Awas! Kes Penipuan Internet Berleluasa

Assalamualaikum tuan-tuan dan puan-puan,

Sedikit info tambahan dari saya, sejak akhir-akhir ini kes penipuan internet di Malaysia makin menjadi-jadi.

Apa sudah jadi dengan peniaga internet di Malaysia.Suka sangat makan duit haram dan suka sangat buat kerja-kerja yang menyalahi undang-undang.

Untuk bakal pembeli, keprihatinan tuan-tuan dan puan-puan dalam membuat sebarang transaksi melalaui internet haruslah diteliti habis-habisan. Memang kita tidak nampak niat peniaga internet yang hendak menipu kita tetapi se elok-eloknya berurusan lah dengan peniaga internet yang boleh dipercayai dan yang telah mempunyai kredibiliti atau tahap keboleh percayaan yang tinggi..Antaranya :

  1. Yang berdaftar dengan SSM
  2. Yang ada maklumat perniagaan yang lengkap seperti ALAMAT LOKASI PERNIAGAAN dan NO TEL YANG SENTIASA AKTIF.
  3. Berurusniaga dalm jumlah yang kecil terlebih dahulu (berhati-hati sebelum terkena )
  4. Simpan semua aktiviti urusniaga semasa proses jual beli dilakukan seperti SMS dari penjual,EMAIL,BUKTI PEMBAYARAN YANG TELAH DIBUAT dan SAVE  DIMANA PLATFOM TAWARAN INI DIBUAT ( print screen dalam format png,jpg )
  5. Buat survey secara ringkas maklumat berkaitan penjual di enjin pencari seperti di google,FB dan sebagainya.
  6. Yang paling penting dapatkan no TRACKING untuk urusan pos. ( paling cepat untuk mengesan kes penipuan )
  7. Cuba lihat rating dari bekas pengguna terhadap penjual tersebut( maklumat ini penting untuk kita jadikan sebagai bahan rujukan )
  8. Yang selebihnya tuan-tuan dan puan-puan kena cari  sendiri, saya memang tak mampu untuk senaraikan semuanya..

Perkara yang perlu dielakkan:

  1. Transfer duit ke no akaun bank yang berlainan pemilik
  2. Order guna sms
  3. Membeli dengan harga tawaran yang tidak masuk akal
  4. Membuat tempahan kali pertama dalam kuantiti yang banyak
  5. Berurusan di platfom yang kerap berlaku kes penipuan..

Apa-apa pun ini hanyalah ikhtiar dari kita sahaja, yang lain-lainya kita kena berserah kepada ALLAH supaya tidak dipertemukan kita dengan peniaga yang suka menipu.Inilah tempat memohon perlindungan yang paling best sekali..

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

LAGI KESAH MENARIK UNTUK DIBACA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *