Posted on

Cara buat blog wordpress dan blogspot

Assalamualaikum tuan-tuan dan puan-puan,

Topik kali ini fokus kepada cara nak buat blog wordpress dan blogspot. Yang sebenarnya saya dah lama menyediakan perkhidmatan membuat blog + sistem kedai online dan tak terfikir pulak untuk berkongsi pengalaman yang saya ada itu dengan tuan-tuan dan puan-puan semua. Ok … hari ini adalah hari yang sepatutnya dari dulu lagi saya buat benda ini. Jom kita ikuti cara-caranya di bawah:

Untuk menjadi seorang blogger tuan-tuan  dan puan-puan kena ada blog. Cara untuk buat blog yang sebenarnya tidaklah susah sangat pun. Yang pertama tuan-tuan dan puan-puan harus pilih untuk guna platfom yang berbayar atau yang percuma. Pada peringkat permulaan elok di cuba yang percuma terlebih dahulu dan apabila sudah selesa dan sudah dapat melihat hakikat sebenar kelebihan yang ada jika menjadi seorang blogger. Baru lah bertukar ke platfom yang berbayar pulak.

Kaedah pertama yang perlu kita cari adalah PLATFOM BLOG PERCUMA

  1. Blogspot ( percuma dan tidak mengalakkan pengguna yang berdaftar denganya menjalankan aktiviti bersifat komersial dan melanggar terma-terma yang telah ditetapkan )
  2. WordPress ( Percuma dan sama seperti terma-terma yang disarankan oleh blogspot )
  3. Dua tu sahaja yang saya suka, yang lain tuan-tuan dan puan-puan kena cari sendiri.

Langkah pertama untuk buat blog, saya cadangkan tuan-tuan dan puan-puan lihat sahaja video yang saya sediakan ini. Yang sebenarnya saya tak suka taip dengan panjang lebar dekat sini. Jadi video ini sebagai penggantinya:

[media id=57 width=480 height=460]

Emm macam mana mudah kan ? untuk sesi seterusnya kita lihat pulak macam mana pulak kita nak selenggara blog yang kita sudah siapkan supaya nampak lebih cun.

Blogspot setting part 1

[media id=58 width=480 height=460]

Blogspot setting part 2

[media id=59 width=480 height=460]

Blogspot setting part 3

[media id=60 width=480 height=460]

Ok sekarang kita ke platfom blog percuma yang seterusnya iaitu WORDPRESS. Ini adalah versi lama yang sempat saya kutip dari Youtube.

[media id=62 width=480 height=460]

Ahhhaaaaa…sudah siap tutorial ringkas macam mana nak buat blog. Mudah sahaja kan? semua cara-cara dekat atas tadi adalah datangnya dari platfom percuma. Jadi untuk peringkat permulaan elok dicuba platfom percuma terlebih dahulu.Kalau dah rasa hendak pergi lebih jauh dalam dunia blogger, elok pasang platfom sendiri. Biasanya CMS WORDPRESS sangat-sangat saya syorkan. Kalau malas nak pasang sendiri, tuan-tuan dan puan-puan boleh upah web developer yang tuan-tuan dan puan-puan kenal. Biasanya kos yang dikenakan antara RM150 ke RM250 dan lebih dari itu pun ada.Jadi pandai-pandai lah buat pilihan untuk kebaikan diri dan juga pelaburan yang tuan-tuan dan puan-puan telah buat. Kalau nak senang, upah saya pasang pun boleh..heee..heee.

Yang lain-lain nya tuan-tuan dan puan-puan boleh dapatkan dari enjin pencari google dengan kata kunci ” cara buat blog “.Harap maklum.

Kelebihan memiliki blog

Pada kebiasaanya tujuan utama memiliki blog adalah untuk mencari sumber pendapatan tambahan, untuk berkongsi maklumat, berkongsi ilmu pengetahuan, untuk menjadi glamour, terkenal dan macam-macam lagi. Jika di salah guna  blog boleh membawa bermacam-macam bencana. Jadinya blog memang mempunyai banyak kelebihan. Bagi diri saya blog adalah saluran sumber pendapatan kedua yang penting buat saya. Pengalaman pertama saya memulakan perniagaan internet adalah melalui blog percuma iaitu blogspot. Selepas blogspot percuma kena ban akibat langgar terma-terma yang diberikan, maka keputusan nekad telah dibuat dan niaga24jam.com pun dilahirkan dengan rasminya dan hidup sampai sekarang..

Selamat mencuba dan semoga bahan yang disediakan yang mana kebanyakan nya di ambil dari sumber YOUTUBE  dapat mambantu tuan-tuan-puan-puan serba sedikit  dalam mempelajari selok belok untuk membuat, membina dan menyelengara blog yang tuan-tuan dan puan-puan miliki nanti.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

Posted on

FCPO – tempat buat duit di internet

Assalamualaikum,

Ahaaaa, hari ni kita cuba teliti tengok maklumat yang saya hendak sampaikan ini.Mungkin ada yang berminat untuk mencuba nasib di sini.FCPO ini apa sebenarnya ya?

Kalau nak tahu apa itu FCPO, saya cadangkan tuan-tuan dan puan-puan semua  rujuk sahaja disini:

  1. http://www.klse.com.my/website/bm/derivatives/products/Commodity_Derivatives/fcpo2.html
  2. http://rais.my/blog/apa-itu-pasaran-hadapan-minyak-sawit/
  3. Untuk pengenalan  FCPO sila download dekat bawah

[downloads_box title=”Pengenalan FCPO”]
Pengenalan FCPO
[/downloads_box]

Selain dari dua senarai di atas tadi, dimana lagi maklumat berkaitan FCPO(urusniaga pasaran hadapan minyak sawit) ini boleh dijumpai?.Kalau rajin sila buat rujukan di forum-forum yang sempat saya senaraikan dibawah:

  1. FORUM BICARAJUTAAN.COM
  2. FORUM CARIGOLD.COM
  3. Dan banyak lagi forum-forum lain yang boleh anda jumpa sebenarnya.

Ok lah ini adalah pandangan peribadi dari saya sendiri, FCPO adalah tempat buat duit melalui internet dan juga merupakan tempat menguji kepakaran kita dalam bidang pelaburan berisiko tinggi.Ianya boleh di urusniagakan melalui internet.Lebih kurang sama dengan FOREX tetapi lebih selamat dari FOREX.Berdaftar dengan pihak kerajaaan dan bebas dari segala aktiviti penipuan.Tetapi aktiviti kerugian tetap ada jika ilmu perniagaan berkaitan urusniaga pasaran hadapan minyak sawit ini kurang.Merupakan urusniaga serampang dua mata.Boleh dapat untung sama ada melalui kenaikan dan penurunan harga dipasaran.Begitu juga dengan kerugianya..Haaaa..haaa bab yang tidak enak untuk di dengar.

Apa yang istimewa sangat disini adalah lulus syariah.Jadi bagi peniaga Islam, bab halal haram FCPO ini tak perlu dibimbangkan sangat.Sekali lagi ingin saya tekankan disini bahawa ianya lulus syariah.Urusniaga FCPO ini sesuai untuk siapa? secara terus terang saya katakan FCPO sesuai untuk peniaga atau pelabur yang sudah mahir.Untuk pelabur baru, disini tidak berapa sesuai untuk anda.

Bagaimana pulak dengan modal permulaan? Bagi saya sebagai seorang peniaga kecil-kecilan RM15 ribu dikira sudah memadai.Kalau besar dari angka tadi lagi baik.Paling kecil yang berani saya sarankan adalah RM7 ribu.Bawah daripada angka tersebut di kira agak berbahaya tetapi masih boleh diterima jika sekadar ingin mencuba.Dari segi keupayaan untuk bersaing modal dibawah 7 ribu adalah agak lemah…Untuk bermula dengan modal permulaan di bawah apa yang di sarankan tadi, anda perlu menjadi seorang peniaga yang mahir.. disebabkan anda mahir lah..modal yang kecil pun akan menjadi besar.Harap maklum.

Untuk peniaga kecil kalau masih berminat untuk merasai hasil dari urusniaga pasaran hadapan minyak sawit ini.Masih ada satu jalan lagi yang dirasakan sesuai.Tubuhkan kelab urusniaga pasaran hadapan minyak sawit yang diangotai oleh beberapa orang yang betul-betul berminat dan faham tentang risiko urusniaga FCPO ini kemudian mulakan urusniaga.Dengan cara ini risiko kerugian berganda dapat dikurangkan dan sudah tentu ramai orang akan dapat turut serta.Di samping itu, para peserta dapat juga berkongsi ilmu yang berkaitan dengan  urusniaga pasaran hadapan minyak sawit ini.Emmm menarik bukan.Secara terus terang saya katakan kalau ada  kelab urusniaga sebegini yang ingin diwujudkan, Saya pun berminat untuk menyertainya malah menyumbangkan idea,modal dan kepakaran sekali kalau di izinkan.Minta-minta ada la selepas ini..

Yang  sebenarnya saya sudah lama dalam bidang ini, bermula sebagai seorang pelabur bukan melalui kelas,kolej atau universiti.Tetapi try and error.Saya hanya belajar dari kesilapan yang berlaku dan kesilapan dari nasihat kawan-kawan.Banyak maklumat yang disampaikan ini mungkin ada yang boleh digunakan dan ada yang tidak boleh digunakan.Kebanyakkanya datang dari pengalaman ketika berurusniaga dan kajian secara peribadi semata-mata.Sumber rujukan terbesar adalah Internet terutama sekali pakcik Google dan Pakcik Youtube.Bagi yang berminat untuk mencari sumber pendapatan dari internet apa kata anda cuba apa yang saya sampaikan ini.Mudah-mudahan anda akan berjaya.

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.

Maklumat yang patut dibaca:

Posted on

Kedai cenderahati perkahwinan murah dalam internet

Assalamualaikum,

Memandangkan kos untuk mengadakan  aktiviti kenduri atau  majlis perkahwinan semuanya sudah meningkat naik.Oleh itu, disini saya ingin berkongsi sedikit maklumat  yang telah saya perolehi untuk rujukan anda semua. Bagi bakal pembeli dan juga bakal pengantin yang ingin melangsungkan perkahwinan elok lah meluangkan sedikit masa anda yang berharga itu  buat seketika di laman kedai online-kedai online yang saya senaraikan dibawah untuk membuat perbandingan dan rujukan harga.

Buat masa ini semua kedai cenderahati perkahwinan ini datangnya dari sebelah utara, untuk negeri-negeri lain belum sempat di jelajah oleh skuad saya lagi.Kalau ada pemilik kedai cenderahati online dari kawasan lain yang berminat untuk menyenaraikan kedai cenderahati online anda disini, sila maklumkan kepada saya.Caranya sangat mudah iaitu sila gunakan ruangan komen yang ada disediakan dibawah.Harap maklum.

Senarai kedai cenderahati online murah
Nama kedai Lokasi url
Niaga24jam.com (milik saya sendiri) Kedah http://niaga24jam.com
Eddiegifts.com Perlis http://eddiegifts.com
Walunar.com Perlis http://walunar.com

 

Apa yang anda semua boleh jumpa dekat kedai online-kedai online yang saya senaraikan ini?

Tidak lain-tidak bukan iaitu barang-barang kerja kahwin.Kalau nak tahu sila lah luangkan masa berharga anda buat seketika untuk ke sana.Harap maklum.

Sekian terima kasih dan semoga informasi ini berguna untuk anda.