dan di tepi-tepi jalan di Malaysia.

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.

 

Posted on

Penyakit Kencing Manis, Anemia Dan Tambah Tenaga Untuk Lelaki

Asslamualaikum dan salam hormat,

Untuk 3 masalah di atas, try konsium buah Cassia grandis ( buah kotay mamak ). Payah untuk dijumpai tetapi masih ada……….dulu banyak….. tetapi generasi moden dah tebang pokok-pokok yang supply buah banyak khasiat ni.

Kencing manis, Anemia dan tambah power lelaki..

Untuk menstabilkan kadar kandungan gula di dalam darah bagi pengidap kencing manis, konsium extrak buah kotay mamak adalah sangat-sangat disarankan dan tempoh untuk melihat hasilnya…………..lebih kurang 10 hari macam tu. Penduduk di Costa Rica, mereka panggil buah ini buah karao. Yang kekurangan iron di dalam darah terutamanya untuk pengidap Anemia, boleh try buah kotay mamak ini. Walaupun ada kajian yang dibuat oleh saintis dari extrak bahan tersebut menunjukan tiada tanda -tanda kandungan iron di dalam buah kotay mamak tetapi ianya sangat serasi dengan penyakit Anemia. Oleh itu kena cuba buah ini, Insyaallah sangat berkesan dan banyak jurnal-jurnal perubatan yang admin selak di dalam internet dan yang terkait dengan buah Cassia grandis, penyakit Anemia merupakan salah satu darinya yang diberi perhatian khusus dan terkait rapat dengan buah kotay mamak sebagai bahan penyembuh yang disarankan.

Untuk tambah tenaga kelakian…

Admin try konsium buah Cassia grandis ini semata-mata untuk tambah tenaga kelakian, katanya ada fungsi tersebut. Ada beberapa kajian di sebelah Costa rica dan beberapa negara berdekatan denganya telah menunjukkan ada sesetengah dari geng atlit sukan dan geng yang suka pergi ke gym untuk angkat berat ada diantara mereka yang konsium extrak dari buah Cassia grandis supaya mereka kekal aktif dan bertenaga….Emmmmm…jadinya, admin pun cuba laaaaaaaa cara tu…..tak cuba tak tahu…..heeee…heeeeeee.

Tetapi bau buah ini perghhhhhh tak boleh belah……dan boleh dibuat jus eksotik + susu.

Stok dekat admin ada lebih kurang 100 unit buah Cassia grandis. Nak order buah ini, boleh contact admin. Buah ini payah dapat, stok setahun sekali, buah tahan lama sehingga keluar musim berikutnya dan harga memang sangat keras oleh kerana khasiatnya yang tinggi.

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.

Bahagian dalam..

Buah kote mamak

Penampilan sebenarnya…

Buah kote mamak